Assalamualaikum
Hari semalam acik selesaikan kerja-kerja yang tertangguh , alhamdulilah sudah selesai semua sekali walaupun lambat. Sedang berehat tiba-tiba terlihat seorang menuju ke arah acik. Ehh siapa tu ?
Kak Katijah : Amboi dah tak kenal lagi ? nie akaklah kak katijah
Acik : Kak katijah yang mane ehh ?
Kak Katijah : Sampai hati tak ingat akak, yang kerja domino dulu...
Acik : oooooo kak katijah.. minta maaf yer otak lambat nak process.
Kak katijah : hahahaha ingat pun, la buat apa di sini ?
Acik : Acik ada kerja sikit kat sini , lamanya tak jumpa kak katijah.
Kak Katijah : Acik sibuk tak ? meh lah kita berbual-bual sekejap
Acik : Boleh kak, itulah dah lama tak berbual sejak 2 tahun lepas.
Kami berbual panjang dan pelbagai pekara, tiba-tiba kak Katijah buka satu topik
Kak katijah : Acik tahu tak kenapa apabila wanita sudah kawin dia lebih nampak cepat tua dari umurnya?
Acik : ermm acik tak tahulah kak, kenapa kak ?
Kak Katijah : Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana
menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi nak tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para
wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik lagi seperti dulu.
Kalau acik nak tahu kebiasaannya jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,sekaligus mengelakkan kita gemuk.Tetapi kasihan
kaum ibu ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah
kerana nak memujuk anaknya yang menangis, nak suapkan makan anak makan lagi. Bila masa makan, tiba-tiba anak terkencing dan sebagainya. Tapi segelintir suami layan jer
sambung makan, buat-buat tak dengar dan tak tahu anaknya menangis. Salah faktornya adalah mereka tak dapat menghadam makanan dengan betul maka boleh menyebabkan badan tidak sehat dan kemungkinan kegemukan dan terlalu kurus.
Dulunya seorang wanita cantik dan langsing,tetapi apabila mengandung dan melahirkan, badan mereka berubah mengikut bentuk asal. Lemak sana sini, nak kurus bukan senang, semuanya perlukan masa yang lama dan duit. Badannya berubah mengikut keadaan semasa, lelaki tak rasa dan lalui.
Selain itu,wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker tak akan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & tidur secukupnya.
Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah dan bila marah-marah, banyak meleter dan tekanan. Tekanan dan marah-marah itu membuatkan ia kelihatan lebih tua.
Bukan semua, kaum ibu mampu seperti apa yang di paparkan di kaca tv untuk langsing dan cantik. Semuanya perlu kos yang tinggi dan modal. Memang ini bukan alasan seharusnya di jadikan tetapi ianya realiti yang berlaku.Akak harap sangat acik siarkan, bagitahu kepada para lelaki di luar sana. Lihatlah ,pengorbanan ibu dan isteri kamu berkorban apa sahaja untuk tidak kehilangan kamu.
Mudahnya boleh berkata "aku terima kau seadanya, tetapi ianya tidak mampu di aplikasi apa yang di perkatakan. Cakap mudah , laksanakan ?
Oleh
itu, hargailah segala pengorbanan isteri kamu. Mungkin sekiranya sehari
sahaja isteri kamu tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia
sementara, kamu mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.
Acik : Terdiam dan terpaku acik mendengarnya, kadang kala acik fikir betul juga. Mereka sanggup tak makan, kena beli pelbagai produk yang macam-macam untuk pastikan untuk dia kelihatan cantik di mata suaminya. Buka mata dan fikiran untuk renungankan kembali, sama-sama kita saling menghargai sesama jantina. Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan
rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya
terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)
37 Ulasan
tolak terus kat suami...hasilnya suami yg membesar,hihi
badan&muka mmg kena jagakan...utk sapa lagi utk suami gak
Regards,
-Strider-
Sayang pada isteri bukan sekadar pada rupa, tapi sifat dan dalaman itu lebih penting. Kalau sibuk nak jaga badan dan rupa jer...suami pun meluat, hehe