Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelik Orang Berjudi,Minum Arak,Ambil Rasuah Boleh Pula Berjaya ?

istidraj
Assalamualaikum

Seperti biasa hari jumaat, acik ingin kongsikan satu cerita kepada kamu semua, acik banyak melihat status di facebook, twitter mahupun laman sosial yang lain yang asyik mengeluh tentang soal rezeki yang Allah berikan. Rezeki itu memang rahsia Allah, maka ramailah yang gundah gelana merasakan dirinya tidak bernasib baik. 
  • "aku tengok, kawan aku yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan aku terkial-kial walaupun sudah berusaha"
  • "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
  • "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
  • "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."
  • Ko tengok dia tak pernah solat, tak puasa tapi perniagaan dia maju dan laris.. 
  • Aku tak pernah tinggal solat ..tapi hidup aku masih susah.
Ada yang kata "Aku tidak mengerjakan solat , rajin ke club malam.zina,rasuah tapi aku semakin sukses.Duitku makin banyak apa yang ku mahu semua boleh aku dapatkan.Terbukti doa tidak memainkan peranan ,usaha dengan kepandaian tanpa doa juga bisa membuahkan hasil dan ini hasil dari kepandaianku semata.

Awas jangan terlalu sombong dan bongkak, kesenangan dan nikmat yang Allah berikan juga itu adalah ujian dari Allah.

Ada juga yang katakan "Betapa sedihnya hidupku orang lain dapat apa yang mereka inginkan dalam hidup dengan senangnya.Walaupun mereka kufur mengingat Allah namun rezeki mereka banyak sedangkan aku yang tak putus putusnya berusaha dan berdoa masih belum juga mendapat apa yang ku inginkan dan setiap yang dicita citakan tak pernah kesampaian.

Itulah keluh kesah hidup dari kita dalam meniti perjalanan hidup
 
Ada yang berusaha sedikit tapi hasilnya banyak, ada yang giat berusaha rajin berdoa dan beribadah tapi hasilnya sedikit malah kekurangan. Apakah itu pertanda Allah sayang pada mereka yang berhasil dan tak sayang pada kita yang gagal dan kecewa ..? 

Jangan sampai berfikir seperti itu,kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada Allah akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, islam ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan islam itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada acik. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? 

Maka acik hendak bertanya kepada anda.Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Inilah yang di namakan ”Istidraj” ..

Istidraj adalah satu kalimat yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kesenangan yang melimpah ruah dalam kehidupannya .Walaupun dia bukan hamba Allah yang taat malah seorang pembuat maksiat yang tiada hentinya. Inilah yang dinamakan manusia yang mendapat istidraj ..?

Apa istidraj itu ..?

Apabila Allah memberikan kesenangan harta kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah ,namun manusia itu semakin menjadi jauh dariNya  dan semakin asyik terus menerus melakukan kemaksiatan itulah ISTIDRAJ ..

Atau istilah lainya “Istidrajullah al-abda” (Allah menIstidrajkan hambaNya ..)

Artinya  setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan dan dosa yang baru.Maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ memperbarui nikmatNya pada hambaNya itu dan Juga Allah membuat hamb-Nya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit atau Allah mengambilnya dengan cara yang mengejutkan ..!

Sabda Baginda Rasulullah Saw ..

“Jikaa engkau melihat Allah memberi seorang hamba sesuatu yang dia sukai sedangkan dia melakukan maksiat maka itu tidak lain adalah istidraj..”

Allah Swt berfirman …

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya . Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan hingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka .Kami timpakan mereka secara mengejutkan (dengan bala bencana yang membinasakan) maka mereka pun berputus asa (dari mendapat pertolongan)” (Al An’am 44)..

Jika kamu seorang yang suka melakukan maksiat/dosa dan mendapat rezeki serta kesenangan,janganlah bertepuk dadaTanyalah diri kamu akan kualiti kamu sebagai hamba Allah

Jika anda sentiasa berada di atas jalan yang lurus namun segala doa dan keinginan tidak di makbulkanNya.Janganlah mudah berputus asa dan seterusnya marah kepada Allah akan takdir yang menimpa.Sepatutnya kamu di sayangi oleh Allah karena itulah kamu di uji untuk dinaikkan darjat yang mulia di sisiNya.

Firman Allah …

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji ..?…”

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian dan penangguhan segala keinginan yang kita inginkan kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan insya Allah ada hikmah di baliknya …

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan yang demikian itu baik untukmu ,Begitu juga boleh jadi kamu mencintai sesuatu sedangkan yang demikian itu tidak baik untukmu .. (Al-Baqarah ;216)

Apakah kamu rasa tenang sekarang ?

 Kamu wajib untuk tidak merasa tenang jika kamu  seorang yang gemar berbuat dosa maksiat dan dalam waktu yang sama kamu bersenang- senang dan selalu melipah rezeki.Karena itu bermuhasabah diri itu penting untuk kita sentiasa menilai bagaimanakah hubungan kita dengan Allah Swt Wallahu a'lam bishshawab.Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...



Catat Ulasan

20 Ulasan

fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi.. Abak pun selalu persoalkan ttg rzeki yg Abak dpat,barangkali ianya istidraj... Kdang kita bnyak melakukan dosa tapi Allah tetap brikan kita sgala bahkan bmacam-macam...Astaga..

orang yg smbong lagi angkuh dgan Allah mungkin blum sedar bhawa sgalanya datang drpda Allah,ianya adalah satu ujian... ujian smakin mnyesatkan..Nauzubillahi min zalik.. sama2 muhasabah
Maria Firdz berkata…
Semua tu juga ujian Allah.. Dan hukum Allah... Siapa usaha dia dapat walaupun dia kufur dgn Allah...
Maria Firdz berkata…
Semua tu juga ujian Allah.. Dan hukum Allah... Siapa usaha dia dapat walaupun dia kufur dgn Allah...
Unknown berkata…
takut istidraj . astaghfirullah . Takut kena pd diri dan kita x sedar pun... Nauzubillahiminzalik ~
Ayoh same2 tambah amal ibadah..
Tanpa Nama berkata…
ada seorang ustaz (saya terlupa namanya) mengatakan istidraj ni boleh digambarkan bila kita tidak senangi sesuatu seperti gangguan oleh kanak-kanak,maka kita berikan habuan kepadanya (walhal kita beri bukan sebab kita menyenanginya) untuk pergi jauh dari kita (nah,pi main jauh2) sekadar gambaran sahaja.
Shahrul Yusof berkata…
Rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit sahaja. Kaya wang ringgit semata-mata, tidak membawa erti kepada kejayaan yang mampu memberi kebahagian hidup.

Orang yang paling miskin di dunia bukanlah orang yang miskin harta, tetapi adalah orang yang tidak pernah merasa cukup dengan rezeki yang dimilikinya.
Tanpa Nama berkata…
senang dan susah itu ujian..terimalah dengan berlapang dada..
Arman berkata…
Salam, singgah sini sambil klik3 tabung sekali.. Susah dan senang adalah ujian belaka dari Allah.. Jika senang, adakah kita bersyukur dan ingat padanya? Jika susah, adakah kita bersabar dan ingat padanya? Kehidupan manusia itu sendiri atas dunia ini pun sudah merupakan ujian, bagaimanakah kita menghabiskan modal nyawa (amalan kita) yang Allah berikan kepada semua manusia dengan kadar yang tertentu... ⇨ºSenikkº
Unknown berkata…
nice sharing bro. Allah bgi kesenangan pd mereka yg kufur spy mereka terus jauh dri Allah dan melupakan Allah.
Dan Allah tahan pemberian kpd org yg beriman sbb Allah nk mndgr rintihan doa dr hambanya yg soleh tu.
gud artikel bro.
paridah berkata…
rezeki Allah maha luas dan haknya memberi kpd sesiapa saja dlm bentuk apapun...
Unknown berkata…
jikalau kita berharta tapi semakin menjauhiNYA apa gunanya harta tu?? harta paling berharga pada seseorang adalah amalan kepadaNYA :)
Unknown berkata…
sis pernah melihat seseorg yg memiliki segala - galanya . tiba - tiba Allah ambil kenikmatannya satu persatu . Tapi malangnya dia masih tak nak kembali kepada Allah . semoga Allah memberinya hidayah satu hari nanti .
subahanallah terima kasih atas perkongsian ini...
dugaannya kecil jer tu supaya kita tiap2 hari ingat pada allah
minta pada allah bukan semata-mata duniawi
Khir Khalid berkata…
Kejayaan klu hanya di dunia shj tidak membawa apa2 erti pun.. dugaan itu membuatkan kita sentiasa beringat kpd Allah.. subhanallah.. t kasih diatas perkongsian ini Acik.. salam Jumaat.. :)
Blog Santai berkata…
Salam Jumaat Acik..Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk...dan adakalanya ia didatangkan untuk menguji kita..jangan bongkak dan riak...kerana semuanya hak Allahkan..
Karen Monica berkata…
senang atau susah ianya tetap ujian. Yang susah jangan asyik mengeluh dan yang senang jangan sesekali riak.
Invisible Me berkata…
Moga jauh dari istidraj. Bersyukur dengan apa yang Allah beri, itu yang terbaik :)
Aimacomel berkata…
Miskin pun ujian, kaya juga ujian. Berada juga nikmat, papa juga nikmat kurniaan Allah. Terimak asih acik
Fatin Wawa berkata…
Apa ertinya kesenangan dan kemewahan tapi jiwa kosong dan jauh dari keberkatanNya..
Unknown berkata…
dulu zaman ain kurang ilmu , ain slalu persoalkan keadaan ni.. alhamdulillah.. Allah beri ain petunjuk and now ain faham ini semua kifarah bg mereka2 yg berjaya .. bila ain dpt tahu ttg kifarah ni ain bersyukur dgn keadaan diri sendiri..