Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur kepadanya kerana sehingga saat ini kita masih lagi di berikan peluang dan kesempatan untuk diri kita. Sekejap masa berlalu ,tiba penghujung bulan februari dan masuk mac dan cuti sekolah akan bermula. Cuti sekolah tentu akan banyak sekali majlis perkahwinan yang akan di langsungkan. Kebetulan 2 minggu lepas acik ada pergi majlis akad nikah seorang kenalan acik. Sangat tertarik dengan majlis akad nikahnya yang bersederhana tetapi sangat meriah.
Rafiq : Acik aku baru first time tengok pengantin lelaki letakkan tapak tangan kat atas kepala perempuan, kenapa , itu adat ke ?
Acik :itu bukan adat, tetapi amalan sunnah Rasullulah saw yang jarang
dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tujuannya juga adalah mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan
Itulah serba sedikit perbualan kami ,mungkin perbuatan ini hanya di lakukan oleh sesetengah orang saja dan pada acik sangat "sweet" perilakuan seperti ini. Ada juga yang bertanya dengan acik kenapa ramai orang tak buat ?
Sebagaimana kita tahu, pekara-pekara sunat iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan
melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya,
namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.
Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepala isteri dan sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya."
(Riwayat Abu Daud)
50 Ulasan
Contest SEO momsavenues.com
terpilih dlm BEST LIFESTYLE BLOG - FINALIST
yg ni masih bertanding erk? coz ade letak finalist. ke senarai pemenang
tengs sharing info berguna ni...
tengs drop by my blog, saya follow sini terus.
very nice blog!!
bila abang ipar buat time nikah, rasa pelik
sebab tak pernah ada orang buat
tapi sekarang kebanyakkan majlis nikah dah ada ni
Amalan sunat lepas nikah nie.. sekarang dah ramai yang amalkan .. bagus doa yang dikongsikan tu...
mselim3
thanks for the info. :)
p/s tahniah acik. kak pun undi acik tau..
patotlah menang. tahniah! (>.<)