Ticker

6/recent/ticker-posts

Pinta Seorang Hamba

hati manusia

Assalamualaikum

Wahai tuhan yang mencipta seluruh alam bantulah aku insan yang sangat memerlukanMu ketika ini dan buat selamanya. Ya Allah sukarnya menjaga sekeping hati , sudah puas aku bermujahadah untuk menjaganya sebaik mungkin . Aku tahu ya Allah hati tempat jatuhnya pandangan Mu, aku cuba sedaya upaya untuk untuk menjaganya.

Ada ketikanya aku lalai menjaga, aku membiarkannya dan biarkan dia kosong tanpamu. Kadang kala percikan mazmumah menyentuh hatiku, aku mengeji diriku, jahatnya aku biarkan hati sendiri, betapa lemahnya aku untuk menjaga sekeping hati. Kenapalah hati aku tak seperti dahulu. 

Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Aku membenci diri sendiri yang kadang kala terhimpit dengan pekara mazmumah . Ya Allah berikan aku kekuatan, berikanlah aku jalan dan berikan aku penawar untuk hati ini,.

Ya Allah bantulah aku, aku hanya ingin dirimu selalu di hatiku. Mafi Qalbi Ghairullah 

Biarkan aku bersendirian seketika, biarlah ingin sentiasa muhasabah diri, terus muhasabah diri walaupun beribu mulut terus menyalahkanku.Aku ingin biarkan hati ini bersama pemilik hatiku. aku ingin menyendiri. Mungkin kamu semua akan tak mengerti, mungkin kamu semua tidak mengenali perihal tentang diriku. Jatuh bangun diriku hanya dia yang tahu. Aku tak menyalah sesiapa andai ada hati yang membenci diri ini dan semakin menjauhkan diri. Kerana di saat ini aku perlukan ruang dan waktu untuk aku mencari kembali hatiku. 

Ya Allah perkenakan doa-doaku, jadikanlah harapanku hanya padamu bukan pada yang lain ya Allah. Jangan biarkan aku leka untuk mengejar dunia semata-mata seimbangkan duniaku dan akhiratmu. perkenankan Jadikanlah pergantunganku hanya padaMu bukan pada yang lain.

"Ilahi..Anta maqsudi..wa ridhaKa Mathlubi....."

Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini dekatkan aku dengan cintaMu .Ya Rabbi seandainya Engkau melihatku semakin menjauh dariMu, maka Engkau kembalilah aku kepadaMu dengan pengembalian yang indah.Ya Rabbi Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta padaMu dan RasulMu melebihi kecintaanku kepada yang lain...
 
Ya Allah bantulah aku hambamu yang perlukan kekuatan.

Catat Ulasan

36 Ulasan

Yana Yani berkata…
amin ya rabbal alamin
Tanpa Nama berkata…
amin2 ya rabbalalamin
Azlan Strider berkata…
amin..amin..marilah kita bersama berdoa dan meminta daripadaNya...

Regards,
-Strider-
Tanpa Nama berkata…
allah sentiasa doa dan rintihan hambanya.
Wan Gerrard berkata…
in sha allah ada pertolongan
Blog Santai berkata…
Aminnn...Semoga semuanya dipermudahkan Acik!!!
nabila biela berkata…
ermm tiba-tiba sedey pulak baca...huu
Nick Nashram berkata…
doa dengan penuh ikhlas insha allah, allah akan makbulkan doa hambanye :)
Khir Khalid berkata…
Aamiin.. semoga dilancarkan & dipermudahkan segalanya.. aamiin..
fragmenbiru berkata…
bermuhasabah diri..Amin ya Rabbal Alamin... :D
Mizz Aiza berkata…
amin.. semoga terus tabah menghadapi ujian dari-Nya..
BinMuhammad berkata…
Ya...banyakkan berdoa, mohon dan mintalah daripadaNya. Insyaalah...semakin kau berdoa dan bermuhasabah semakin diri mu kuat, semakin dekat dengan Allah SWT. Semoga Allah makbulkan permintaanmu dan dipermudahkan segala urusan...amiin
Unknown berkata…
Moga segala nya dirahmati Allah
Unknown berkata…
amin,..mudah mudahan semuanya berada dalam keadan baik..
Unknown berkata…
amin. moga dipermudahkan segalanya
Unknown berkata…
aaamin . ada kalanya kita tak perlu terlalu memikirkan apa yg berlaku . just laluinya sebagaimana kita perlu lalui . semoga Allah permudahkan segala urusan acik ... insha Allah .
Engku Muzahadin berkata…
Semoga termakbul doanya, amin
Unknown berkata…
Aminn, moga dipermudahkan semua ye :)
Tanpa Nama berkata…
Moga di permudahkan.amin!!
YunFila berkata…
Amin Ya Rabb ^__^
~cik atin~ berkata…
Allahumma ameen. moge Allah permudahkan segale urusan kita
lynmunir berkata…
Amiinn. Moga doanya dimakbulkan.
Apa kabar Acik ?
Maria Firdz berkata…
Amin... Moga Allah permudhkan urusan acik...
ya allah ya tuhanku
yg maha pengampun maha penyayang
Azhafizah MN berkata…
Moga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan moga doa kita dimakbulkan..aminn
Aku pengembara berkata…
Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya Acik..
norhasnizakhalid berkata…
semoga segalanya dipermudahkan ye Acik, sabar denga setiap dugaan yang datang..
Tanpa Nama berkata…
Amin!!moga di permudah segalanya.
memmetlenggeng berkata…
semoga segala-galanya baik-baik sahaja acik...
Tetamu Istimewa berkata…
Seagai seorang Islam inilah sandaran kita setelah berusaha. Moga doa yang dipanjatkan makbul Acik.