Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, ucaplah syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya.Beberapa hari ini acik agak sibuk kerana dengan masalah sepseti laptop rosak dan sebagainya tetapi di permudahkan urusan oleh Allah, syukur ya Allah. Perah berjumpa dengan Ex girlfriend kamu setelah sekian lama tak jumpa ?
Itulah yang acik hadapi, setelah sekian lama kami tak berjumpa akhir di pertemukan oleh Allah untuk menguraikan setiap permasalah yang berlaku.Kebetulan masa itu acik bersama akak dan abag ipar acik pergi pasar borong GM di Klang secara tiba-tiba dia ternampak acik sedang dokong seorang budak.
Miss Ex : Ini acik ke ? acik dah kawin ?
Acik : ahhh ,ehh awak buat apa kat sini ?
Miss Ex : betul ke awak dah kawin, ini anak awak ?
Acik : ermm macam gitulah
Miss Ex : tapi saya lama cari awak, saya lama tunggu awak.
Acik : untuk apa ? mungkin kita memang tak ada jodoh.
Miss Ex tapi saya selalu berharap dan saya masih saya..
Acik : dah jangan cakap macam tu, awak dah tunang dengan kawan baik saya dan akan kawin dengan dia tak lama lagi,apa lagi yang awak nak ?
Miss Ex :ermm saya salah dulu tinggalkan awak dan saya boleh tinggalkan dia, saya masih sayang awak.
Acik : tak suma yang pekara yang kita mahukan kita boleh dapatkan, saya dah bahagia dengan hidup saya , awak hargailah dia dan sayangilah ,behenti mencari sesuatu yang tak pasti tapi yang di depan mata awak itu ada yang sayang pada awak.
itulah perbualan kami dalam keadaan yang merumitkan. Dalam hidup kita ini tak semua pekara yang kita suka dan mahukan itu akan kita dapatkan. Kita mempunyai hak untuk memilih dan memiliki siapa yang suka dan mahukan tapi kita tak ada hak untuk menentukan takdir kita. Takdir itu telah di tetapkan oleh Allah. Kadang kala terpaksa berbohong untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Kisah kami telah lama berakhir dan saat itu dia lebih memilih kawan baik acik, tapi mengapa sekarang dia muncul kembali dan mencari acik ? adakah dia berasa bersalah ? Ketahuilah
Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216
Ayat ini menyarankan kita untuk menyerahkan urusan kepada Allah SWT yang
mengetahui akibat segala perkara serta reda dengan apa yang ditakdirkan
untuknya dan sentiasa mengharapkan daripada Allah SWT akibat serta
kemuncak yang baik.
Seorang hamba yang beriman akan berfikiran positif menilai setiap saat dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran, iman, kebijaksanaan dan panduan mata hati sehingga meyakini bahawa Allah SWT adalah penolong yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan.
Seorang hamba yang beriman akan berfikiran positif menilai setiap saat dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran, iman, kebijaksanaan dan panduan mata hati sehingga meyakini bahawa Allah SWT adalah penolong yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan.
Acik tidak mahu pisang berbuah dua kali, acik tak mahu musnahkan hidup orang kerana ego dan kerakusan soal hati.Biarlah dia anggap acik sudah berkawin walaupun hakikatnya tidak. Ini mungkin cara Allah untuk sedarkan orang bahawa jangan memainkan perasaan orang lain dan tak semua pekara yang kita suka akan di dapatkan. Paling penting adalah ikhlaskan, redha dan sentiasa muhasabah diri.
Berdoalah supaya kita sentiasa reda dengan sesuatu yang telah disusun untuk alam maya ini. Firman Allah SWT: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu? Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 17)
28 Ulasan
Beratnya situasi ni... hanya orang yang mengalami akan memahami..
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
akak harap acik mendapat jodoh yang baik...l
http://iluvtour.com jemput singgah
Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!