Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Dalam Bersahabat Yang Di Sarankan Dalam Islam

bersahabat


Assalamualaikum

Minta maaf kerana hari ini lambat update blog, kerana hari ini acik menghadapi peperiksaan akhir kertas ke 2. Ya Allah hari ini di uji semasa menjawab exam acik dalam keadaan demam dan mengigil. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan. Hari ini acik nak berkongsi sedikit tips dalam bersahabat yang di sarankan dalam Islam .


1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.

Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.

Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"

6) Memberi hadiah

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.

Rasulullah saw bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim)


Catat Ulasan

20 Ulasan

Yana Yani berkata…
demam ye, jangan lupa makan ubat
susah nak fokus bila demam ni
apapun all the best ye =)
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian.. Semoga Acik sukses selalu.. :)
Unknown berkata…
abg acik semoga cpt sihat. sama la kite demam. huhu
sahabat tu utama :) awek tu kedua. hehe
Tanpa Nama berkata…
semoga acik segera sihat...
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah..sama2 amalkan.. sayafakallah acik..mga cpat smbuh
Fatin Wawa berkata…
hidup pasti kosong tanpa sahabat.. :) semoga cepat sembuh acik..
norhasnizakhalid berkata…
semoga acik cepat sembuh dan selamat menjalani exam, sahabat adalah jiwa mama, yang baik kita ikut, yang buruk kita tinggalkan..
Maria Firdz berkata…
moga acik cepat smbuh dan berjaya dlm exam...
Asha Lya berkata…
Tanpa ada sahabat pasti kita akan kesunyian..
Tanpa Nama berkata…
saya sayang sahabat saya..sahabat yang satu entah kemana menghilang, moga dia sentiasa dalam lindungan allah jua. acik..moga suksess dalam exam. itulah pengorbanan dalam menuntut ilmu
Unknown berkata…
alhamdulillah.. setakat ni persahabatan sy dengan Nurul,June,Anis,Hidayah,Ika dan Nurain menepati all list kat atas tu.. syukur sgt pada Allah swt sbb mengurniakan kawan2 yg terbaik pd sy.. moga2 kekal hingga ke jannah.. insyaAllah.. amin~
jgn lupa mkn panadol ubt demam
moga2 dipermudahkan segala urusan
thanks...
Unknown berkata…
tip yg baik. sama-2 la kita amalkan ..:)
PeRdU cINta berkata…
MsyaAllah..acik demam ye..moga segera sembuh..moga peroleh keputusan yang terbaik ye..asal kita berusaha..insyaAllah Allah hadiahkan kejayaan..amenn..nak sahabat yang baik..kita mulakan dari diri kita terlebih dulu..jadilah sahabat yang membina bukan meruntuh..moga ukhwah sentiasa diberkati Ilahi..
Mizz Aiza berkata…
semoga acik berjaya dalam exam itu dan semoga acik cepat sembuh dari demam tu.. sangat bermanfaat perkongsian tips dalam bersahabat yang disarankan dalam islam.. akak nak tanya, bagaimana pula untuk persahabatan berlainan jantina?
Tanpa Nama berkata…
mudah nak mulakan persahabatan,sukar utk kekalkan.,tq acik,,,

moga cepat sihat ye acik
Gee Lion berkata…
Good luck in exam acik, don't push yourself so hard okay. You need rest, like seriyesli; NOW.
Azlan Strider berkata…
alhamdullilah sy masih mempunyai 3 orang kawan baik yang kami berkawan semenjak dari bangku sekolah nie..Aku setuju dengan tips2 nie kerana banyak gak benda yang ko sebut nie yang aku amalkan...

Regards,
-Strider-
Tetamu Istimewa berkata…
Moga perkongsian ini memberi satu pedoman.