Assalamualaikum
Selamat tahun baru semua, sebelum itu acik minta maaf kepada semua kerana beberapa hari sangat sibuk dengan "exam" dan beberapa pekara yang tak dapat di elakkan. Tapi hari ini acik ingin berkongsikan kepada kamu semua tentang kawin muda. Sudah beberapa kali sebenarnya acik ingin interview seorang kawan acik yang kawin muda pada berusia 21 tahun. Pasangan ini sangat serasi dan comel dan di kurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jom baca temual acik bersamanya.
Azhar : Assalamualikum acik, akhirnya kita dapat jumpa juga , ya Allah begitu banyak halangan untuk bertemu acik nie.
Acik: walaikumusalam,alhamdulilah akhirnya dapat jugak berjumpa dengan sahabat lama , apa khabar sekarang ?
Azhar : alhamdulilah acik khabar baik, ahh ini nak perkenalkan isteri aku Khatijah dan ini anak aku muhamamad amirul irfan.
Acik : Wahh comelnya anak kau azhar,
Azhar: kau bila lagi ?
Acik : Ishh in sha ALLAH jika ada jodoh nanti, kalau boleh nak kawin hujung minggu ini jugak, tapi belum ada jodoh. Ahh berkaitan dengan jodoh ini, apa perasaan kawin muda seronok tak ?
Azhar : Kawin ini memang seronok acik, ada orang jaga makan minum, ada orang selalu mengingatikan kita dan ada orang selalu menemani kita apa jua keadaan. Tapi kawin tak semudah yang aku sangka rupanya. Kawin ia banyak tanggungjawab yang perlu di pikul. Sebelum aku nak berceloteh panjang aku nak bagitahu acik, aku berkawin pada usia aku 21 tahun dan begitu juga usia isteri aku, alhamdulilah dah 3 tahun kami berkahwin. Pada aku kalau nak kawin muda ini biarlah umur kita lepas 18 tahun kerana di situ dia lebih dapat memikir segala hal dengan rasional. Yelah sekarang umur 13,14,15 dah kawin. Pada itu aku itu bukan kawin muda tetapi kawin kanak-kanak. Sebabnya kawin ini bukanlah pekara main-main bukan seperti main kawin-kawin.
Acik : ada betul jugak, abis macam mane pembelanjaan harian dan anak ?
Secaca jujur kami juga masih mengambil pinjaman pendidikan, pada waktu malam dan cuti sem aku bekerja part-time di pasaraya untuk menampung kos sara hidup kini yang semakin tinggi. Tapi alhamdulilah sehingga hari ini rezeki itu ada, kami anak beranak tak pernah terputus makan, Allah selalu ada bantu kami.
Acik :Jadi bagaimana nak seimbangkan pelajaran dengan rumahtangga ?
Azhar: pekara yang penting adalah tolak ansur dan saling memahami, aku dengan isteri berbincang banyak pekara setiap keputusan yang di laksanakan. Kalau buat assignment tu kadang kala berganti-ganti kalau aku ada assignment isteri akan jaga anak, dan kalau isteri ada assignment aku pula yang jaga. Nasiblah kakak aku dekat sahaja dengan rumah kami dapatlah jaga anak kami sewaktu kami pergi kelas. Memang mula-mula kawin aku rasa agak memberontak sebab buat itu ini semua tak boleh ,kena berjimat dan banyak pekara perlu di pertimbangkan. Bila fikirkan kembali ini apa yang aku mahukan dan aku redha, tetapi untuk mengharungi 20 bulan yang pertama memang agak sakit , sebabnya pelbagai pancaroba yang mendatang, kalau tak kuat iman dan sabar memang boleh runtuh rumah tangga.Isteri selalu bagi dorangan dan semangat pada aku. Tahun ini tahun akhir kami jadi pelajar dan tak sabar rasanya nak habis belajar.
Acik : ermm begitu ye rupanya, nak tanya juga ,biasanya apakah permasalah yang selalu timbul ?
Azhar : permasalah yer, biasalah kita jiwa muda, jiwa remaja itu membuak-buak. Bila tengok kawan-kawan yang lain enjoy dan lepak sana sini. Hati ini teringin juga, tapi kita perlu jadi matang la, tak boleh macam anak muda yang lain yang boleh seronok. Aku lebih memikirkan tanggungjawab dan fikir tentang perasaan isteri aku. Mungkin dia juga kadang kala mahukan kebebasan.
Acik : bagaimana pula masa dapat saat tahu khatijah mengandung ? dan bagaimana masa dapat anak yang pertama tu ?
Azhar : biarlah isteri aku yang bercerita.
Khatijah: Pada mulanya kami rungsing juga, mampu ke kami membela anak kami nanti ? dengan kewangan yang tak stabil . Kami minta pandangan mak ayah kami, dan alhamdulilah mak ayah kami memberi sokongan yang penuh. Kami terpaksa tangguh pengajian kami selama saya melahirkan anak kami ini. Tapi rezeki anak ini yang Allah berikan, rezeki itu datang pelbagai cara.
Azhar : memang betul apa yang dikatakan, mula-mula dapat anak aku rasa kekok dan banyak pekara yang aku belajar itu sendiri dan tunjuk ajar dari mak aku. Aku sangat terharu apabila kawan-kawan buat kutipan derma untuk kami semperna anak kami ini.
Acik : apa nasihat azhar dan khatijah untuk mereka yang ingin kawin muda ?
Azhar : memang benar sekali kawin muda mampu mengelakkan zina. Tentang kawin ini juga perlukan ilmu pengetahuan dan kewangan yang kukuh. Lagi-lagi harga barang sekarang dah naik. Buat persiapan mental dan fizikal untuk diri kamu dan bakal isteri kamu. Tuntutlah ilmu dan carilah ilmu itu sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia,dan jangan takut untuk kawin muda janji bersedia apa jua cabaran yang mendatang.
Khatijah : apa yang penting adalah sebab apa kamu berkahwin ? adakah kerana keseronokan ? ataupun tanggungjawab ? fikir-fikirkanlah kerana kawin ini bukan pekara yang mudah. Kalau boleh tak mahulah baru kawin setahun dan bercerai, itu yang kita tak mahu. Paling penting seperti abang cakap carilah ilmu agama dahulu dan siapkan diri kamu . Jika kamu lakukan sesuatu kerana Allah maka Dia akan selalu ada untuk kamu hingga ke akhir hayat.
Inilah dia sedikit temubual yang acik lakukan terhadap mereka berdua, sebelum acik terbitkan entri ini acik sudahpun mendapatkan persetujuan dari pihak mereka untuk di siarkan dan mereka sudah membaca entri ini. Semoga kamu yang mahu kawin muda dapat sedikit ilmu berguna.
36 Ulasan
Akak mmg tak syorkan kawen muda @ kawen kanak2 ni...Takat umur belasan tahun..tak payahlah berfikir utk berkahwin..dengan keadaan dunia sekarang nie..bukan zaman ayah ibu kita dulu-dulu...
selamat tahn baru..:)
memang kawin muda ni bnyk dgaan nya.. yang pnting hati juga kena kukuh,,,
apa-apa pun, perkongsian yang baik dan moga menjadi eyes-opener utk semua bakal-bakal zauj dan zaujah.
Kami nikah masa umur saya 22 tahun.. consider muda la kan? tp suami umur 27 & masa tu kami still student mmg xde pape saving or duit sendiri. kiranya lepas nikah kami mmg start from zero... Masha Allah bukan senang acik.. susah, susah sangat... plus suami bukan local lagi la susah nk dpt keje... Bila suami dpt keje saya disahkan hamil 4 weeks...
kami happy, tapi sayangnye family x supportive.. Dorg tanye knp x plan knp awal sangat...
tp dorg lupa anak tu rezeki Allah bagi... eventhough kami susah sbb suami baru start keje.. nak pegi check up bulanan pun kami terpaksa simpan & ikat perut...
sampai anak lahir kami guna semua simpanan, until suami pergi keje xmkn...balik rumah baru makan...
Honestly it is not easy... kawen mmg best tapi tanggungjawab besar...
klau pada yg xsedia nak tinggal zaman enjoy single freedom tu maka jangan lah nikah dulu..
sbb nanti takut dah kawen menyesal...
now anak dah dua financial pun still not stable, tapi Allah tu maha mengetahui.. dia bagi rezeki macam2 kat kami... Alhamdulillah..
walaupun saya & suami xdpt sambung degree tapi kami bangga dengan achievement kami skrg... Dinah Nur Ibrahim & Salahhuddeen Ibrahim.. Permata hati kami. Saya berpeluang rasa 9 bulan mengandung & sakitnye bersalin.. Alhamdulillah anugerah Allah bagi yg x semua org dpt...
my advice: klau nk kawen muda juga kena banyak sabar kena selalu yakin pada Allah.. In Shaa ALLAH all will fall into its place..
thanks share ye acik..semoga kawan acik dan isterinya kuat untuk menghadapi apa jua rintangan dan cubaan dalam rumahtangga mereka..amin
itu norma kehidupan..