Ticker

6/recent/ticker-posts

Menggugurkan Anak Itu Sakitnya Lebih Dari Melahirkan Anak Secara Normal


Assalamualikum

 Sambil check kembali kenangan 2013 yang telah berlabuh , rupanya banyak kenangan pahit dan manis telah di lalui. Apabila baca kembali buku dairi diri sendiri buatkan diri tersenyum sorang-sorang. Tetapi senyuman itu menjadi tawar apabila aku masih melihat remajaku sentiasa tunduk dek nafsu semata. Hati ini terasa hiba melihat manusia hanya asyik berkhayalkan cinta yang tidak pasti kesudahannya. 

Ramai yang tidak menyokong perjuangangku untuk memberi kesedaran terhadap remaja , memotivasi remaja tentang cinta serta kehidupan ke arah yang lebih baik iaitu melengkapi diri kepada konsep wasatiyyah (bersederhana) dan berladaskan apa di saran oleh ajaran Islam .Mereka katakan ianya tidak akan mendapat perhatian dari advertiser (pengiklanan) untuk blog seperti ini.  Adakah perjuangan aku harus di hentikan setakat ini ? 

Tentu sekali perjuangan aku tidak terhenti sampai di sini. Saban hari aku melihat, anak muda mahukan kebebasan bersuara, kebebasan untuk memiliki cinta mereka , kebebasan untuk berpakaian apa sahaja dan kebebasan buat apa sahaja yang rasa dia buat itu adalah betul. Mereka selalu merasakan apa yang dia buat itulah ada yang terbaik dan betul tanpa merenungi setiap apa yang berlaku di sekeliling mereka. 

Kebebasan hidup yang tanpa batasan sehinggakan agama di permainkan. Sehinggakan maksiat itu menjadi suatu pekara yang biasa, bersentuhan antara lelaki dan perempuan itu lumrah anak muda sekarang. Zaman sekarang ini bercinta bagaikan dunia ini mereka yang punya. Lalu serahkan tubuh badan untuk buktikan cinta sejati. 

Yang mendapat untung adalah si lelaki, yang menderita kemudian hari si perempuan jika si lelaki tak mahu bertangungjawab. Setelah buktikan cinta mereka,

Si perempuan  : " aku dah mengandung anak kau" 
Si lelaki : Jangan nak tuduh sembarangan , entah dengan lelaki mana entah kau buat, kau jadikan aku pak sanggup.
Si perempuan : aku cinta kau seorang tiada lelaki lain dalam hidup aku
Si lelaki : abis kau nak lahir anak har*m itu ? 
Si perempuan : ini bukti cinta kita.
Si lelaki : aku tak bersedia lagi, kau gugurkan kandungan tu, aku akan tanggung segala kos, janji kau gugurkan anak itu. 

Lalu di perempuan gugurkan juga anak tersebut. adakah kamu episode yang selalu di paparkan kaca television ini berulang menjadi nyata dalam kehidupan kamu ? 

Anak yang tak bersalah menjadi mangsa dosa yang kita lakukan, jika di gugurkan , deritanya nyawa di tanggung si ibu dan mungkin boleh buat kematian. Tetapi jika kau memilih kau membuangnya, adakah kau tahu nasib anak itu nanti ?

Pernahkah kau mengerti apa yang anak itu rasa ?(click sini)  Aku bukan pembuat dosa itu ,aku hanya mangsa keadaan. Dan adakah kamu, ada orang bertahun-tahun kawin ,tetapi mereka tak di kurniakan anak kerana Allah tidak menjanjikan perkahwinan itu akan dapat anak (click sini) 


Fakta: Kesan pengguguran haram

Pada diri sendiri:

Jangkitan kuman pada bahagian peranakan.
Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian.
Kecederaan pada rahim.
Sukar untuk mengandung lagi.
Jika mengandung, wanita berkenaan akan mengandung di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan.
Mandul.
Senggugut dalam rahim.
Masalah psikologi – mental dan emosi.
Kemurungan berikutan teringat akan anak yang pernah dibuang.

Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."


Tahukan kamu berapa deritanya jika di gugurkan secara paksa ? 


Hanya yang pernah melakukannya dia tahu azabnya. Di sini acik bukanlah sebagai penghukum tetapi lebih kepada memberi kesedaran. Lebih beringat daripada nanti terkena. Bukan acik yang merasanya tetapi kamu juga. Marilah kita muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri mana yang rasanya terkurang. Wasalam


Catat Ulasan

28 Ulasan

paridah berkata…
artikel terbaik...walau sedih sayu terpaksa menelan kisah kejam amat menyakitkan tentang kezaliman yg sanggup dilakukan pada diri sendiri juga janin suci yg bakal menjengah dunia...astaghfirullah...
nora razalli berkata…
eish!
sangup plak doc men tarik2 cmtu kan ?
kalau tepaksa tu nk wt camne tp yg sengaja tu
wallhualam ..nauzubullah
Tanpa Nama berkata…
hanya allah yg maha mengetahui betapa sakitnya melahirkan..tetapi dibalas dengan kenikmatan bila terdengar tangisan si kecil.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum acik...

Rasa lama sgt tk dtg ke blog cik ni....rindu dgn entri2 acik....

Akak setujulah acik,remaja sekarang terlalu asyik dgn cinta yg tk tau apa kesudahannya,memang perlu diberi kesedaran tentang itu...pengetahuan ilmu agama itu sgt penting,lebih penting menanam iman di dada supaya tak terjerumus dgn dosa zina dn seterusnya berlaku pengguguran baik yg tk berdosa.....
PeRdU cINta berkata…
moga lebih ramai yang buka minda dan pandanglah sesuatu itu dengan mata hati..fikir sebelum bertindak..masih ada waktu untuk berubah..mulakan dari sekarang..jangan ulangi kesilapan yang sama..nice sharing acik..
Tanpa Nama berkata…
*pengguguran bayi yg x berdosa...

Selamat tahun baru 2014 utk acik ye...maaf lambat wish
Unknown berkata…
Kejam nye.

Apa2 pon perlu berbalik gak pada agama. InsyaAllah kalau ada iman, kita tak buat benda2 macam ni.
Unknown berkata…
Sedangkan ramai pasangan suami isteri yang nak sgt anak tapi tak dapat2..inikan pulak maksiat yang senang2 je dpt anak, pas tu digugurkan? kejam sungguh!
BinMuhammad berkata…
Inilah yang menjatuhkan darjat seseorang sehingga lebih rendah dari binatang! Kesakitan yg dirasa hanyalah sedikit berbanding kesakitan azab Allah SWT didalam kubur dan dihari pembalasan nanti...Rasakanlah nanti!!
Unknown berkata…
YaAllah..tak sanggup nak tengok baby ditarik-tarik mcm gitu.. :(
sobri yaacob berkata…
owh yallah ngerinya..x tau la mcm mana ada hati nak buang bayi.. tgok pun dah ngeri!!
ummiross berkata…
Tengok gambar tu pun dah ngeri sangat.
Teruskan perjuangan ye, moga usaha anda diberkati.
Unknown berkata…
menggerunkan pic tu
skrg ni byk kes buang anak..kesiannye
Gee Lion berkata…
manusia memang perlu hidup berlandaskan peraturan yg diciptakan olehNya. tengoklah apa yg berlaku kalau peraturan itu ingin diubah atau dihapuskan, bahkan langsung dipandang rendah.. beginilah jadinya.. :(
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

tak sanggup mselim3 tgk gambar bayi kena tarik2 tu.. sakitnya macam mana lah kan.. Allahuakbar.

mselim3
Unknown berkata…
Wah..good artcle for me..thanks beb :)
Tanpa Nama berkata…
sedih sangat...harap kita muhasabah diri..jauhkan zina..
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. satu perbuatan yg amat keji. Tak sanggup nak dibayangkan. Semoga kita & keturunan kita semua dijauhi dari perkara zina.. aamiin..
Asha Lya berkata…
Seringkali terbaca kes2 mcm nie..kesian janin yg tidak berdosa d perlakukan spt itu..minta2 d jauhkan la.Nauzubillah
norhasnizakhalid berkata…
Ya allah, mama yang mengandung rasa tak tergamak nak membuang, apatah lagi mengugurkan insan yang tak tahu apa-apa tu. tak terasa ke mereka bahawa ada insan yang sedang bergerak-gerak dalam perut mereka.... sedih lah mama bab2 begini, sebab tu mama tak suka dengar atau baca kes-kes begini.. tak suka!.... apapun alasan sipenggugur, mama tetap kata salah!!
Fiza Aizzawa berkata…
kejam nye kan.. Fiza mmg benci orang yang buang anak..
Mizz Aiza berkata…
zalimnya macam tu.. dah la buat dosa zina, kemudian tambah lagi dosa menggugurkan insan yang tidak berdosa.. semoga manusia yang macam tu segeralah bertaubat.. :(
Fatin Wawa berkata…
mmg kejam.. tapi kenyataan dunia sekarang. semoga Allah melindungi kita drpd perkara2 seumpama ini..
Unknown berkata…
betul tu acik, mengugurkan lbih skit dri melahirkan scara normal, bru baca pasal ni dlm novel..:) nice sharing :)
Maria Firdz berkata…
normal dan pksa dua perkara yg berbeza, dah tntu apa2 yg dipksa mmg sakit kn..
Nadia Johari berkata…
Allahuakbar..semakin banyak gejala pengguguran bayi. kesian tengok bayi tak berdosa dibuang..sayu je hati ini. Biarlah mereka mendapat azab dari Allah dari perbuatan mereka