Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Menerima Segala Kekurangan Dan Kelebihannya Kerana Allah

gambar hiasan
 Assalamualaikum 

Rasa rindu mula menyapa untuk menaip entri tentang cinta, betapa lamanya tidak menaip entri tentang cinta. sebelum ucapan terima kasih kepada yang sudi vote untuk blog ini dan memenangi best lifestyle blog, boleh baca klik di sini. Setiap hari pasti di hujani dengan pelbagai soalan-soalan tentang cinta, jadi ingin memberikan semangat kepada kamu semua.

Jangan pernah merasai dirimu sendirian dalam dunia ini, percayalah pasti selalu ada seseorang yang peduli tentang kamu, yang menyebutkan namamu dalam setiap doanya.Cemburu adalah salah satu bentuk cinta. Tapi cemburu terus menerus bukanlah cinta. Kerana cinta itu perlukan rasa percaya.Cinta memang mampu membuat seseorang menunggu begitu lama, tapi paling penting adalah kamu harus mencintai dirimu juga.

Tak perlu menjadi seorang yang sempurna demi dia yang kamu cintai sehingga mampu buat kamu derita. Lebih baik menunggu seseorang yang mencintai ketidaksempurnaanmu.Jangan pernah sakiti orang yang mencintaimu, walaupun mungkin kamu tak mencintainya. Kerana mereka tak akan pernah menyakitimu. Seringkali cinta membuakantmu kecewa dan terluka, tapi berterima kasihlah, kerana cinta juga membuatmu dewasa dan bahagia.Tunjukkan rasa cintamu ! tapi cinta jangan hanya diungkapkan dengan ungkapan kata, tapi cinta harus ditunjukkan dalam tindakan nyata iaitu melamar dan kahwinilah dia.

Ketika kita mencintai seseorang, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang dia lakukan, kita pasti akan selalu dapat memaafkannya.Kamu tak akan dapat membenci jika tak mencintai, namun membenci tak ada gunanya. Jangan biarkan cintamu menjadi benci kerana benci itu senipis cinta.Ketika patah hati, jangan terlalu lama larut dalam kesedihan. Percayalah, Allah telah mempersiapkan cinta yang lebih baik untukmu.Jangan pernah berdusta pada dia yang kamu cinta. Kejujuran mungkin menyakitkan, tapi kebohongan akan menghancurkan segala.

Ketika seseorang tulus mencintaimu, dia tak pernah harus mengucapkan sebuah kata. Kamu akan tahu hanya dengan cara dia memperlakukanmu.Cinta sejati bukan berarti tak terpisahkan, tapi hanya berarti dua hati yang selalu jujur dan setia walaupun ketika mereka dipisahkan.Dia yang tulus mencintaimu akan selalu menginginkan dirimu yang terbaik, namun tetap mencintai dan menerima dirimu yang terburuk.

Cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Menerima dirimu apa adanya dan kesederhanaan kamu membuat orang lain bahagia.Ketika kehilangan orang yang kamu cintai, hapus air matamu. Lihatlah sekitarmu, masih ada yang mencintaimu, mereka sahabatmu.

Cinta tidak bersifat ego, tak juga memaksa. Ketika kebahagiaan orang yang kamu cintai lebih penting daripada kebahagiaanmu. Itulah keikhlasan cinta.Berpisah selalu menitikkan air mata, kenangan baik dan buruk takkan terlupa dan kata-kata tak pernah dapat menggantikan rasa.Dalam cinta, kamu mungkin mencintai yang salah, menangis untuk alasan yang salah, tapi semua itu membantumu menemukan dia yang tepat!

Hanya kerana seseorang sangat mencintaimu, bukan berarti mereka tak akan pernah menyakitimu. Kadang dialah yang sering lakukan itu. Jadilah lengkapilah cinta kerana Allah dan in sha Allah cinta yang selayaknya untuk kita. Dia adalah sebaik perancangan untuk kita. katakanlah pada diri "Aku menerima segala kekurangan dan kelebihannya kerana Allah sebagaimana dia menerima kekurangan dan kelebihanku".


Catat Ulasan

31 Ulasan

mrhanafi berkata…
bagus entri ini..cinta sesuatu yang menarik untuk dperkatakan.

p/s : Jom Sokong =Muslim Niaga
.
Khir Khalid berkata…
Kekurangan & kelebihan pasti ada pada setiap insan. Menerima segala kekurangan & kelebihan itu bermakna kita bersyukur atas segala anugerah Allah kpd kita. Perkongsian yg sgt baik utk direnungkan bersama. T kasih Acik.. :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Memang benar kita perlu menerima seadanya pasangan kita,baik kekurangannya atau kelebihanya, jadikan kekurangan itu satu kelebihan utk lebih memahami antara satu sama lain... moga bahagia selalu..

mselim3
menarik....entri...tahniah di atas pencapaian anda ...
paridah berkata…
cinta itu indah n keindahan mmg menarik perhatian...
Unknown berkata…
cinta diri sendiri sebelum mencintai org lain.

yup, betul.
Unknown berkata…
nasihat dari dr cinta :D
Maria Firdz berkata…
Tajuk entry buatkan saya tersenyum... :-)
Akupenghibur.com berkata…
hehhehe kenapa cikgu tersenyum ? ada yang tak kena ?
Mustika Pena berkata…
nak menitis pula air mata bila baca entry ni... kadangkala kita lupa cinta yang dirasai itu anuegerah terindah dari allah, kerana itu demi allah sejak rasa itu dihadiahkan itulah anugerah terindah yang aku terima.. semoga satu hari dia akan sedari semua itu..
Bunda_nora berkata…
perkongsian nota cinta yang menarik..
CheguZam berkata…
terimalah pasangan seadanya
Cinta pada yg maha esa
Cinta pada Keluarga
Cinta pada kerjaya
Cinta pada duniawi
Cinta pada kekasih
semuanya CINTA mmg terbaik....
terima kasih
Blog Santai berkata…
Tiada yang sempurna Acik..Allah jadikan kita masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Terima seadanya..salam sabtu ya!!
Karen Monica berkata…
Kak puteri suka ayat-ayat yang acik kongsikan :) Sememangnya tiada yang sempurna. Terima kelebihan dan kekurangan seseorang sebagaimana kita pun nak dia menerima kelebihan dan kekurangan kita.
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik.. nice sharing acik... input yang berguna. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. kita diciptakan berpasangan untuk saling melengkapi sesama sendiri. in shaa Allah ~~~
blogwalking....salam blogging.
Fiza Aizzawa berkata…
pasangan dijodohkan untuk saling melengkapi..
edisi berkata…
rasa happy dapat singgah kat blog Tuan penghibur ni....salam perkenalan bro...
Gee Lion berkata…
Semakin kerap mencintai, semakin kerap disakiti justeru bersiap-sedia dgn sebarang kemungkinan, adalah lebih baik..
Pha Is berkata…
cinta kerana manusia, manusia itu x sempurna.. cintailah kerana Allah, kerana Allah yg maha sempurna..
YunFila berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
YunFila berkata…
Tuhan telah menetapkan dia tidak akan menerima saya seadanya buat selamanya walaupun saya telah memberitahu isi hati saya kepadanya bahawa saya telah lama menerima dia seadanya. Sedih kan? Namun saya redha menerima rancangan Allah dan menghormati keputusan dia dengan hati yang terbuka. Thanks for sharing, Acik ^__^
bicara mak dara berkata…
ya betul tu acik.. bercintalah kerana Allah swt insyaallah akan diberkati..
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain.. setiap orang pasti ada keleibihan dan kekurangan masing-masing.. terimalah si dia sengan seadanya..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Teruskan menulis tentang cinta krn cinta itu ada berbagai rasa...
Tanpa Nama berkata…
all about love..
Maria Firdz berkata…
Hehe... Biarlah rahsia... Tpi suka sgt ayatnya... Hehe
Unknown berkata…
Cinta itu fitrah.. =)