Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejujuran Itu Menyakitkan Tapi Tak Mematikan, Kebohongan Itu Menyenangkan Tapi Tak Menyembuhkan


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas di muka Allah ini. Harih ahad yang sungguh tenang walaupon kadang kala emosi sedikit tergangu tapi tak pernah mencela sinar mentari dari terus bersinar dengan memberi nikmat kepada yang memerlukan. Tiap tiap hari acik di hujani dengan pelbagai soalan dari rakan rakan yang minta pendapat dan komen. Maaf kepada yang tak sempat untuk acik bagi pandangan dan pendapat kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Kebetulan penuh dengan program bersama astro dan media prima .In sha Allah kalau ada masa akan datang ke blog kamu semua. Siapa tak pernah menipu atau berbohong ? Tipulah kalau katakan dalam hidup ini semua orang tak pernah berbohong ? ahh tengok tu mesti nak cover diri. Memang pon kadang kala kita lebih protect diri kita untuk sembunyikan berlapis lapis segala kesalahan dan percakapan kita dari orang tahu.

Usia kita makin bertambah ,dalam rancaknya usia kita tu , berapa patah perkataan yang kita habiskan untuk bercakap ? dan berapa kali agaknya kita berbohong ? kalau di kumpulkan bagaimana dosa kita. Setiap hari kita tak pernah berseorang sebab ada penjaga kiri dan kanan yang tak pernah berhenti mencatat segala apa yang kita lakukan.

Bukan apa, orang selalu benci pada kejujuran walaupon dia jujur tetapi jujur tetap di benci. Jika di bandingkan dengan tipu, orang lebih suka pekara yang tak benar dari reality sebenar. Sebab mereka tak sanggup nak terima semua nie. 


Acik rasa, ini masanya untuk kita bangkit dan muhasabah diri , lihat diri kita , berapa banyak agaknya kita dah tipu orang  ? dari pekara kecil sehingga besar. Memang ada kala kalau kita tipu itu untuk kebaikan. Tapi sampai bila ?? Lastly kita juga yang akan di salahkan dan di benci oleh orang lain bila sudah tahu kebenaran. 

Dan marilah ungkapkan kebenaran yang hakiki.. Satu lagi jika kita ada buat silap dan salah, gunakan kaedah yang betul untuk buat pengakuan. Sebab bila kita buat dosa dengan manusia , dosa tersebut hanya dapat di maafkan oleh mereka yang kita buat dosa.

Kejujuran itu memang pahit untuk di terima tapi  jika kita ikhlas dengan apa yang katakan maka in sha Allah semua akan tiada masalah. Percayalah pada ALLAH.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Menipu / berbohong nie macam dadah, kalau kita tak buat tak sah , kita akan kecanduan.Dan kita akan terus menipu dan menipu.Orang akan hilang kepercayaan pada kita.

Untuk menagani masalah ini , kita haruslah kawal diri kita dan percakapan kita. Selalu lah berzikir ,bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH supaya hati kita lembut .Dan cara kedua kita bolehlah berpuasa  kerana puasa itu dapat mengawal perasaan kita untuk melakukkan pekara yang tak baik.Paling penting taubat yang perlu kita lakukan.




Hendaklah kamu berkata benar(jujur),karena berkata benar itu membawa kepada kebaikan,dan kebaikan itu mambawa ke  surga.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata benar dan cenderung dengan berkata benar,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang jujur.

Dan jauhilah berkata dusta(bohong),karena dusta itu mambawa kepada  kejahatan,dana kejahatan itu membawa ke neraka.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata dusta dan cenderung dengan berkata dusta,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang pendusta

H.R BUKHORI-MUSLIM

 Takpe kita mula dari perlahan lahan, sedit demi sedikit, elakkan dari pekara lagha dan berfikir dulu sebelum berkata-kata. Memang betul hanya Allah yang tahu apa kita buat tapi kita harus tahu , di padang masyar nanti semuanya akan terbongkar dan setiap perkataan dan perilaku kita akan di siarkan tanpa ada tapisan. Di dunia kita mampu gembira di akhirat nanti ??  Acik taip ini sebenarnya lebih kepada muhasabah diri ,ingtkan diri sendiri. Kita ada yang fikir nak tunjuk bagus , kamu salah!! sebab acik takut dengan kematian yang boleh datang bila bila sahaja dan saat tu kita tak sempat bertaubat dan meminta maaf.

Catat Ulasan

39 Ulasan

Unknown berkata…
yup..jgn menipu dlm apa jua bentuk ..

biar pahit di awal , tapi manis akhirnye . bukan vice versa .

kdg2 kite igt kite berjaya tipu , sbnrnye tak., org lain dah tahu kebenarannya . maka timbulkan kebencian antara satu same lain.
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

mselim3 nak cakap sikit aje... setuju dengan entry nie. Kejujuran memang menyakitkan.. dan kebenaran memang pahit. Nice entry .

mselim3

pls: bagus achik.. ini ikhlas . Ingatan yg baik. Terima kasih sahabat.
Tanpa Nama berkata…
saya lebih suka org cakap jujur berbanding menipu. mmng jujur tu menyakitkan, tapi sekurang-kurangnya takdelah kita rasa diperbodohkan sbb kena tipu kan? ^^

ok sekarang saya nak jujur kat acik, kenapa font ni besau sangat? xD susah eden nak baca
Cik Nor berkata…
jujur lah dalam kehidupan...
BinMuhammad berkata…
Orang tidak dapat menilai kejujuran kita tapi Allah Maha mengetahui... Oleh itu berlaku jujurlah kerana Allah SWT...
Unknown berkata…
Honesty is very important in our life.
Asha Lya berkata…
serius sy memang pernah menipu..tipula kalau tak pernah menipu kan..kekadang kita terdesak
Wafi Remli berkata…
Jangan jatuhkan diri kita sendiri ke lembah neraka!
PeRdU cINta berkata…
Berkata benarlah walaupun pahit..pahit itu ubat..apabila kita terbiasa dengan kepahitan itu secara tidak langsung kita mentarbiah diri agar menghindar dari lakukan kesilapan..
paridah berkata…
memang selalu tertipu tapi sudah memaafkan mrk yg menipu...menyusahkan saja hendak berurusan dgn yg menipu di akhirat n mudah2an dosa2 kerana ketidakjujuran kelak akn diampunkan Allah.
Unknown berkata…
gaya penulisan abg acik senang difahami. syuk jelesss
Blog Santai berkata…
Yup acik kejujuran tu adakalanya sukar untuk diterimakan kerana manusia suka pada yang manis dan yang baik-baik aje..tapi sampai bilakan..
Atien berkata…
Adakalanya situasi itu membuat kita terpaksa berbohong.jika ia boleh memudharatkan seseorang,ada baiknya berbohong.tp jujur itu lebih baik walau menyakitkan dari berbohong yg akn mmbuat nya tersenyum
Unknown berkata…
tajuk saja sudah dapat menerangkan banyak maksud...
jujurlah pada diri sendiri..
Khir Khalid berkata…
Setuju tu Acik.. kejujuran tu walaupun pahit sekalipun, ia adalah perkara kebenaran. Lebih baik berkata yg benar dari menyatakan sesuatu yg hanya indah khabar dari rupa.. wallahualam.. t kasih diatas perkongsian yg baik ini..
krole berkata…
alhamdulillah... tiap pesan tu akan krole ingat selalu... dekatkanlah diri kepada Allah... InsyaAllah akan terhindar dari semua perkara tu~
lynmunir berkata…
Saya lebih memilih berkata jujur walaupun pahit.
Vee berkata…
Kadangkala susah mau jujur sbb kita takut menyinggung yg lain, tp kejujuran itulah yg perlu.. Nak tak nak, jujur juga..
katakan benar walaupun pahit sekali pun,
Fiza Aizzawa berkata…
Fiza pun tak suka ckp bohong dan benci org yg bercakap bohong.. org mcm nie mmg tak boleh buat kawan...
Ainim Rashihah berkata…
akak setuju part kebenaran memang pahit utk diungkap tapi sebenarnya bila kita dah tau kebenaran tu kita akan lebih bersikap terbuka. terpulang bagaimana kita terima
Nina Mads berkata…
bercakap jujur walaupun jujur itu akan menyakitkan hati.. kalau bohong pula takut takda siapa akan percaya dgn kita lg
Yana Yani berkata…
emm, masing-masing dengan pandangan tersendiri =)
Lieya Von Jay berkata…
lebih baik jujur daripada menipu kan.. bila mula menipu sekali pasti akan jadi berkali2 .lama2 jadi tabiat
Cik Itah berkata…
salam. setuju entry acik ni..kita kena jujur dalam kehidupan..
Unknown berkata…
lebih baik diam dari berkata
sweetkurma berkata…
jom jom kita berlajar untuk melakukannya
inshaAllah ada jalanNya
Unknown berkata…
sesetengahnya menjadikan penipuan sebagai rutin dlm diri mereka
menipu utk mengambil hati..ermmm..better berterus terang pun xde salahnya kan
Tetamu Istimewa berkata…
Kejujuran dapat membentuk peribadi kita agar lebih matang, bersabar dan teguh pendirian.
fragmenbiru berkata…
betul tu.. papatah arab ada mngatakan : katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.. In Shaa Allah..
Tanpa Nama berkata…
Jujurlah syg,aku tak mengapa..
Unknown berkata…
pernah juga tidak jujur dalam beberapa perkara kerana ingin menjaga hati dan perasaan.. kadangkala rasa bersalah sangat... memang betul bila berbohong tidak menyembuhkan... :(
Unknown berkata…
pepatah omputih.. hurt me with the truth, never comfort me with lies... chewahh
Tanpa Nama berkata…
tpi apapun kita perlu & harus jujur dalam hidup !
Unknown berkata…
zaman skang ni.. penipu lagi d agung2kn dr org yg mcerita/mbawa kn kbenaran.. ~~
itu satu hal.. bgaimana pula mbohong untuk mjaga hati dan perasaan org lain untuk kbaikn bsama ? keliruuu.. ~.~ better ckp trus terng kn dr pendam.. suatu hari pasti akan tluah jg..
Azlan Strider berkata…
kebenaran itu walaupun pahit tapi ia merupakan satu benda yang berguna untuk kita kerana ia mampu membantu kita untuk memperbaiki diri..

Regards,
-Strider-
Maria Firdz berkata…
Berkata benarlah walaupun pahit..
maafkan saya
sejujur2nya yakin pada allah yg 1
TelingaBulat berkata…
klu kite jujur kn idup kite lg rase best aje..tb pntang kne tipu..bia la kekadang kejujuran bkn kite mkn ati tp itu adalah lebih baik kan