Assalamualaikum
Penat baru sampai di Johor dari klang dan esok akan ke Pekan, Pahang pula.Memang tak sempat untuk terbitkan entri ,memang mula-mula tak mahu terbitkan entri tapi permintaan seorang rakan jadi acik usahakan terbitkan entri ini. Seorang rakan tadi hantar mesej kata acik , mesejnya berbunyi :
Salam acik, aku nak minta pendapat nie, bakal tunang aku nie tak pandai tapi mak aku dah pesan kalau cari bini yang pandai masak. Masalahnya tunang aku memang tak pandai masak, kat rumah pun yang masak orang gaji dia.. please acik bagi sedikit nasihat ,nanti aku boleh hantar kepadanya.
Pada acik isu ini dah di perbincangkan ramai blogger, ada siap saling menyalah. Ye memang bila sebut perempuan pastinya ia akan terfikir tentang masakan terutama masakan ibu yang enak dan tiada tandingan. Perempuan dan memasak itu tak dapat di pisahkan . Bila perempuan tak pandai masak ? jangan cepat melenting dan saling kutuk mengutuk. Tadi berkesempatan bertanyakan dengan seorang rakan yang telah berkahwin 5 tahun dahulunya pernah merunggut sebab tak pandai masak, kini kalah master chef berbandingan masakannya, jadi mari dengarkan celotehnya.
Zati : okey acik dulu memang aku akui tak pandai masak, setakat masak air, meggi itu memang expect. Bila nak kawin tu seriau sebab aku tak pandai masak langsung, aku selalu fikir kalau aku tak pandai masak ,suami aku dan anak-anak aku nak makan apa ? tiap-tiap hari beli kat luar ? Memang fitrah tugas isteri layan suami, kalau tak pandai macam mane nak layan ? itu yang selalu aku fikirkan.
Jadi pekara pertama yang perlu ada dalam diri adalah keinginan untuk belajar, tak kiralah belajar di u tube, belajar dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Kedua paling penting adalah keikhlasan, kita kena ikhlas sebab yang makan nanti suami dan anak-anak kita, bila kita ikhlas in sha Allah akan lebih sedap.
Ketiga masakan yang mudah-mudah dulu, carilah masakan yang senang-senang contohnya sayur bening, ikan masak asam pedas dan sebagainya. Jangan terlalu tertumpu dengan masakan yang hebat-hebat
Keempat jangan malu dan segan untuk bertanya pada orang mahir,contohnya mak, kawan-kawan , mak cik dan sebagainya.
Kelima memasak berterusan , dan selalu memasak untuk ingatkan bahan-bahan yang di perlukan.Kalau ada masa, tiap-tiap hari masak walaupun simple.
Bukan nak cakap apa dulu zati ini seorang yang lasak sebab sekolah sukan main hoki dari tak tahu memasak langsung sampai boleh sekarang. Memanglah mula-mula banyak complain tetapi kini alhamdulilah makin hebat.
Ahhh dah baca dari kawan tips dari kawan acik tu?
Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)
Dan nasihat dari acik untuk sahabat acik ,Jika bakal isteri kamu tidak pandai masak tapi dia usaha juga nak belajar
memasak. Kadangkala lauk yang dimasak tidak berapa sedap, ada tawar, ada
masin sangat. Janganlah sesekali memarahi dia, jangan kritik depan
orang lain, jangan menjatuhkan maruah dan semangatnya.
Adakah kamu sanggup memarahi, mengherdik, menghina insan yang berusaha untuk kamu ?
Adakah kamu sanggup memarahi, mengherdik, menghina insan yang berusaha untuk kamu ?
Bila salah, nasihatlah berhemah,Bila merajuk, pujuk dengan kasih sayang.Bila menangis, redakan tangisannya. Bila lemah, pulihkan semangatnya.Bila banyak kekurangan, baiki dan saling lengkapilah. Beri pujian untuknya.Beri kasih sayangnya padanya. Ucapkan terima kasih padanya.Dan selalu doakan untuknya.
Pelik tak bagaimana masakan ibu paling sedap di dunia ? walaupun ianya rasa lebih kurang orang masak tapi masakan mak tetap ada rasanya tersendiri dan tiada tandingan , di situlah kelebihan mereka iaitu memasak dengan kasih sayang dan keikhlasan memasak untuk kita. Jadi masaklah dengan kasih sayang dan ikhlas, in sha Allah tak sedap pun jadi sedap
51 Ulasan
Yang penting kemahuan dan ikhlasnya untuk memasak.
Kalau nak ikutkan, ibu kita sekalipun, bukan masak special sangat...cuma mereka masak dengan penuh rasa kasih sayang. Sebab itu kita kata air tangan ibu memang sedap meskipun sekadar nasi dengan lauk yang sederhana.
Kita terpaksalah terima hakikat yang isteri kita tu tak pandai masak mungkin dia orang berada yang tidak pernah kedapur dan tidak pernah diajar mak ayahnya untuk kedapur sebab mereka mampu pakai MAID untuk masak segalanya...
Nabi pun sama2 tolong isteri dia memasak dan buat kerja rumah...Nabi bangun awal pagi ...Dalam ceramah ustaz Kazim pun ada cakap hal ni...
Orang perempuan pula jangan ambil kesempatan...
bukan mak tak pernah ajar, tapi dah malas! tak boleh kata apalah kan
bila kahwin, aku cuba seboleh mungkin belajar masak
selidik apa suami suka makan
practise aje, lelama dah expert! hehe
bagi galakan pada bakal isteri atau isteri itu sendiri
lagipun tiada siapa yang sempurna, betul tak
_bercakap ikot pengalaman_
redha..haha
Cuma, yang tak bestnya bila takda skill memasak ni, bila terkena waktu-waktu yang terdesak, memang tak makan la sekeluarga tu nanti. Kita bukannya hari-hari senang. Ada masa sengkek jugak. Buatnya bibik lari, tak berasap dapur kat rumah.
Hari-hari makan bungkus kat Mapley pun tak elok jugak. Mana tau, alih-alih si suami naik syok kat Indon tukang masak kat restoran tu sebab tertarik dengan masakan dia. Hahaha
P/S: Buku saya Tetamu Istimewa dah ada stoknya. Jika berminat, maklumkan kepada saya. Terima kasih Acik.
tapi jangan jadikan alasan tak pandai memasak sebagai halangan utk perkahwinan.
tak baik, nabi pun tak ajar lagu tu.
tak pandai masak boleh belajar xder masalah janji hendak belajar memasak utk suami tercinta,,hehehe
mselim3