Assalamualaikum
Manusia ini dengan mengumpat, mencaci dan menghina itu tidak dapat di pisahkan. Ada sahaja yang ingin di perkatakan dan ada sahaja ingin di cari kesalahan orang lain. Itulah orang kata gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang di perhebohkan. Kita jarang muhasabah diri dan melihat pada diri kita sendiri.
Saban hari terus mengutuk/mengumpat/mencaci/menghina orang ini , itulah ada saje yang tak kena dan merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain. Menulis dan menaip di laman sosial seperti facebook dan blog dengan sesuka hati tanpa memikirkan tentang kebenaran.
Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Sabda Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Apa
yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan
didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita
muflis. Perhatikan hadith berikut. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya
Rasulullah bertanya: “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para
sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”
Lalu (Rasulullah) menjelaskan: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.
Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu. Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Shahih Muslim, no 2581)

Mahukah kita seperti ini ? jadi mari muhasabah diri dan menjaga pertuturan mahupun tingkah laku. Semoga Allah meredhai kita. Acik menaip ini juga untuk memberi peringatan diri ini yang banyak kekurangan dan banyak pekara yang perlu di baiki. Sama-sama kita saling mengingati.Salam jumaat semua.
32 Ulasan
adakalanya itu yang manusia lupa..
Salam Jumaat Acik. Selamat bercuti...
Slam jumaat... :-)
betapa ruginya org yg mengumpat sedangkan org yg diumpat itu sdg mengumpul pahala...
entri yg sgt memberi kesan di hati,tq acik
thanks