Assalamualaikum
Dalam kehidupan kita sering jadi pekara-pekara yang di luar jangkaaan kita, pagi tadi okey sahaja tetapi waktu yang lain siapa tahu .Terkejut acik apabila mendapat pengkhabaran bahawa adik acik kemalangan waktu petang semalam.
Keadaannya teruk juga, bawah dagu koyak dan luka-luka di badan dan kaki yang agak teruk dan di jahit di bahagian dagu. Kejadian berlaku apabila ketika kereta melaju secara tiba-tiba behenti dan masuk ke simpang tanpa memberi sebarang signal. Dan adik acik hilang kawalan dan break secara mengejut dan motornya jatuh dan dia terseret dan terbaring di jalan.
Pemandu kereta itu hanya menjenguk di tingkap kereta dan berlalu pergi. Sakit hati acik mendengarnya, tiada perikemanusiaan apalah salahnya dia behenti dan tolong adik acik. Tak salahkan ?
Nasib baik anak sedara acik kebetulan lalu di situ dan menolong adik acik yang terbaring, naseb baik ada orang, kalau tidak ? Ya Allah darah banyaknya memang seram di buatnya. Ramai yang tanya kenapa tak check di CCTV ? sebabnya di kampung mana ada CCTV dan adik acik tak dapat ingat no platenya dan bagaimana nak buat laporan dan tak guna jika buat tetapi orang dan keretanya tak ketahui.
Kami hanya berserah, siapalah kami untuk menghukum si pemandu kereta tersebut, tetapi biarlah Allah membalasnya. Tahulah rasanya bagaimana ahli keluarganya di langgar dan pesalah itu lari begitu sahaja. Memang tak ada perikemanusiaan.
Beberapa bulan sebelum ini juga ada seorang rakan di mana dianya di langgar oleh kereta dan pemandu itu melihat dia terbaring dan berlumuran darah. Di biarkan dan di tinggalkan , orang jumpa pada esok hari dan dia telah meninggal dunia, jika dia di bawa ke hospital mungkin nyawa boleh di selamatkan.
Beberapa bulan sebelum ini juga ada seorang rakan di mana dianya di langgar oleh kereta dan pemandu itu melihat dia terbaring dan berlumuran darah. Di biarkan dan di tinggalkan , orang jumpa pada esok hari dan dia telah meninggal dunia, jika dia di bawa ke hospital mungkin nyawa boleh di selamatkan.
Akhir kata dari acik, berhati-hati memandu, jaga jarak kamu sewaktu memandu mahupun menunggang motorsikal. Bagi signal jika mahu masuk ke simpang dan paling penting jangan behenti secara mengejut. Hargai nyawa orang lain sebagaimana jika memikirkan menjaga diri sendiri.
34 Ulasan
yang di luar pengetahuan kita
biar ALLAH sahaja yang membalasnya
sekurang-kurangnya adik acik masih bernyawa
syukur ALHAMDULILLAH
akak baca paper kosmo tadi ada seorang
budak muda dilanggar lari dan diseret sejauh 43 km!
azab kematian dia
Teringat berita malam tadi, kemalangan langgar lari di highway plus...mayat penunggang motor tu berkecai sepanjang 40km! sungguh menyedihkan...
Pehal susah sangat ke nak tekan signal tu? Cacat ke jari tu ke tangan tu krem.
Gerem betullah!!
pemandu tu septotnnya bertanggungjawab..xde etika..aish~
Insaallah doa kan agar adik achik cepat sembuh...amin.
mselim3
tak bertanggungjawab betul orang tu...geramlak rasa...apapun moga adik acik cepat sembuh yek
mmg xde kesedaran sivik org tu...hope pesalah nanti dpt ditangkap
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia