Assalamualaikum
Hai
semua, dalam beberapa hari nie acik cuba menulis entri walaupon badan
penat dengan event, tapi itu bukan alasan kerana acik rasa bahagia bila
ada orang baca apa yang kita tulis dan berkongsi pandangan. Sebab itulah
tujuan utama acik, walaupon blog acik nie bukanlah sepopular yang lain
,acik tak kisah janji ada yang sudi berkunjung di sini.Setelah bermacam
hal di facebook dan jadi isu sikit pasal apa yang acik post tapi malas
nak cerita pasal remeh temeh tu. Dan hari nie acik cuba selami apa yang
ibu bapa kita rasa.
Kalau
kita tengok ramai sangat orang sekarang cepat sangat nak bertunang dan
kawin. Pada acik memang tak salah pun sebab itu tuntutan bagi mereka
yang berkemampuan dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Acik sangat
sokong kepada mereka semua yang inginkan mendirikan rumah tangga nie
tapi kena fikir dari pelbagai aspek rohani dan jasmani. Benarkah kamu
sudah sedia ??? dari sudut kewangan dan juga kepuasan hidup remaja ??
Acik
nie bukan seorang yang pakar dalam kehidupan tapi melalui tinjaun acik,
acik rasa bagaikan tidak seimbang dalam kehidupan ini. Kita sibuk
mengejar untuk mendirikan rumah tangga tapi kita terleka dengan
tanggungjawab kita terhadap ibu bapa. Yelah setelah kita habis belajar
kita baru nak kerja dah fikir nak kawin tapi bagaimana kita dengan
bahagian untuk mengembirakan mereka ??
Hal
yang paling menyedihkan kita dapat lihat,pelajar di universiti
menghabiskan wang mereka untuk pasangan yang belum tentu menjadi
bahagian halalnya untuknya sedangkan wang yang diminta datangnya dari
ibu bapa. Untuk kekasih hati sanggup belikan apa sahaja ,tapi untuk ibu
dan ayah tak pernah pula belikan hadiah masa hari lahir mereka.
Masih ramai anak-anak yang tak menghargai
pengorbanan ibu bapa.ada yang hanya memerlukan bapa ketika mereka
kesuntukan wang,ada anak yang buat ibu seperti orang gaji,dipaksa bangun
pagi-pagi masak dan buat kerja mcm orang gaji.Sedangkan anak bangun lewat dan buat selamba jer bangun terus makan.
Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk
kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan
ke atas mereka.
Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.
Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah. Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.
Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita
Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)
Maksudnya :
"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

Pada
acik bila habis belajar bagi ruang umur kita untuk membahagiakan ibu
bapa seperti bantu apa yang mereka perlukan dan selebihnya barulah kita
fikirkan tentang perkahwinan. Sebab ibu bapa memang tak akan pernah
cakap dengan anak tentang apa yang mereka rasa. Tapi sebagai anak kita
kena faham mereka . Sampai disini dulu acik menaip , kalau ada yang
terasa acik minta maaf ,wasalam
38 Ulasan
2. bila dh mendirikan rumah tangga, jgn diabaikan tanggujawab kita sebagai anak..
3. kawin lah bila berkemampuan, cukup syarat..
p/s: singgah dan support saya dalam contest yeos ye :)
in Shaa Allah...cik pon berusaha untuk mengembirakan ibu bapa cik..
tanpa ibu bapa siapalah kita...kekasih u dtg dan pergi...
W/pun kak alin tak belajar tinggi, alhamdulillah sampai dah anak 2 masih boleh gembirakan mak dan abah. Masih boleh belikan apa yg dorang nak.
Sepatutnya mereka kerjalah dulu...bagi senang mak abah. Bila kita dah kawin ni sangat terikat terutama perempuan. Nanti dah beranak pinak lagi banyak pakai duit.
Kesian mak abah. memang dorang tak meminta2 tapi kita faham2 sendirilah.