Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Tak Mahu Di Sakiti Jangan Cuba Sakiti Orang Lain

tersakiti
Assalamualaikum

Alhamdulilah kerana dapat bernafas muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya. Terkejut sebenarnya semalam ramai yang PM acik tentang kisah cintanya dan soal jodoh. Memang hidup ini ramai yang membicarakan soal jodoh dan cinta kerana itu yang manusia dambakan. Tapi jangan leka kerana dek cinta , seimbangkanlah dengan soal-soal yang lain dan yakin pada ketentuannya

Kadang hingga buatkan mereka memberontak untuk hal hal yang kecil. Bila di tanya mengapa ? yang mampu di jawab tak ada apa-apa  Sedangkan banyak pekara yang di fikirkan sehingga buat mereka tertekan.

Persoalan yang menjadi utama masa kini terutama kepada remaja dan anak muda adalah cinta . Cinta sesama manusia yang di utamakan. Yelah saat ini orang kata masa untuk mengenal cinta Masa ini juga mulalah cinta berputik antara dua jiwa. Mereka mencari cinta sejati tetapi caranya itu seolah mencari cinta mengikut nafsu. Jangan salahkan cinta kalau kita kecewa dan sedih. Salahkan orang yang tak hargai cinta tersebut. Cinta itu sebuah perasaan suci yang hadir ketika hati menyukai seseorang itu. Fitrahnya cinta untuk membahagia bukan untuk mengecewakan.

Sekarang ini terlalu banyak kes cubaan bunuh diri, belasah girlfriend./boyfriend , bertumbuk kerana orang ketiga dan sebagai. Kononnya masing-masing mencari cinta sejati. Padahal cinta itu perlu di semai dengan rasa kasih sayang kerana Allah. Percaya pada jodoh Allah dan ketika solatnya selalu mendoakannya agar dia juga mencintai kerana Allah.

Bukannya setakat pegang tangan pergi tengok wayang, makan bersama main suap-suap, Beli baju sama katanya sehati sejiwa, serahkan tubuh badan ,ibu bapa di tinggalkan,  sanggup behenti belajar kerana tak sabar nak kawin. Adakah itu cinta sejati ?

Ingat di usia muda inilah ujian yang terberat bagi kita dan merupakan titik permulaan di mana jalan yang kita akan bawa. Sebab itu nak cari pasangan biarlah yang tepati apa yang islam mahukan. Nanti ada suara sumbang katakan " Adakah lelaki/ perempuan baik pada zaman sekarang ?

Jawapannya mudah sekali tentulah ada, untuk dapat yang baik kamu kena jadi yang baik juga. Maka seimbangkanlah  dan dekatkanlah diri kepada Allah.

Kalau tak nak orang sakiti hati kamu, jangan kamu sakit hati orang lain.Kalau nak di hargai maka belajarlah menghargai. Semuanya terpulang pada kita dan semuanya bermula dari diri kita juga.  Kita yang membawa hidup ini sama ada untuk kebaikan atau keburukan.

Allah tak akan mengubah naseb seseorang itu jika dirinya yang tak mahu mengubahnya sendiri.

Catat Ulasan

24 Ulasan

sitirohaida berkata…
cuba untuk tidak menyakiti orang lain..pernah rasa disakiti...sakit..Allah swt je yang tau.
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Setiap perbuatan dan perlakuan pasti ada balasannya. Pilihlah...nak baik atau buruk. Allah SWT itu Maha adil.
Asha Lya berkata…
masa remaja muda nie la terlalu byk dugaan..
Yana Yani berkata…
akak setuju pendapat BM
kita yang pilih siapa kita nak jadi
yang baik atau yang buruk
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
yeah! betul tu . we'll get what we give . Ade y ckp mcm ni , jodoh kita adalah cerminan diri kita . Kalau kita sedang berusaha ke arah baik , in shaa Allah dia pun sama and vice versa .

Kita yang pilih mcm mne kita nak jadi . =)
Invisible Me berkata…
Betul tu. Nak yg terbaik, kita dulu kena jd yg terbaik. Bukan hanya mengharap semata-mata :)
Cik Itah berkata…
salam. sy sedaya upaya untuk tidak menyakiti orang lain tapi sy asyik disakiti..sedihnya huhuhu sabar sajalah kan acik..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

kalau kita aje disakiti sedangkan kita tak pernah sakiti orang lain macam yer..sedih..

mselim3
Wafi Remli berkata…
Dan kalau nak cari yang baik, bukan yang lepak di shopping complex, disco dan segala bagai tempat maksiat yang lain...huhhu...
Mime MF berkata…
setuju...kalau tanak disakiti belajarlah untk tidak menyakiti org...hehe
Unknown berkata…
nak orang baik dengan kita hendaklah kita sendiri bersifat positif :D hehe
Unknown berkata…
sedih bila org asyik dok cari salah kita ... sabar !
Nadiaafarhanaa berkata…
betul-betul. bila kita sakitkan hati orang one day kita juga terkena :D
Semoga kita mendapat pengajaran daripadanya.
Gee Lion berkata…
Mungkin ada kesilapan dari diri kita sendiri dahulu.. Cek balik betul-2 kan..
Engku Muzahadin berkata…
well said. kalau kita tak suka org buat kita jgnlah kita buat dkt org lain benda yg sama
Anizz Annisa berkata…
bila kita kecewa dgn cinta, sbnarnye ade cinta yg sentiase subur dlm diri..iaitu cinta pada illahi.. pd allah.. pd nabi.. setia la dgn cinta yg satu itu..inshaALLAH kekal abadi.. :)
Liniey Nor berkata…
Kalau tak nak orang sakiti hati kamu, jangan kamu sakit hati orang lain.Kalau nak di hargai maka belajarlah menghargai. Semuanya terpulang pada kita dan semuanya bermula dari diri kita juga. Kita yang membawa hidup ini sama ada untuk kebaikan atau keburukan.

sangat2 setuju :)

psstt!liniey msukkan blog ni lam bloglist :)
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik.. mcm mana kita terasa klu disakiti, mcm tu lah org lain rasa klu kita menyakiti hatinya.. peringatan yg sgt baik utk kita semua.. t kasih.. :)
Maria Firdz berkata…
Apa kita bg pd org, itu jga kita dpt.
Azlan Strider berkata…
betul tu acik..kekadang akibat terlalu mencinta, ia mampu memberikan tekanan yang berlebihan..sebab tu yang mana iman tak kuat sanggup membunuh diri sbb tak tahan dengan tekanan yang dihadapi...

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
Setuju...! Segalanya adalah bermula dari diri kita sendiri... :D
Tanpa Nama berkata…
pilihan di tangan kita..tepuk dada tanya iman..