Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, semalam sempat tak dapat update entri kerana bertemu dengan seorang blogger ini. Nantikan entri tersebut, siapakah blogger itu ? semalam pulang dari Johor Bahru ke Kota Tinggi ketika itu berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sangat romantik menaiki bas yang sama dengan acik. Berdua berpimpin tangan dan seiring dan sejalan. Aku asyik melihatnya sahaja dan kebetulan beliau menegur acik.
Pak cik : Assalamualaikum , anak muda nak kemana ,kenapa tengok pak cik macam tu, pak cik ada buat silap ke ?
Acik : walaikumusalam eh tak adalah pakcik, sangat suka melihat pak cik dan mak cik berdua, romantik dan sangat serasi.
Pak cik : ada saje ,tidaklah mari sini duduk boleh juga kita berbual-bual sambil tunggu bas.Anak dah kawin ?
Acik : belum lagi pak cik, jauh lagi perjalanan. Kalau acik dah kawin nanti teringin nak jadi seperti pak cik dan mak cik sangat serasi.
Pak cik : boleh nak, pak cik dulu seperti yang lain juga pernah 2 kali putus cinta, bila pak cik lihat pada diri apa yang tak kena dengan pak cik ini sehinggakan berkali-kali putus cinta. Ayah pak cik nasihatkan bila mencintai seseorang itu biarlah kerana Allah kerana ianya sebaik pencintaan. Pak cik dah kawin dengan mak cik hampir 45 tahun, selama itu kami jalani asam garam dalam kehidupan hidup kami berdua.
Acik : macam mana pak cik boleh bertahan pada waktu yang lama itu?
Pak cik: apa yang penting adalah cinta dia kerana Allah maka Allah akan lindungi kamu berdua. Jadikan agama itu sebagai teras utama dalam perkahwinan. Jika ada salah faham maka bermusyawarahlah berdua ,duduk sama-sama berbincang baik-baik. Kalau ada rasa tak puas hati gunakan masa yang sesuai, contohnya mak cik dulu kalau tak puas hati cara pak cik ,dia akan bagitahu bila mana ketika pak cik sedang bahagia mahupun sedang kenyang.
Kalau dengar apa yang orang kata tentang suami/ isteri jangan terlalu dengar kata orang lain, tetapi menilai sejauh mana kebenarannya. Perkahwinan itu amanah Allah yang perlu di pikul oleh kita . Sebaik sahaja aku terima nikahnya si dia, maka lelaki yang menikah si dia itu menanggung dosa sendiri,dosa isterinya, dosa anak
perempuan yang belum kawin dan jika sudah ada anak maka dia juga menanggung dosa anak lelaki yang belum baligh.Tanggungjawab kita sangat besar apabila berkahwin.
Dalam berkahwin terlalu banyak masalah yang akan timbul, sebagai seorang lelaki dan suami kita harus bijak dalam mengatasi segalanya dan bijak dalam membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut emosi tetapi jadikan agama islam itu sebagai teras hidup kita dan panduan dalam kehidupan.Walaupun usia berkahwinan sudah bertahun buatlah pasangan itu seperti baru kawin, memberikan pujian , berkasih sayang dan sebagainya.
Acik : alhamdulilah pak cik , apa nasihat pak cik pada orang muda sekarang ini dan kepada diri ini juga ?
Pak cik : kepada anak muda semua kawinilah seseorang itu kerana agamanya maka akan selamat dunia dan akhirat, kalau dapat yang cantik macam mak cik nie memang satu bonus dan jangan terlalu mendedahkan hal ehwal keluarga pada orang luar. Simpanlah ia selagi ianya tidakbertentangan dengan agama Allah. Jadilah isteri yang bertanggungjawab dan menjaga aib suami dan keluarga, maka untuk suami, pandulah kehidupan isteri dan anak-anak berteraskan agama islam maka selamat dunia dan akhirat.
Acik :alhamdulilah pakcik terima kasih kerana berkongsikan tipsnya, pak cik itu ada bas kota tinggi.
Begitu terpegun acik mendengar nasihat pak cik, 45 tahun usia perkahwinannya mereka. Betapa hebatnya mereka, seronok melihat mereka hidup bahagia dan sayang menyayangi antara mereka. Semoga satu hari nanti kita jadi seperti itu. amin ya Allah.
40 Ulasan
mudah2an pakcik&makcik tu sampai ke jannah
insyaallah
panjang jodoh pakcik makcik tu :)
moga2 nasihat dr pakcik tu dpt kita amalkan :)
baca entry ni malam2 buta..terasa lain plak fealingnya..
good entry acik.. :P
Regards,
-Strider-