Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Menikahi Dia Kerana Allah

kahwini

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, semalam sempat tak dapat update entri kerana bertemu dengan seorang blogger ini. Nantikan entri tersebut, siapakah blogger itu ? semalam pulang dari Johor Bahru ke Kota Tinggi ketika itu berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sangat romantik menaiki bas yang sama dengan acik. Berdua berpimpin tangan dan seiring dan sejalan. Aku asyik melihatnya sahaja dan kebetulan beliau menegur acik.

Pak cik : Assalamualaikum , anak muda nak kemana ,kenapa tengok pak cik macam tu, pak cik ada buat silap ke ?
 Acik : walaikumusalam eh tak adalah pakcik, sangat suka melihat pak cik dan mak cik berdua, romantik dan sangat serasi.
Pak cik : ada saje ,tidaklah mari sini duduk boleh juga kita berbual-bual sambil tunggu bas.Anak dah kawin ?
Acik : belum lagi pak cik, jauh lagi perjalanan. Kalau acik dah kawin nanti teringin nak jadi seperti pak cik dan mak cik sangat serasi.

Pak cik : boleh nak, pak cik dulu seperti yang lain juga pernah 2 kali putus cinta, bila pak cik lihat pada diri apa yang tak kena dengan pak cik ini sehinggakan berkali-kali putus cinta. Ayah pak cik nasihatkan bila mencintai seseorang itu biarlah kerana Allah kerana ianya sebaik pencintaan. Pak cik dah kawin dengan mak cik hampir 45 tahun, selama itu kami jalani asam garam dalam kehidupan hidup kami berdua. 

Acik : macam mana pak cik boleh bertahan pada waktu yang lama itu?

Pak cik: apa yang penting adalah cinta dia kerana Allah maka Allah akan lindungi kamu berdua. Jadikan agama itu sebagai teras utama dalam perkahwinan. Jika ada salah faham maka bermusyawarahlah berdua ,duduk sama-sama berbincang baik-baik. Kalau ada rasa tak puas hati gunakan masa yang sesuai, contohnya mak cik dulu kalau tak puas hati cara pak cik ,dia akan bagitahu bila mana ketika pak cik sedang bahagia mahupun sedang kenyang.

Kalau dengar apa yang orang kata tentang suami/ isteri jangan terlalu dengar kata orang lain, tetapi menilai sejauh mana kebenarannya. Perkahwinan itu amanah Allah yang perlu di pikul oleh kita . Sebaik sahaja aku terima nikahnya si dia, maka lelaki yang menikah si dia itu menanggung dosa sendiri,dosa isterinya, dosa anak perempuan yang belum kawin dan jika sudah ada anak maka dia juga menanggung dosa anak lelaki yang belum baligh.Tanggungjawab kita sangat besar apabila berkahwin.

Dalam berkahwin terlalu banyak masalah yang akan timbul, sebagai seorang lelaki dan suami kita harus bijak dalam mengatasi segalanya dan bijak dalam membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut emosi tetapi jadikan agama islam itu sebagai teras hidup kita dan panduan dalam kehidupan.Walaupun usia berkahwinan sudah bertahun buatlah pasangan itu seperti baru kawin, memberikan pujian , berkasih sayang dan sebagainya.

Acik : alhamdulilah pak cik , apa nasihat pak cik pada orang muda sekarang ini dan kepada diri ini juga ?

Pak cik : kepada anak muda semua kawinilah seseorang itu kerana agamanya maka akan selamat dunia dan akhirat, kalau dapat yang cantik macam mak cik nie memang satu bonus dan jangan terlalu mendedahkan hal ehwal keluarga pada orang luar. Simpanlah ia selagi ianya tidakbertentangan dengan agama Allah. Jadilah isteri yang bertanggungjawab dan menjaga aib suami dan keluarga, maka untuk suami, pandulah kehidupan isteri dan anak-anak berteraskan agama islam maka selamat dunia dan akhirat.

Acik :alhamdulilah pakcik terima kasih kerana berkongsikan tipsnya, pak cik itu ada bas kota tinggi. 

Begitu terpegun acik mendengar nasihat pak cik, 45 tahun usia perkahwinannya mereka. Betapa hebatnya mereka, seronok melihat mereka hidup bahagia dan sayang menyayangi antara mereka. Semoga satu hari nanti kita jadi seperti itu. amin ya Allah.

Catat Ulasan

40 Ulasan

sitirohaida berkata…
hebatnya mereka kan acik..akak pun selalu berdoa agar perhubungan akak dan suami akan sentiasa dalam keadaan sebegitu..insyallah
Mazatul azura berkata…
Alhamdulillah... seronoknya acik bertemu dengan pasangan bahagia camtu dan sudi berkongsi kisah.. Moga Acik juga akan bertemu jodoh yang baik.. :)
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik.. wahh bestnya.. sempat pakcik tu berikan nasihat. betul kata pakcik tu, in shaa Allah kita dah tahu ni.. Elok diterapkan.. semoga berpanjangan hubungan suami isteri hingga ke syurga (",)
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. bukan semua yg berpeluang utk beroleh perkongsian yg mcm tu.. semoga kita semua beroleh kebaikan melalui entri ini.. t kasih diatas perkongsian Acik & semoga Acik juga beroleh kejayaan & mencapai segala yg dihajati... aamiin.. :)
Maria Firdz berkata…
Mmg itupun yg Nabi s.a.w ajar dlm mncari jodoh.. Carilah yg beragama.. Pasti selamat dunia akhirat.. Insha Allah...
Shahrul Yusof berkata…
Kahwin kerana hawa nafsu ni memang susah nak maintain. Maklumlah, nak jinakkan nafsu ni bukan mudah. Bagi segala isi perut bumi pun belum tentu nafsu manusia ni boleh puas.
Lieya Von Jay berkata…
:) harap semua orang dapat amek iktibar dari kisah ini .. ^_^
Asha Lya berkata…
Insyallah..saya pun nak jadi mcm pacik tu amin
adkdayah berkata…
amin =) hope kta dpat mnjdi yg terbaik..
tersentuhnya hati terima kasih acik..
mudah2an pakcik&makcik tu sampai ke jannah
insyaallah
Fiza Aizzawa berkata…
sweet kan.. mesti byk cabaran dan dugaan yg dorg dah tempuh.. nak kekal bahagia bukan senang..
Jejari Menaip berkata…
Alhamdulilah..seronok membacanya....cintailh kerana Allah..:)
Wafi Remli berkata…
Allahu Akbar. Bila berkasih sayang kerana Allah, segalanya beres!
Unknown berkata…
Assalammualaikum.. Betul kata pak cik tu.. Cintailah seseorang kerana Allah.. Pasti hidup bahagia.. Begitu juga dengan apa yang kita lakukan.. sentiasa niat kerana Allah.. Pasti kita akan dapat manfaatnya.. dan segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah.. :)
Unknown berkata…
amiin, moga hingga ke syurga...pakcik tu ada anak perempuan tak Achik? :)
Tetamu Istimewa berkata…
Perkongsian ini telah banyak membuka pandangan kita smeua tentang perkahwinan. Terima kasih, Acik,
Gee Lion berkata…
Bagus utk kawan sy baca.. Dia ada masalah sikit..
PeRdU cINta berkata…
Syukur alhamdulilah..jika kita berkasih sayang kerana Allah..Allah akan sentiasa memberi rasa bahagia itu dalam jiwa kita..Nice entry acik..
mujagirl92 berkata…
moga2,, muja dapat hubby yang macam pak cik ni.. :')
Unknown berkata…
Tips yang berguna kepada yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin, juga kepada yang sedang menuju ke alam perkahwinan... (y)
Mizz Aiza berkata…
subhanallah.. susah nak jumpa pasangan seperti pakcik dan makcik itu.. setuju dengan kata-kata pak cik itu, pilihlah pasangan kita kerana agamanya..
Unknown berkata…
amin, mudah mudahan ia menjadi teladan yg baik utk bakal paangan atau yg sdh mendirikan rmh tngga.. :)
Story Nadya berkata…
Bagus nasihat pakcik nie. Sangat berguna kepada sesiapa yang hendak berkahwin dan sudah berkahwin. Demi kesejahteraan bersama :)
Blog Santai berkata…
Alhamdulilllah itu yang terbaik..
Unknown berkata…
45 tahun. jangka masa yg cukup lama tu. :)
anamizu berkata…
Allahuakbar seronok baca kisah ni acik..
panjang jodoh pakcik makcik tu :)

moga2 nasihat dr pakcik tu dpt kita amalkan :)
sobri yaacob berkata…
ya allah..
baca entry ni malam2 buta..terasa lain plak fealingnya..
good entry acik.. :P
Arman berkata…
Dalam membina Rumahtangga, tugas dan tanggungjawab suami lebih berat berbanding isteri.Silap percaturan bukan saja gagal malah menanggung dosa seisi keluarga.Itulah sebabnya harus mencari yang beragama kerana cintanya adalah kerana Allah dan ianya lebih diberkati dan memberi kekuatan dalam menghadapi gelombang dugaan.Tips pakcik itu memang sangat berguna.Orang berpengalaman katakan.. Apapun semoga Acik bertemu jodoh yang baik.Amin..
Unknown berkata…
Alhamdulillah..bagus tips yang pak cik tu berikan? semoga kita sama-sama dapat contohinya :-) Saya doakan pak cik tersebut bahagia hingga ke akhir hayat..dan acik bertemu dengan jodoh yang terbaik..Insya Allah :-)
Anizz Annisa berkata…
ini baru dikatekan sweet..hih.. indahnye perkahwinan kalau diterapkan dengan ajaran agama yg betul kan acik.. suke dgr crite nie.. :)
mila berkata…
meremang bulu roma bce entry ni hehe.
Azlan Strider berkata…
pekhawinan ini adalah sesuatu yang orang kalau boleh nak kekal selama yang boleh..dan untuk mengekalkan itu bukan satu rugas yang mudah..Selain niat yang ikhlas dalam mendirikan rumah tangga, silap tolak ansur juga perlu untuk menjaga mahligai yang dibina...

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
nasihat yg sgt baik.. insyaAllah
Tanpa Nama berkata…
mana yng baik kita jadikan teladan untuk diri sendiri kan !
Unknown berkata…
memang kagum dengan pasangan lama yang boleh mengekalkan rumah tangga lebih 30 tahun... berbeza sangat dengan zaman sekarang nie... t.kasih acik atas perkongsian... :)
BinMuhammad berkata…
Insyaallah...doakan kebahagian saya dan isteri berkekalan hingga ke syurga juga ye.
Tanpa Nama berkata…
Cinta org dulu2 berlandaskan kebenaran...cinta org sekarang berlandaskan kebendaan....
Unknown berkata…
"Wanita itu di nikahi kerana empat sifat. Kerana harta nya, kecantikan, kebaikan akhlak dan agama. Kahwini lah wanita yang baik penghayatan agama nya , sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman. " ♥
Tanpa Nama berkata…
Hmm...sweet..