Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahukah Kamu Siapa Orang Yang Muflis Di Hari Akhirat Nanti ?




Assalamualaikum

Manusia ini dengan mengumpat, mencaci dan menghina itu tidak dapat di pisahkan. Ada sahaja yang ingin di perkatakan dan ada sahaja ingin di cari kesalahan orang lain. Itulah orang kata gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang di perhebohkan. Kita jarang muhasabah diri dan melihat pada diri kita sendiri. 

Saban hari terus mengutuk/mengumpat/mencaci/menghina orang ini , itulah ada saje yang tak kena dan merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain. Menulis dan menaip di laman sosial seperti facebook dan blog dengan sesuka hati tanpa memikirkan tentang kebenaran.

Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud  
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W.
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis. Perhatikan hadith berikut. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah bertanya: “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”

Lalu (Rasulullah) menjelaskan: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.

Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu. Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Shahih Muslim, no 2581)

Mahukah kita seperti ini ? jadi mari muhasabah diri dan menjaga pertuturan mahupun tingkah laku. Semoga Allah meredhai kita. Acik menaip ini juga untuk memberi peringatan diri ini yang banyak kekurangan dan banyak pekara yang perlu di baiki. Sama-sama kita saling mengingati.Salam jumaat semua.

Catat Ulasan

32 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
salam jumaat, muhasabah diri sendiri dulu sebelum menilai orang,..
adakalanya itu yang manusia lupa..
Gee Lion berkata…
Salam Jumaat Acik.. Astaghfirullahalazim.. kadang-2 saya pon ada berkata tentang orang lain tnpa memikirkan akibatnya.. Hurmm..
Long Cham berkata…
salam jumaat acik..semoga dijauhkan la dri golongan ni
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..salam jumaat ye..moga kita sentiasa muhasabah diri..berfikir sebelum berkata kata..moga Allah ampunkandosa dosa kita setiap kali kita m8hon keampunan daripadaNYA..amin..
BinMuhammad berkata…
Diam itu lebih baik... Berzikir dan berselawat itulah terbaik dari berkata2 yang sia-sia.
Salam Jumaat Acik. Selamat bercuti...
Blog Santai berkata…
Salam Jumaat acik..semoag kita bukan salah sorang yang muflis...
paridah berkata…
Salam Jumaat perkongsian yg baik tq...
Sally Samsaiman berkata…
sunhanaAllah...takutnya kalau tergolong dalam salah satu secara tak sengaja.. :(
Wafi Remli berkata…
Mari kita elakkan diri kita jadi muflis...
Unknown berkata…
Moga di jauh kan dari kita dari sifat suka mengumpat... Salam Jumaat.
Maria Firdz berkata…
Nice sharing...
Slam jumaat... :-)
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat acik...

betapa ruginya org yg mengumpat sedangkan org yg diumpat itu sdg mengumpul pahala...

entri yg sgt memberi kesan di hati,tq acik
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat acik..gunakan anugerah Allah dengan sebaiknya..
MalizaMah berkata…
terima kasih berkongsi... -leeza-
Tanpa Nama berkata…
kadang2 selalu jugak TERumpat orang lain secara tak sedar, ini semua sebab marah punya pasal :( Astaghfirullah...
Fiza Aizzawa berkata…
slm jumaat acik.. kerana mulut badan binasa.. peringatan buat Fiza..
Jejari Menaip berkata…
Allahuakbar..moga dijauhkan...
Fatin Wawa berkata…
betul tu.. bila sangat marah dgn perbuatan seseorg, ia akan mendorong kita utk berckp ttgnya. tapi bila diri dah calm down kemungkinan akan menyesal dgn apa yg kita perkatakan. peringatan yang sgt bagus. salam jumaat acik..
Unknown berkata…
tidak terlepas dari mengumpat..walau kecil ia tetap dipanggil dosa..nice sharing bro :)
Unknown berkata…
itula..harap2 dapat dijauhkan..thanks sbb berkongsi..
Khir Khalid berkata…
Melihat kelemahan diri sendiri lebih baik dari memperkatakan kelemahan org lain.. semoga kita tidak menjadi golongan mereka2 yg muflis di akhirat nanti.. nauzubillah.. t kasih diatas perkongsian ini & Salam Jumaat Acik.. :)
Tetamu Istimewa berkata…
Dosa sesama manusia hanya manusia sahaja yang boleh mengampunkannya. Jadi, beringatlah.
sobri yaacob berkata…
terima kasih acik..atas pkongsian..memang mnyentuh prasaan saya bila membaca!!! :_)
Unknown berkata…
Salam Acik..Nice sharing..Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia tidak terlepas daripada menghina, mengumpat dan sebagainya..Tapi kita masih boleh mengawal diri supaya dijauhkan dari melakukan semua tu..InsyaAllah..
Unknown berkata…
Salam Jumaat Acik :) ... pnah terbaca tapi x ingat sumbernya.. insyaAllah dh jumpa sumber will let u know.. di padang masyar nanti ketika sedang di hisab.. org yg teraniaya (diumpat) terkejut dgn pahala2 yg dia sendiri tidak sedar drpd mana datangnya.. kemudian Allah mengatakan bahawa pahala2 tersebut dtg drpd si pengumpat yg sering mengumpat org tersebut.. wallahualam.. :)
shamyheart berkata…
uuuii, kena jaga mulut kan? =)
Atien berkata…
Mengumpat da jd mcm mknn manusia.diri ni pun x trlps dri sikap mengumpat tu.smoga di ampnkn dosa2.
subhanallah betapa kerdilnya diri ini
thanks
Mizz Aiza berkata…
dosa dengan Allah kita mohon keampunan dari Allah.. tapi dosa sesama manusia perlu minta maaf dengan manusia itu sendiri.. terima kasih kerana mengingatkan..
jie susanos berkata…
betul apa yg acik ckpkan...kita ni asyk nk kutuk org jer..
Nina Mads berkata…
mungkin sesetengah org fikir mengumpat dan mengata di belakang tak salah tp itulah dosa paling susah nk dimaafkan kalau xminta maaf pd org yg diumpat. subhanallah.. muhasabah diri lebih baik kan.
Affy Afiqah berkata…
semoga dapat kita muhasabah diri...