Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara Yang Di Anggap Remeh Dan Tak Di Ambil Berat Dalam Gaya Hidup Sihat

lifestyle

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya. Sebelum itu, dah undi blog acik untuk favorite lifestyle blog (click disini). Hari ini acik ingin berkongsi tips gaya hidup sehat kepada kamu semua dan cara asas untuk "diet". Pekara ini acik cuba praktikan kerana ianya buat memberi kesan yang baik untuk tubuh badan. Yelah orang sekarang umur 20an dah ada darah tinggi, kencing manis dan bermacam penyakit lagi.Setiap orang memang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri.

Terdapat pelbagai cara yang di amalkan sebagai gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan ,bersukan dan sentiasa bersenyum. Amat penting sekali kita menjaga kesihatan fizikal dan mental untuk melahirkan rohani dan jasmani yang berkualiti.Jadi mari acik kongsikan sedikit tips untuk kamu.

Pertama: Amalkan minum air suam atau masak

Acik memang tak minum ais, kerana ia akan menyebabkan badan lesu dan tulang-tulang menjadi sakit-sakit. Acik acik gemar minum air suam atau air masak. Tahu tak kamu air suam atau air masak ini dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tak di perlukan oleh badan selain mendapatkan kulit yang sehat. Selain itu juga ianya dapat mengekalkan keseimbangan suhu badan. 

Kedua : Makan yang mencukupi

Mungkin ada sesetengah orang yang berdiet memang hentikan secara drastik untuk makan nasi. Tetapi nasihat acik untuk yang mahukan berdiet itu jangan terlalu drastik tetapi peringkat. Contohnya biasa makan 3 kali sehari nasi dan apa kata kurang jadi sepinggan dan dalam kadar yang sikit. Makan yang mencukupi tetapi jangan berlebihan,sebaiknya makan ketika lapar dan behenti sebelum kenyang. Kita amat memerlukan makanan yang mencukupi dan yang berkhasiat yang mempunyai vitamin,karbohidrat dan pastikan kurangkan makanan yang berlemak.

Ketiga : Kurangkan tekanan

Ramai yang tertekan untuk diet , acik pernah jumpa doktor katakan jika kita terlalu tertekan untuk kurus makan badan kita akan menjadi tak stabil dan kebarangkalian untuk "badan naik" itu ada. Jadi kurangkan tekanan dan tenangkan diri, luangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan seperti beriadah, tengok wayang dan sebagainya. 

Keempat : Senaman

Pakar gaya hidup sehat menasihatkan kita agar bersenam sekurangnya-kurangnnya 3 kali seminggu 30 minit memadai bagi mereka yang sibuk dengan kehidupan seharian. Jadi kalau macam acik, setiap hari akan luang selama 30 minit untuk lakukan senaman walaupun ianya senamaan ringan yang boleh di lakukan di rumah.

Kelima : "Reward Yourself"

Kawan acik selalu nasihatkan berikan penghargaan kepada diri kamu dalam setiap pekara yang kamu lakukan. Ianya juga dapt mengurangkan tekanan untuk kita. Contohnya kita kurangkan makan seperti biasa kita makan, jadi "reward" diri kita dengan berikan hadiah seperti beri lebih masa untuk menonton televisyen. 

Keenam : Jauhkan Diri dari merokok, arak dan sebagainya

Rokok mengandungi lebih dari empat ribu zat- zat dan dua ribu diantaranya ternyata tidak baik untuk kesihatan seperti bahan redia aktif(palonium-201), tar, gas beracun dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah menghadapi ketagihan, pelbagai-bagai penyakit seperti kenser paru-paru,jantung dan sebagainya.Ia tidak bagus untuk badan kita. Begitu juga dengan arak yang dapat membinasakan badan kita.

Jadilah inilah tips gaya hidup yang sihat untuk tubuh badan kita. Walaupun nampak remeh temeh tetapi ianya sebenarnya mempengaruhi untuk kesihatan kita. Jadi sampai di sini dulu Wasalam .

Catat Ulasan

24 Ulasan

Unknown berkata…
sangat setuju..!!!!
paridah berkata…
tips menjaga kesihatan yg patut diikuti....tq acik.
Blog Santai berkata…
ok..tips yang selalu kita baca dan dengar tapi jarang nak ikut betul-betul kan acik.tapi tak apa never ever give up..
Unknown berkata…
Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
Gee Lion berkata…
Tang reward yourself tu yg selalu failed.
Sebab selalu terover pulak bahagian tu.
Hehehe..
Maria Firdz berkata…
Nice sharing acik...
Fiza Aizzawa berkata…
masa muda la kita nak jaga kesihatan.. bila usia dah meningkat.. penyakit dah dtg.. mmg dah terlambat.. sbb tu mencegah lebih baik daripada mengubati...
Wafi Remli berkata…
Amalkan gaya hidup yang sihat!
Khir Khalid berkata…
T kasih diatas perkongsian tips & nasihat ni Acik.. peringatan yg baik buat semua. Menjaga kesihatan amat perlu terutama sewaktu masih sihat lagi.. mencegah lebih baik dari mengubati..
Vee berkata…
Good sharing. Vee pun tak suka minum air sejuk.. Lain rasanya. And besides that, kita juga perlukan minuman yg mencukupi. Kadang2 kita rasa lapar, tapi sebenarnya kita haus. Thats what I read in one health article before :)
maszie71@gmail.com berkata…
Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.
norhasnizakhalid berkata…
yang remeh inilah sebenarnya untuk kebaikan kita. Cegah dari mengubati.. :)
Unknown berkata…
tips y sgt baik utk pupuk amalan gaya hidup sihat dan utk m'dptkn bdn y cergas..=)

minum byk air..simple tips tp susah nk follow..hee..=)
Unknown berkata…
nak tambah sikit info lah achik.. kalau boleh jangan makan ketika lapar, masa nie kita akan terdorong untuk makan dengan lebih banyak.. seeloknya makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit.. hehe... sekadar tambah info.. jgn marah arrr... all the best achik...!! :D
Invisible Me berkata…
Selalu senyum. Hehe. Ada usaha, insyaAllah ada hasilnya kan :)
Aku pengembara berkata…
laa.. lepas nie kena cek list . Sya jarang minum air suam.. :(
BinMuhammad berkata…
Ini bukan perkara remeh tapi amat penting untuk mengekalkan kesihatan dan keceriaan hidup! Semoga kita semua sihat dan diberkati...
Yana Yani berkata…
zaman sekarang pemakanan adalah sumber kepada penyakit
especially kalau salah cara pemakanan
akak bab makanan tu okay lagi
senaman tu, adeh! mendengar pun lemah
sobri yaacob berkata…
good information..:) acik.. bab pemaknaan harus dijaga..
fragmenbiru berkata…
In Shaa Allah..sama2 amlkan..pkongsian yg sngat bmanfaat.. :D
Unknown berkata…
Nice sharing Achik..info berguna
Tanpa Nama berkata…
akak memang amalkan minum air banyak...
shazillahsani.com berkata…
shaila mmg liat minum air masak,kesannya kulit mudah kering...
Azlan Strider berkata…
yang no satu memang aku ade amalkan beberapa bulan yang lepas..tak sangka plak ia mampu membantu membuang toksin dalam badan..ingatkan sesuai untuk turunkan berat badan...hahaha

Regards,
-Strider-