Assalamualaikum
Selamat hari lahir kepada diri sendiri, dan ribuan terima kasih acik ucapkan kepada mak yang telah lahirkan acik pada hari ini. Dan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membesarkan acik, telah membuat hati ini bahagia dan sudi menjadi kawan acik selama 24 tahun acik hidup di muka bumi Allah ini.
Pejam celik pejam celik dah 24 tahun umur acik, cepat betul masa berlalu. Ribuan terima kasih kepada seorang blogger ini yang acik perasan buat satu entri khas semperna hari lahir acik (click Disini )
Setiap tahun acik akan sambut hari lahir dengan sederhana, dari kecil lagi memang begini jalani setiap kali hari lahir. Tak pernah sambut , hanya kadang-kadang kawan-kawan sahaja yang sambut semasa di tempat belajar dahulu. Asalkan mereka ingat dan mendoakan itu pun sudah memadai bagi acik. Acik tak mengharapkan orang memberikan hadiah yang besar-besar tapi cukuplah kalau mereka mendoakan acik. Kesusahan hidup yang acik hadapi bersama mak tercinta itu bukan penghalang untuk acik terus bersedih tetapi jadi pembakar semangat untuk terus berjaya dalam hidup ini.
Ribuan terima kasih kepada semua yang sudi "wish" dan mendoakan acik. In sha Allah acik akan sentiasa membaiki diri dan akan lebih matang dalam penulisan acik di blog. Doakan yang terbaik, esok acik ada 1 paper lagi yang terakhir. Rasa gementar pun ada.
Sekali lagi terima kasih mak kerana melahirkan acik, merasa susahnya melahirkan dan membesarkan anakmu. Jasamu tidak pernah akan ku lupakan sehingga nyawa terpisah dari badan.
46 Ulasan
Selamat menyambut hari lahir yg je 24,moga segala impian Acik tertunai dn segala urusan kehiduoan Acik dipermudahkan Allah...
semoga dipjg kan usia dan murah rezeki selalu
amin dan menjd anak yg soleh
usia achik 24 tahun.. ingatkan usia blog nie...hehehhe
mselim3
pls: moga panjang umur bertambah rezeki dan bertambah kenalan.. jgn lupa mselim3 k. uuhuhu
mselim3
HAPPY BORN DAY ACIK :)
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia dan akhirat.. :)
Selamat ulang tahun, semoga sihat, panjang umur dan murah rezeki. Semoga juga Acik beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dilimpahi rahmat dan keberkatan...amiin.
Regards,
-Strider-
Acik, mudanya baru 24 tahun tu.. apapun, selamat ulangtahun ye acik, semoga dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. amin... :)
Apa2 pun, semoga panjang umur dan murah rezki.. Amin..
Saya jarang sambut bufday, kadang2 tak ingat pon hari tu bufday saya..
:')
selamat hari jadi!