Ticker

6/recent/ticker-posts

Panduan Pemilihan Warna Bagi Lelaki Dan Wanita Yang Mahu Pergi Temuduga


ujibakat

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah yang sementara ini,ucapkan syukur kepada Allah. Ramai yang meminta tips ataupun panduan yang betul berkaitan dengan pergi temuduga mahupun pergi audisi (audition) untuk sesebuah pertandingan. Acik pernah berkerja di bahagian Sumber manusia di Mercedes benz dan menjadi dan menjadi traffic controller di HQ Domino Pizza. Untuk interview orang itu sudah menjadi kebiasaan kerana bos memberi kepercayaan atas sifat kematangan yang ada.

Pemilihan Warna bagi Lelaki Dan Perempuan

Untuk Lelaki :  
  • Bagi lelaki, pilih pakaian kerja, kemas dan bertali leher untuk menghadiri sesi temuduga. 
  • Lelaki haruslah mengenakan warna yang lembut dan berseluar slack hitam ataupun mengikut kesesuaian.
  • Pastikan jika memakai baju berbelang-belang tali leher hendak warna plain dan jika baju yang warna plain, tali leher pula sama ada bercorak ataupun warnanya sedikit berlawanan dengan warna baju.(elakkan menggunakan tali leher sama warna dengan baju ia akan mentenggelamkan tali leher.
  •  Warna stokin mestilah sama dengan warna tali pinggang. 
Untuk wanita: 
  • Bagi perempuan, gunakan baju kurung atau pakaian pejabat(skirt panjang/seluar). Ianya menyerlahkan kreabiliti kamu dan pakaian sememangnya dapat menambahkan keyakinan. 
  • elakkan menggunakan warna lebih dari 3 warna
  • elakkan dari terlalu banyak lebih eksesori, jika mahu pakai sekurangnya bawah 3 jenis.
  • elakkan menggunakan warna yang terlalu terang dan colour blocking.
  • elakan dari make up terlalu tebal, bersederhana sahaja dan nampak natural
  • Hindari dari pemakaian yang seksi dan terlalu terbuka
  • untuk audition perempuan tidak di galakkan menggunakan baju kurung tetapi berpakaian  semi formal atau pun casual yang menutup aurat. Jangan make up ,cukuplah untuk letakkan bedak asas ( foundation) dan lip balm. 

Untuk pemakaian ini mestilah bersesuai dengan jawatan yang kamu mahu pergi temuduga dan mengikut tempat dan masa. Kadang kala di uji dengan pelbagai tempat dan keadaan.  
Sebelum pergi temuduga.

  1. Pastikan sediakan semua maklumat diri dalam satu fail dan susun mengikut keutamaan.
  2. Pastikan membaca latar belakang syarikat dan tahu tentang luang lingkup kerja (jobs  description)  
  3. mengetahui tentang isu semasa.
  4. Pastikan rehat yang cukup dan jangan tertekan (stress) 
  5. Meminta pandangan dari sahabat yang lebih pengalaman temuduga.
  6. Pastikan kamu telah siapkan resume atau pun curriculum vitae (CV) dengan sempurna. 
Bersedia untuk soalan-soalan lazim
Biasanya, sesi temuduga akan dimulakan dengan sesi temuduga single one-to-one. Dalam sesi ini, anda akan diminta untuk menceritakan tentang diri anda. Antara contoh soalan :

Perkenalkan diri anda.
Describe yourself in one word.
Apa kelebihan yang ada pada diri anda yang melayakkan kamu dapat kerja ini ?
Kenapa anda pilih bidang ini ?
 
Kamu harus memberikan kesan professional
  • Jangan menggumam (babbling ), berbicaralah dengan jelas dan penuh percaya diri
  • Tenangkan diri kamu sebelum memasuki ruang wawancara kerja, jangan gelisah.
  • Perhatikan body language kamu : Berikan jabatan tangan yang tegas dan cukup kuat. Duduk tegak. Lakukan kontak mata dengan pewawancara.  Jangan lupa untuk tersenyum.
  • Beri kesan professional dan organize, dengan membawa folder/fail. Buka fail  yang telah kamu siapkan.
  • Hindari makan bawang putih, rokok dan hal-hal lain yang membuat nafas kamu tidak sedap.
  • Sebelum interview, pastikan Anda dalam kondisi fit.
  • Sebelum menemui penemubual, cuba pergi dulu ke toilet untuk menilai penampilan kamu lagi. Jangan sampaiair peluh berbekas di baju, atau ada sisa makanan yang menempel di baju.
  • Hindari pemakaian minyak wangi yang terlalu menyengat, jadi pakai minyak wangi secukupnya saja.
  • Jangan mengunyah gula getah.
 Rahsia apabila pewawancara bertanya, adakah kamu boleh buat kerja lebih dan mengikut masa yang tambahan jika di minta, jawab sahaja boleh.

Kalau kamu baru lepas SPM dan baru lepasan Diploma ,jika di tanya berapa lama kamu akan bekerja di sini ? dan adakah niat untuk sambung belajar ? 

Berikan jawapan yang munasabah seperti buat masa ini saya nak kerja dahulu dan belum ada perancangan untuk sambung belajar.
Okeylah acik berikan sedikit dahulu, in sha ALLAH acik akan kongsikan lagi, nak bodek-bodek lagi idea dari kakak acik kerana dia juga seorang executive sumber manusia. Mana tahu dia boleh bongkarkan banyak lagi tips yang berguna. Jadi semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kamu semua yang mahu pergi untuk temuduga. 

Catat Ulasan

21 Ulasan

Gee Lion berkata…
lagi satu, jangan lupa pakai jam.
entah, my boss ada cakap. ^^
norhasnizakhalid berkata…
nice sharing acik, mama belum lagi pernah pergi temuduga yang formal.. hihi, sebelum ni temuduga mama belasah saja..
Fatin Wawa berkata…
salam acik.. info yang bermanfaat.. terima kasih ye.. :)
Tanpa Nama berkata…
salam acik...

tips yg sgt berguna ni,blh la akak promote anak buah suruh baca...
AM berkata…
Teringat masa interview UPU, Arol pakai kemeja berbelang warna gelap dan tali leher bercorak. Patutlah tak lulus. Hehe. Takpe, lepas nie kalau nak pergi interview boleh rujuk tips-tips Acik nie. :D
paridah berkata…
berkongsi tips berguna utk mrk yg nk hadiri temuduga ni...bagus sekali.
Tanpa Nama berkata…
Acik,hadiah tu...cuma lima org yg inbox akak utk hadiah sarung bantal n kotak tisu tu,lagi lima blom lg...

Kata ayie,pemenang hadiah dr blog daku amatpun baru lima org yg inbox dia....

Akak nak bercuti hujung bln ni agak lama,jd akak pos utk yg lima org dulu tu...yg selebihnya slps akak blk,cuba acik buat pengumuman,akak rasa ada yg tk sedar diorg menang kot atau ada yg blom tgk keputusan tu sbb tk online...
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..yess best entry..moga dapat membantu adik adik yang sedang bersiap sedia untuk menghadiri temuduga dalam masa terdekat..kadangkala kita yakin kita dah jawab apa yang ditanya..sebaik mungkin menjawab pertanyaan..tapi penghujungnya sepi..tiada panggilan untuk mengisi jawatan tersebut..ini juga sering menjadi isu..jawapannya..bukan dan belum rezeki kita lagi.. :)
Nina Mads berkata…
nice sharing acik.. nina dlu masa intebiu bleh pula pakai peplum. pun boleh la. hehe :)
Mia Liana berkata…
terbaiklah acik... kak mia lebih suka baju kurung kalau interview....
Unknown berkata…
thanks infonya acik....sangat berguna seperti saya yangsering pergi interview..ihihi
Mizz Aiza berkata…
bagus panduan pemilihan warna pakaian untuk temuduga ini acik.. :D
Tanpa Nama berkata…
ini tips yg sangat baik..nanti akak nak share yer?
Linda berkata…
Thanks for info...saya follow sini ;)
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg baik Acik.. amat berguna kpd mereka yg sedang dlm proses utk ditemuduga.. T kasih diatas perkongsian.. :)
Maria Firdz berkata…
Berpakaian.sopan.lebih baik..jgn terlalu bling2...
sobri yaacob berkata…
good sharing acik..byak membantu saya
Affy Afiqah berkata…
sangat berguna tips ni untuk yang blur2 nak pergi temuduga...ika pernah juga mengalami ni....sampai google, nak pakai apa etc etc, the dos and don'ts hewhew...
Unknown berkata…
Assalamualaikum acik, thanks for the info.. nervousnya nk kena interview nnti..