Assalamualikum
alhamdulilah sekarang acik baru mengerti tentang
kehidupan yang selama nie acik cari. Walaupon kadang-kadang apa yang
berlaku sangat menyakitkan kita tapi kita kerana terima juga walaupun
apa pon alasannya. Hari nie acik di minta oleh seorang pembaca blog acik
untuk tulis tentang pekara yang akan acik taip nie , rasa bersalah jika
tak berkongsi ilmu .
Ada seorang nie tanya pada acik , kenapa bila orang yang kita sayang tak hargai kita, tapi bila kita dah kecewa baru nak terhegeh-hegeh ?
Sebenarnya
setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada
mereka yang tak menghargai orang yang kita sayang dek kerana ego dan
tamak sebab dah dapat seorang tapi nak cari yang lain.
Hal
nie pernah terjadi pada acik, acik nie terlalu fobia cinta
sampai takut untuk bercinta. Memang salah acik masa tu sebab terlalu
takut di kecewakan lagi oleh seseorang tu. Tapi mak acik pernah cakap
,setiap orang yang kita jumpa adalah berbeza tak semestinya perjalanan
hidup kita akan sentiasa sama. Dan acik sangat rasa bersalah kerena
kecewakan dia. Tapi itu takdir ALLAH dan pengajaran kepada acik.
Kita
kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam
hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai
setiap orang yang hadir dalam hidup kita. Kita sebagai manusia nie tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kite ada. Kite sebagai manusia nie tak pernah puas.Kita
sering terleka dengan orang yang selalu ada di dekatnya dan abaikannya
.Tapi bila orang tu dah face up dengan apa yang berlaku barulah rasa
menyesal dan terhegeh-terhegeh minta maaf.
Siapa kita untuk tak menghargai orang lain ???
“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”
Ayat
yang mudah, simple malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang
Islam. Kalau air takde barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah,
jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja .Macam-macam seruan keluar
bila air takde Semua orang merungut,susah nak basuh baju, nak memasak,
nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai
nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat aii,saat air
melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.
Ala
manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara
yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai
dan bersyukur.Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.Bila kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang
boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana-mana sahaja yang
diingini.
Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.Opppsss kita macam tu ke?
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,cabarandan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal yang abadi hanya dapat di temui apabila kita kembali semula kepada ilahi.
Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..
Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu
23 Ulasan
Rindunya nak berkomen di entry acik.,
Akak dh biasa dgn org yg tk tau menghargai diri ini tp akak tk kisahpun sbb ada ramai lg org lain yg tahu menilai...diri akak pula,akak sentiasa menghargai
org lain wpun akak tau org tersebut tk berhak utk mendptkannya
btw jemput singgah http://iluvtour.com