Ticker

6/recent/ticker-posts

Gelagat Orang Tua Projek Memikat Gadis Muda



Assalamualaikum 

Usia tua tidak membataskan seseorang itu untuk lakukan apa yang di minati, tua itu hanya sekadar umur yang menunjukkan bahawa kita lebih "makan garam" berbanding dari yang lain dan bermakna kita lebih berpengalaman.  Dalam arus pembangunan teknologi maklumat ini , definisi orang tua itu bukannya 80 tahun ke atas kerana itu di gelar warga emas. 

Ahh jangan terkejut orang tua didefinisikan terhadap mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Hari ini acik temankan mak untuk pergi ke Wisma KWSP kebetulan untuk "check" penyata untuk melihat masuk tak duit yang di potong sewaktu acik kerja dulu. 

Selesai semua urusan acik pergilah makan bersama mak ,abang dan abah. Melihat keleteh orang sekeliling yang berbagai ragamnya. Kelihatan di meja sebelah itu lelaki berusia dalam lingkungan 60 an bersama dengan seorang perempuan  lingkungan usia 20 an. Kebetulan pelayan itu menyusik lelaki tersebut. 

Pelayan : wahh cantik anak pakcik, boleh la berkenalan.
Pakcik : banyaklah kau punya anak, ini isteri aku!!

wahh kami sekeluarga terkejut betul dan selepas itu kami bergerak ke econsave untuk membeli barang dapur di satu sudut barangan kebetulan ada seorang pak cik sedang "usha" seorang remaja perempuan dengan beri kata-kata manis, Dia kata " abang sayang awak, jomlah kita kawin, abang banyak harta , ada kebun "

Aduhh kepala ini naik pening, agaknya orang tua di sini semuanya sedang mencari "pucuk muda '? 

Bila dalam kereta abang acik menunjuk beberapa tempat, katanya " ahh tempat ini malam-malam memang penuh dengan orang tua sebab nak karaoke dan berdangdut. Kalau kau nak tahu acik, kat sini ada tu yang tak ada gigi, berjoget sampai lupa diri. 

Abah pun berkata , ramai di sini acik, yang sibuk mencari anak gadis yang muda-muda, siap tanya abah lagi mana nak cari anak-anak dara. 

Dan acik juga pernah berjalan dengan kakak acik , memang kalau pergi mana-mana pakcik-pakcik ini akan menganggu dan "suit" untuk menganggu. Ada itu siap yang berjumpa dengan abah menyatakan nak jadi anak menantu kenapa abah acik. Ahhh padahal umurnya lagi tua dari abah acik , nak panggil apa ye tu ?

Di usia tua ini memang tak salah nak mencari pengganti yang hilang, isteri yang telah meninggal . Tapi carilah dan bantulah kaum wanita yang benar-benar memerlukan, bukan hanya "pucuk muda " .

Kematian kita tak tahu bila tiba waktunya, bukannya kita lagi ligat daripada mereka yang muda melakukan pekara lagha, seharusnya kita banyakkan beribadah. 

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

"Laksanakan segera amal soleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).

 Akhir kata dari acik, marilah kita muhasabah diri, tua itu bukan tiket kita rasa diri kita hebat melainkan mendekatkan diri pada Allah. Jangan lupa vote blog acik untuk favorite lifestyle blog (click disini) 




Catat Ulasan

36 Ulasan

orang tua kalau mengurat lagi seram dari orang muda acik, serius akak tak tipu, pernah ada pengalaman tu... takutttt ooo.... cepat2 nak lari...
Unknown berkata…
hahaha....macam2 ragam org tua masa sekarang...ade masa tu rasa sedih pon ada...ye laa...masih ada yg tak nampak hala tuju sebenar...kita mampu berdoa je lah...in shaa ALLAH...
Vee berkata…
Paling geram bila tengok yang sedang gendong anak pun sempat nak kacau gadis muda. Kesian kat wife dorang.. Vee byk kali dah kena ngan bapak2 orang ni -,- Rindu pulak nak masuk supermarket dengan uniform sekolah lepas habis waktu sekolah. Takda sapa nak pandang pun. Muda sangat kot rupanya. Haha..
Niesa berkata…
Seram kalau prg tua mengorat!penah kena ngorat org tua dlm flight..rasa nk je panggil uncle time tu...nasib baik tak termuntah...
Fiza Aizzawa berkata…
Nak salahkan org muda pun tak boleh jugak... kalau tepuk sebelah tangan tak kan bunyi... yg tua "tak sedar diri" yang muda pula mata duitan.. entah la acik...
paridah berkata…
umur jer tua acik...semangatnya muda, maklum hidup dh makin selesa, wang banyak, harta banyak...susah juga kan kalau dh senja tapi rasa masih pagi...
Tanpa Nama berkata…
dah tua pun ada jugak perangai yg gitu2 kan. geram pulak eden tengok, takde keje agaknya
Gee Lion berkata…
Err.. tak sangkanya. Mungkin ni salah satu penyakit akhir zaman lagi. Err..

Yang situasi pertama tu macam ada kena mengena dgn ayah saya.
Orang sangka anak padahal isteri.
Tapi ayah sy tak lah marah, bangga lagi ada lah.
Hehe.
Jangan salah anggap yer, ayah saya tak kahwin pucuk muda.
Cuma umur je jauh berbeza.
Masih berada dalam golongan yg memerlukan.
(:
BinMuhammad berkata…
Kelakar pula melihatkan gelagat orang tua sekarang ni... Orang katalah, kalau dah umur 40an tak berubah...sampai ketualah macam tu...mungkin ada benarnya tapi semua itu jangan pulak dipercayai :)
Riasu juga...bila tua nanti macam manalah agaknya...
Unknown berkata…
macam2 gaya...geli bila terjumpe org mcm ni..klo blh xmo..huhu
aah kan..patutnya usia diberikan dimanfaatkan sebaiknya..moga pakcik tu mendapat hidayah
Aqilah Azmi berkata…
Hihihihi qilah rasa nak tumbok je muka pakcik tu ahahahah.
Tapi nak buat cmane kan T_T
Pakcik, apakan daya hahahaha tapi kalau mengada sangat mmg penampor ler jawabnya hiks.
SITI berkata…
umo 40 biasanya lelaki ni akan jadi muda balik.. hahaha.. time tu lah ulat bulu naik daunnnnnnn
Engku Muzahadin berkata…
Daun keladi, makin tua makin miang menjadi..Hehe
PeRdU cINta berkata…
Jodoh itu telah Allah tentukan..telah Allah takdirkan namun..kita perlu berusaha dan usahakan..biarlah lillahitaala dan bukan kerana nafsu semata mata..
norhasnizakhalid berkata…
alahai, ada je mama jumpa acik orang begini... geli lah.. hihi
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

umur 40 tahun muda balik, biasalah ulat bulu dah naik daun...hehehe ketawa mselim3 baca komen kekawan2.. mmg ada kebenaran nyer.. tp bab lelaki tua miang nie susah nk cakap...

mselim3
Unknown berkata…
haha nilah gelagat orang sekarang..diam2 ubi..mangkin tua mangkin menjadi :)

salam kenal achik..:)
Dzureen Darwis berkata…
cuma tertanya2, kenapa sekarang mcm trend suami org kacau isteri org lain? hmm ni penyakit sosial ni huhu
wawa zulkefli berkata…
makin menjadi jadi. ada saya jumpa sorang pakcik ni, bercerai sebab laman sosial. mengorat anak dara dlm fb . :(
Arman berkata…
Salam Acik, pada pandangan Senikk, sememangnya kehidupan seorang lelaki itu bermula pada usia 40.Bila masuk umur ni, segalanya berada pada paras kemuncak dari segi mental, emosi dan nafsu.Bila masuk bab nafsu nilah paling merbahaya, kerana lelaki ketika ini nafsunya sedang meningkat manakala perempuan pula mula menurun.Itulah sebabnya berlaku kes keinginan kepada "Pucuk Muda".Tiada istilah expired dalam dunia lelaki.Hanya Iman saja yang mampu mengawal segalanya... ⇨ºSenikkº
Unknown berkata…
dah tua2 sepatutnya sedar dah mana betul mana tidak . kata dah lebih makan garam . Takkan tak faham2 lagi erti hidup . hmm . sedih kalau jd mcm ni .
anamizu berkata…
haiyo ~ sudah tua lagi mau gatal ka itu orang =P
Tanpa Nama berkata…
sama-sama kita renungkan hal yang acik ketengahkan dalam entri ni,tua-tua keladi,jangan makin tua makin lupa diri :l
Unknown berkata…
haha yg ni org kata miang keladi.
Asha Lya berkata…
rasa mual plak kalau terjumpa org mcm tu..mcm2 skrg nie
Fatin Wawa berkata…
memang sepatutnya diusia itu bawa-bawalah bertaubat.. banyakkan beribadah kerana ntah bila ajal datang menjemput.. dah vote utk blog acik.. ^^
Sukma berkata…
tak suka orang tua gatal....rumah kata pergi kubur kata mari......
Story Nadya berkata…
selalu nampak situasi macam nie.

nad vote acik ^^
Azlan Strider berkata…
benda nie kalau perempuan tak layan tak jadi sebenarnya orang tua untuk mengurat. tapi tak dinafikan kekadang orang tua nie skill mengorat dia lain macam.kalah orang muda macam aku nie..hehehe..insyallah petang nanti aku register and vote blog ko acik..all the best...

Regards,
-Strider-
Invisible Me berkata…
Bukan setakat yg kehilangan isteri, yg masih ada isteri pun masih mahukan anak muda untuk nafsu..
MyCherita berkata…
apa kata orang.. "life begin at 40".. hehehe..saya mmg biasa tgk pakcik2 mengorat.. mcm2 skill keluar... tp apa yang penting adalah iman seseorang itu, tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, benda tak jadi kalu kita bertepuk sebelah tangan..tol tak???
kent chan berkata…
EEEeeee,,geliiii -,- dluu pnah ada membe kna ngoratt ngan pkcik tuuaaa,,,geliii,,pikir skit ank bini kt rmh woii!! geramm pn adaaaaa..
Khir Khalid berkata…
Huhh.. org tua memikat gadis.. mmg nampak bebenor kegatalannya.. astagfirullah & nauzubillah..
Unknown berkata…
ada pengalaman kene ngorat ngan org tua.. x sukeeeeeeeeeeeeeeee
Tanpa Nama berkata…
hehehhhehehe..tapi orang tua macam tu tentu ada kehidupan yang stabil sebab tu berani berani ngorat pucuk muda..hehehe..