Assalamualikum
Sambil check kembali kenangan 2013 yang telah berlabuh , rupanya banyak kenangan pahit dan manis telah di lalui. Apabila baca kembali buku dairi diri sendiri buatkan diri tersenyum sorang-sorang. Tetapi senyuman itu menjadi tawar apabila aku masih melihat remajaku sentiasa tunduk dek nafsu semata. Hati ini terasa hiba melihat manusia hanya asyik berkhayalkan cinta yang tidak pasti kesudahannya.
Ramai yang tidak menyokong perjuangangku untuk memberi kesedaran terhadap remaja , memotivasi remaja tentang cinta serta kehidupan ke arah yang lebih baik iaitu melengkapi diri kepada konsep wasatiyyah (bersederhana) dan berladaskan apa di saran oleh ajaran Islam .Mereka katakan ianya tidak akan mendapat perhatian dari advertiser (pengiklanan) untuk blog seperti ini. Adakah perjuangan aku harus di hentikan setakat ini ?
Tentu sekali perjuangan aku tidak terhenti sampai di sini. Saban hari aku melihat, anak muda mahukan kebebasan bersuara, kebebasan untuk memiliki cinta mereka , kebebasan untuk berpakaian apa sahaja dan kebebasan buat apa sahaja yang rasa dia buat itu adalah betul. Mereka selalu merasakan apa yang dia buat itulah ada yang terbaik dan betul tanpa merenungi setiap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Kebebasan hidup yang tanpa batasan sehinggakan agama di permainkan. Sehinggakan maksiat itu menjadi suatu pekara yang biasa, bersentuhan antara lelaki dan perempuan itu lumrah anak muda sekarang. Zaman sekarang ini bercinta bagaikan dunia ini mereka yang punya. Lalu serahkan tubuh badan untuk buktikan cinta sejati.
Yang mendapat untung adalah si lelaki, yang menderita kemudian hari si perempuan jika si lelaki tak mahu bertangungjawab. Setelah buktikan cinta mereka,
Si perempuan : " aku dah mengandung anak kau"
Si lelaki : Jangan nak tuduh sembarangan , entah dengan lelaki mana entah kau buat, kau jadikan aku pak sanggup.
Si perempuan : aku cinta kau seorang tiada lelaki lain dalam hidup aku
Si lelaki : abis kau nak lahir anak har*m itu ?
Si perempuan : ini bukti cinta kita.
Si lelaki : aku tak bersedia lagi, kau gugurkan kandungan tu, aku akan tanggung segala kos, janji kau gugurkan anak itu.
Lalu di perempuan gugurkan juga anak tersebut. adakah kamu episode yang selalu di paparkan kaca television ini berulang menjadi nyata dalam kehidupan kamu ?
Anak yang tak bersalah menjadi mangsa dosa yang kita lakukan, jika di gugurkan , deritanya nyawa di tanggung si ibu dan mungkin boleh buat kematian. Tetapi jika kau memilih kau membuangnya, adakah kau tahu nasib anak itu nanti ?
Pernahkah kau mengerti apa yang anak itu rasa ?(click sini) Aku bukan pembuat dosa itu ,aku hanya mangsa keadaan. Dan adakah kamu, ada orang bertahun-tahun kawin ,tetapi mereka tak di kurniakan anak kerana Allah tidak menjanjikan perkahwinan itu akan dapat anak (click sini)
Fakta: Kesan pengguguran haram
Pada diri sendiri:
Jangkitan kuman pada bahagian peranakan.
Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian.
Kecederaan pada rahim.
Sukar untuk mengandung lagi.
Jika mengandung, wanita berkenaan akan mengandung di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan.
Mandul.
Senggugut dalam rahim.
Masalah psikologi – mental dan emosi.
Kemurungan berikutan teringat akan anak yang pernah dibuang.
Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba
yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan
dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang
itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas
tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan
orang yang berlepas tangan daripada anaknya."
Tahukan kamu berapa deritanya jika di gugurkan secara paksa ?
Hanya yang pernah melakukannya dia tahu azabnya. Di sini acik bukanlah sebagai penghukum tetapi lebih kepada memberi kesedaran. Lebih beringat daripada nanti terkena. Bukan acik yang merasanya tetapi kamu juga. Marilah kita muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri mana yang rasanya terkurang. Wasalam
28 Ulasan
sangup plak doc men tarik2 cmtu kan ?
kalau tepaksa tu nk wt camne tp yg sengaja tu
wallhualam ..nauzubullah
Rasa lama sgt tk dtg ke blog cik ni....rindu dgn entri2 acik....
Akak setujulah acik,remaja sekarang terlalu asyik dgn cinta yg tk tau apa kesudahannya,memang perlu diberi kesedaran tentang itu...pengetahuan ilmu agama itu sgt penting,lebih penting menanam iman di dada supaya tak terjerumus dgn dosa zina dn seterusnya berlaku pengguguran baik yg tk berdosa.....
Selamat tahun baru 2014 utk acik ye...maaf lambat wish
Apa2 pon perlu berbalik gak pada agama. InsyaAllah kalau ada iman, kita tak buat benda2 macam ni.
Teruskan perjuangan ye, moga usaha anda diberkati.
skrg ni byk kes buang anak..kesiannye
tak sanggup mselim3 tgk gambar bayi kena tarik2 tu.. sakitnya macam mana lah kan.. Allahuakbar.
mselim3