Assalamualaikum
Minta maaf kerana hari ini lambat update blog, kerana hari ini acik menghadapi peperiksaan akhir kertas ke 2. Ya Allah hari ini di uji semasa menjawab exam acik dalam keadaan demam dan mengigil. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan. Hari ini acik nak berkongsi sedikit tips dalam bersahabat yang di sarankan dalam Islam .
1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)
2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)
3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)
4) Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)
5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"
6) Memberi hadiah
Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)
7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah saw bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim)
20 Ulasan
susah nak fokus bila demam ni
apapun all the best ye =)
sahabat tu utama :) awek tu kedua. hehe
moga2 dipermudahkan segala urusan
thanks...
moga cepat sihat ye acik
Regards,
-Strider-