Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemilihan Pemakaian Untuk Lelaki Berbadan Besar


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya. Dari pagi berada di klinik teman adik acik yang kemalangan itu bukan jahitannya. Ya Allah ramainya orang, memang lama menunggu. Sekali terkejut apabila ramai pula yang bertanya tentang pemilihan pakaian bagi lelaki yang berbadan gempal atau gemuk. Ini nak sindir acik ke nie? Haha jangan risau acik tak terasa memang tak di nafikan badan ini terus naik sejak behenti dari sukan dulu. Yelah dulu memang jaga makan dan segalanya tapi sekarangnya berselera sahaja. 

Nasib baik acik pernah beberapa pergi "Personal Gromming Classes"  dan dulu semasa di RTM acik pernah menghadiri kelas untuk penampilan. Jadi mari acik kongsikan sedikit kepada kamu semua.Pemakaian untuk lelaki berbadan besar

1. Jangan memakai pakaian yang longgar 

Ramai yang lelaki badan besar lakukan kesilapan ini apabila sering memakai yang terlalu besar dari badan kamu. Memang tak nafikan kita ini bersaiz besar dan mahu sembunyikan badan kita , tampil ideal tetapi sebenarnya salah dan tak sesuai dengan kamu ,dia buatkan kamu nampak lebih besar. Cuba menggunakan pakaian yang pas dengan badan kamu jangan terlalu longgar dan ketat, yang penting yang sedang-sedang sahaja. 

2.Pilih warna yang sesuai

Lelaki badan besar ini amat sesuai mengayakan pakaian berwarna hitam .Ahh warna hitam salah satu warna yang dapat membuat ilusi seolah-olah kamu nampak lebih kurus. Tak boleh ke pakai baju warna terang-terang ? 

tak di galakkan kerana ia akan lebih menonjolkan aset kamu terutama tang perut tu. Jangan pilih terlalu terang mahupun warna yang mempunyai lebih 3 jenis warna. Pastinya ia mengikuti juga warna-warna kulit kamu.

3. Gunakan pakaian yang mempunyai unsur dan corak yang kecil


Kenapa perlu menggunakan motif corak yang kecil ? kerana ia akan menarik perhatian untuk mereka yang melihat tertumpu pada motif tersebut. Pastikan memilih corak yang memanjang ataupun menegak kerana ia menampak kamu lebih kurus, kalau suka pakai baju kotak-kotak pastikan coraknya kotak-kotak kecil. Elakkan pilih corak yang melintang dan melebar kerana ia akan menampak lebih besar.

4. Jangan membeli pakaian jenis kain yang lekat pada badan

Elakkan membeli pakaian yang jenis kain lekat ataupun memberi pada badan. Kerana ia anak menampakkan bonjolan badan dan bentuk badan yang tak ingin di lihati.Jadi belilah kain-kain pakaian yang bersesuaian.

5. Pakaian jenis V neck

t shirt v neck

Kalau mahu keluar bersiar-siar ataupun keluar boleh juga memakai pakaian jenis v neck kerana ia akan menampakkan leher yang ramping. Mengayakan pakaian v neck ini menampakan bagian leher kamu berbanding dengan pakaian jenis yang lain. 

6. Memakai Jaket Atau Blazer 


Kadang malu kalau perut itu menonjol dari yang lain, jadi caranya boleh juga di tutupkan dengan memakai jaket atau blazer. Pastikan warna kena iaitu pakaian yang warna gelab. Pilihlah jenis yang tak perlu di kancing di bagian tengah kerana ia akan buatkan kamu tak selesa.

7.  Memakai seluar jenis "low rise style "

seluar jean

Dulu pengajar acik sangat menekannya bahawa pemilihan seluar juga penting kerana ia membantu menampakkan kita lebih kurus.Jenis yang sesuai adalah jenis  "low-rise style" ataupun seluar yang melingkari di bahagian punggung. Jangan pakai seluar jean atau seluar yang ketat di bahagian perut dan jenis ketat di bahagian di bahagian peha. Kerana ia akan menampak kamu lebih berisi. 

8. Memakai pakaian yang panjang.

Ahh bagi kita yang badan besar ini, lebih bagus memakai pakaian yang panjang yang tepat sehingga paras pinggang.Jangan pakai yang terlalu pendek atau terlalu panjang pada kamu kerana ia memberi kesan jadikan kamu kelihatan pendek. 

Oklah ini dahulu tips pemilihan pakaian, kalau ada lagi nanti acik tambahkan lagi yer, Jadi ia salah satu usaha untuk kita menyakinkan diri, jangan malu dan segan sebab badan kita gemuk. Ada caranya jangan gundah dan gusar harap ia membantu.

Catat Ulasan

29 Ulasan

Unknown berkata…
pakai baju berjalur menegak sangat sesuai utk mengelak dari kelihatan lebih besar..
ANIM berkata…
Tqvm acik..sangat berguna untuk si abdul kak yang big size tu.
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg bermanfaat utk mereka yg berbadan besar.. thanks sharing Acik.. :)
paridah berkata…
assalam perlu jenis rupa pakaian yg bersesuaian utk mrk berbadan besar ni ya agar rapi n ranggi.
Tanpa Nama berkata…
info yang wajib di ketahui,bukan saja bagi lelaki wanita pun kena alert..
PeRdU cINta berkata…
Best entry ni acik..jadi panduan serba sedikit untuk akak juga..hehe..acik lepas ni buat untuk wanita pulak ye..
Atien berkata…
Bagus tips ni,suami akak berbadan besar.hehee
Kalau utk wanita tak bolehlah nk pakai baju yg pas2 dgn badan yek.:D
Bunda_nora berkata…
assalam,

bagus untuk jadi panduan atau tips bagi mereka yang berbadan besar...
edisi berkata…
serius beb ,pakai warna hitam memang nampak kurus...dan aku selesa sangat dengan warna tu....
Tanpa Nama berkata…
perkongsian yang menarik...tq acik..
el berkata…
ssh benonye nk dpt pakaian org besar ni
bila berkenan semua xde size
mslh betul hahaha
btw thx for the tips..boleh war2kan kat hubby
Unknown berkata…
tips yang bagus nie achik.... orang lelaki pun kena bergaya juga kan untuk nampak kemas dan menarik... :)
PCL berkata…
Kalau dulu zaman remaja pcl. ..Masa tu semua ikut trend.pakai baju besar dan lebar, seluar kaki labuh..tak kira badan kurus ke gemuk sama saja..ok jer nampak masa tu malahan baju lama pon boleh dipakai semula walau saiz dulu memang ketara berbanding sekarang.

# Pcl suka pakai baju hitam sejak dulu lagi dan skrg ni semakin menggemari warna putih..
Cik Itah berkata…
salam . nice sharing acik..thanks share ya :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

pasal pemakaian baju nie... mselim3 pakai aje...janji selesa..

mselim3
Karen Monica berkata…
kalau pandai memilih pakaian, memang boleh membuatkan badan seseorang tu nampak lebih slim kan :)
nabila biela berkata…
wahh...bagus tips ni...sebab sy pun makin berisi..haha
mysha berkata…
Very usefull entry nih.. Sgt suka!!
Shahrul Yusof berkata…
Tips yang bagus terutamanya bagi golongan suami seperti saya yang semakin membesar ukuran diameter perutnya. Haha
fragmenbiru berkata…
Wah.,.pkongsian yg sngta mnarik..suke3
BinMuhammad berkata…
Menari perkongsian Acik ni...memang sangat membantu! :)
Mia Liana berkata…
bagusnya tips acik ni...
norhasnizakhalid berkata…
bagus tips acik ni... :)
onlajer berkata…
menarik tips ini bro, rasa macam sekarang mangkin maju kedepan rasanya hehe
anonymous berkata…
pakaian jenis 'v-neck'..??
..ishh..serem plak nk pkei..BUKAN SEMUA..tp salah satu trade mark golongn..gay..
anonymous berkata…
pakaian jenis 'v-neck'..??
..ishh..serem plak nk pkei..BUKAN SEMUA..tp salah satu trade mark golongn..gay..