Ehsan Google |
Assalamualaikum
Dalam kehidupan ini kita di uji dengan pelbagai jenis cubaan dan rintangan, sehinggakan kita rasa lemah dan tak berdaya untuk menghadapinya. Tetapi bila kita lihat orang yang berada sekeliling barulah kita ketahui bahawa ada orang lebih teruk di uji berbanding kita. Ketika itu barulah kita ketahui kemanisan ujian yang di berikan.
Sebenarnya acik ingin kongsikan satu kisah yang acik nampak dan lihat sendiri, sayu untuk menceritakannya. Sebagaimana sedia maklum semalam acik pulang ke kampung setelah sekian tidak pulang ke kampung. Seharian acik menaiki perkhidmatan awam seperti KTM mahupun bas . Tiba di stesen bas Larkin, acik duduk menunggu bas untuk balik ke kota tinggi.
Mata ini tajam memerhatikan seorang lelaki tua bersama anak gadisnya yang membawa barang yang agak banyak. Semua barangnya di bawa oleh ayahnya dan hanya satu beg sahaja anaknya bawa.
Cetus hati : untungnya sampai ke stesen bas bapa dia hantar..
Mata terus memerhati kearah mereka berdua sehinggakan ke kuanter untuk membeli tiket. Acik lihat ayahnya mengeluarkan duit sehelai demi sehelai duit RM 1.
Anaknya berkata : abah duit yang abah bagi tak cukup, sem ini kena pakai duit banyak ,kena beli buku ,ada trip kelas. Boleh tak abah bagi duit lebih sikit. Duit PTPTN dah nak habislah bah..
Itulah kata-kata anak perempuannya yang masih segar di ingatkan kerana acik duduk dekat sangat dengan mereka. Abahnya hanya mampu tersenyum..
Pak cik : bulan nie, abah banyak pakai duit, makkan baru lepas operation, nak bayar bil api, air semua, nanti kalau abah ada duit lebih abah masukkan kat bank boleh ?
Anak perempuan : ala abah ini banyak alasan, memang tak sayang adik, macam gini malaslah adik nak belajar.
Terkejut juga acik dengar kata-kata anaknya, hanya mampu sangka baik sahaja mungkin anaknya bergurau kot.
Dan waktu anaknya naik bas , abahnya melambai dengan senyuman yang manis.Setelah jauh bas itu berjalan. Acik sangat terkejut apabila melihat pak cik tadi menangis tersedu-sedu. Dan terus berlalu pergi.
Rupanya seorang abah/ayah merahsiakan banyak pekara dari kita.Di depan kita mampu kelihatan gagah dan seolah-olah tiada di masalah. Tetapi di belakang kita ?
Sehingga sekarang acik masih memikirkannya, kenapa pak cik itu menangis ? adakah kata-kata anaknya ? ataupun masalah yang sedang di hadapi ?
Tetapi sebagai anak kita perlu berhati-hati untuk bertutur dengan ibu bapa kita, jangan sampai hati merasa sakit hati mahupun kecewa dengan kata-kata kita. Ingat Redha ALLAH adalah redha ibu bapa kita.
Kebetulan acik duduk di seorang pak cik dan acik bertanyakan
Acik : Pak cik ,saya minta pendapat sedikit kenapa seorang ayah sukar untuk memberitahu apa yang dia rasa ? dan kerana biarkan hanya dia seorang pendam apa yang dia rasa ?
Pak cik : Nanti kamu jadi seorang ayah kamu akan tahu, seorang ayah sanggup dirinya tak payah makan asalkan anaknya dan bininya cukup makan dan cukup keperluan.Kadang kala ayah nie, mereka tak pernah memikirkan soal perasaannya hanya dia tahu bagaimana nak cari duit lebih dan kerja kuat untuk pastikan anak-anaknya dan keluarganya serba cukup.
" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras suami/ayah itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor...
Kamu tahu? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..tau pepatah ini gak?
"
Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging
ayam "Di
benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah
cukup,..kalau
perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri
dapat
makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja
keras
suami mu itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta
kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba anak kata nak
pergi trip lepas siap cakap kawan adik semua dah ada motor ..adik jer
tak ada..ishhh
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2012/10/pengorbanan-lelaki-yang-kadang-tidak.html#sthash.MWzy9UV9.dpuf
Ya ALLAH ya Tuhanku bantulah pakcik tersebut, kuatkan hatinya dan bantulah ringan beban yang di tanggungnya. Aku tak mampu bantu dan aku tak tahu apa masalahnya, hanya diriMu Maha Mengetahui segala maka permudahkan urusannya ya ALLAH.
34 Ulasan
begitu lah kasih seoarang lelaki yang bergelar suami dan ayah....
begitu besar pengorbanan ayah kita dlm mencari wang yg kita x ketahui
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!
Saya pon ada problem dgn ayah.
Susah nak cakap, tapi.. memang hubungan tu bermasalah.
Sayang pd dia, tapi..
Entahlah acik.. :'(
kena hormati ayah dan sayangi ayah