Assalamualaikum
Tadi berbual-bual dengan seorang rakan lama dan merupakan seorang counselor . Acik ini memang meminati dalam bidang kauseling tapi tak kesampaian cita-cita itu, banyak pekara yang kami bualkan dari soal psychology dan permasalah isu remaja. Tiba-tiba terkeluar pasal isu "split personality disorder " ataupun pemecahan kecelaruan personaliti dan tak sangka rupanya di malaysia ramai menghadapi masalah ini.
"Split personality disorder" merupakan penyakit mental di mana penyakit mempunyai lebih dari satu personaliti di dalam dirinya sehingga menyebabkan kepincangan memori ,emosi ,sosial dan psikologi tersebut. Setahu acik, split personality disorder juga dikenali "dissociative identity disorder" merupakan penyakit mental yang di alami di sebabkan trauma,penderaan emosi , fizikal dan seksual yang berulang di zaman kanak-kanak mereka.
Ahh kebanyakan antara kita mempunyai kebolehan menghadapi mild dissociation di mana kita mampu terlibat di dalam alam fantasi seperti daydreaming semasa berbuat sesuatu. Sebagai contoh, sedang memotong daging untuk memasak , sambil itu tengok cerita ariana rose, tiba-tiba fikiran melayang terbayang heronya sedang depan kamu dan membantu kamu memotong daging,sedangkan kamu sedang memotong daging sedangkan tak mengalami sebarang kecederaan sambil mengelamun tentang pekara yang berbeza pada waktu yang sama.
Selain itu juga terdapat kes yang mempunyai gandaan personaliti ataupun "multy personality" di mana pewatakan itu lebih dari satu. Ada pesakit itu boleh menjadi keanak-anakan, boleh jadi orang yang tua, boleh jadi seperti pembunuh dan sebagainya . Pernah acik tengok cerita tentang seorang wanita mempunyai 7 personaliti yang berbeza, tetapi tak ingat pula tajuknya apa. Dan kes yang paling popular seperti kes DR . Jekyll dan Mr Hide.
Seperti yang di perkatakan tadi, penyakit ini muncul daripada penderaan yang melampau berulang kali dari segi emosi, fizikal ,seksual dan psikologi yang extreme. Selain itu juga boleh berlaku kerana tekanan yang terlampau, rasa kecewa yang luar biasa dan pelbagai lagi. Kebiasaannya personaliti ini terbentuk kerana melindungi pesakit dari mengetahuinya. Bahkan ada yang sanggup mencederakan tubuh penyakit itu dari tahu mengetahuinya, ada juga mampu membahagiakan orang lain.
Setiap
personaliti memiliki beberapa sikap, tingkahlaku yang berbeza dengan
personaliti yang sebenar. Perubahan dari satu personaliti kepada yang
lain dikenali sebagai "switching". Switching boleh berlaku dalam jangka
masa minit kepada jam bergantung kepada keadaan penyakit pesakit
tersebut. Dengan menggunakan hipnosis, terapist boleh berkomunikasi
dengan personaliti-personaliti yang ada kepada pesakit untuk menjalankan siasatan
mengenai kejadian trauma yang dialami pesakit.
Itulah serba sedikit maklumat tentang penyakit ini dan kebetulan dulu pun acik pun pernah ambil subjek psikologi dan tahulah serba sedikit tentang. Kuatkan diri dan bentengi diri dengan agama yang kukuh, jika ada ahli keluarga yang menghadapinya berikanlah sokongan moral terhadap mereka.
74 Ulasan
kalau fantasi mmg slalu jumpa dalam drama.
mmg bahaya simptom nie.
Penyakit mcm ni susah ubat dia.. :(
wah.. penyakit ini berbahaya rupanyer .. dulu ada tgk drama kat tv pasal penyakit nie.. tp x faham sangat sebab bila tgk kekadang baik3 tiba berupa jadi jahat pulak.. baca entry nie baru faham.. kecelaruan identiti ini adalah sejenis penyakit mental yg berbahaya.. boleh menyerang sesiapa sahaja , tgk macam normal.. tp sakit mental. Dahulu dekat kempas tpt mselim3 ada kes.. warga emas kena tetak ketika tidur..
mselim3
Regards,
-Strider-