Assalamualaikum
Di hospital ini bersilih ganti orang yang mendaftar masuk, apabila seseorang itu lebih demam 2-4 hari akan ambil darahnya dan kemungkinan akan di tahan di wad. Seperti itu juga acik, keadaan semasa pagi sangat okey bila malam menjelang badan akan rasa seram sejuk. Selama 3 hari berturut-turut acik mengambil darah di pusat kesihatan Uitm dan ketika pada hari terakhir tu, palet darah acik jatuh menjunam 57. Terkejut juga acik, badan nampak semakin sehat.
Dan pada hari tersebut acik terus di bawa ke Hospital Klang iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dengan tak apa-apa persedian , membawa selesai sepinggang di bawa naik ambulance. Ya Allah lajunya dan terhuyung hayang dalam dalam ambulance. Selepas itu "check sana sini" dan daftar pada pukul 1.30 baru acik katil yang akan acik di diami sekarang ini. Naseb baik housemate acik, fahmi datang bawa barang-barang.
Bila kat hospital ini badan tak sakit pun jadi sakit, jadi tak bermaya dan bersemangat. Sekeliling kita semua orang yang sakit lebih kurang sama macam acik. Setiap hari pada pukul 4 pagi ambil darah, pukul 2 nanti ambil lagi darah, pukul 5 ambil darah dan malam pun ambil darah. Ya Allah sakitnya ambil darah, dahlah tempat yang sama. Nak tahu apa simptom-simptom dengggi ?
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Serious bukan mudah kena demam denggi acik cuba apa yang semua orang suruh, makan sup ketam sudah, 100 plus sudah, minum air berbotol-botol, sup daging , dan air barli. Tapi itulah mudah-mudah demam acik ini semakin pulih dan cepat balik. Acik ada satu paper lagi pada minggu depan, risau betul jadinya.
Doakan acik dalam keadaan baik-baik sahaja dan moga hari ini lebih baik dari semalam.
40 Ulasan
Moga cepat sembuh ye acik...moga segala urusan dipermudahkan Allah....
tido malam-malam sembur ridsect banyak2,,kasi halau itu punye nyamuk :)
Syafakallah,moga Allah cepat smbuhkan dan mudah-mdahan acik ketemui hikmahnya..
cepat sembuh weii,,,
semoga cepat sembuh
moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.