Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Ikhlas Terima Kekurangan Dan Kelebihan Dia Kerana Allah

aku cinta dia kerana ALLAH


Assalamualaikum
 
Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ,ucapkan syukur kepadaNya atas nikmatnya yang tak terhingga. Sang mentari selalu menyinari hidup kita ketika siang hari, begitu juga rembulan yang selalu menemani kita ketika malam hari. Ketika hati gundah Dia selalu ada dengan kita walaupun apa jua yang terjadi.

Beberapa hari yang lepas, acik sempat berjumpa dengan seorang rakan yang dulunya merupakan rakan kerja di pahang dulu. Kami berjumpa setelah hampir 3 tahun tidak bersua kebetulan beliau ada tugasan di Shah Alam. Minta maaf kerana acik terpaksa menukar namanya kerana permintaan rakan acik tersebut.

Faiz ( bukan nama sebenar) :acik alhamdulilah akhirnya dapat juga kita berjumpa dah lama kot kita tak jumpa.
Acik : alhamdulilah sangat dapat jumpa dengan rakan lama, apa khabar ?
Faiz : alhamdulilah khabar baik, acik tahniah atas kemenangan blog tu , aku sebenarnya nak kongsi sedikit cerita dengan ko lah, boleh tak ?
Acik: terima kasih , boleh saje ,lagipun aku tak kelas hari nie. 

Faiz : Aku sebenar sedih acik, aku tak tahu nak cerita pada siapa, mungkin ini takdir Allah agaknya hantarkan kau untuk meringankan beban aku walaupun tiada penyelesainya. Aku dah 8 tahun berkahwin dengan Halimah (bukan nama sebenar). Tapi sampai sekarang kami masih lagi belum di kurniakan zuriat, setelah pelbagai cara kami cuba dari rawatan tradisional dan moden tapi belum lagi ada rezeki. Ubat jangan cakaplah dah pelbagai aku makan, bila orang kata ubat ini bagus pasti akan cuba. Aku paling kesian dekat isteri aku apabila dia asyik menjadi mangsa ejekan dan sindiran orang rakan-rakannya. Kadang balik rumah aku melihat dia menangis dan selalu dalam keadan tertekan lagi-lagi bila orang tanya dah berapa orang anak ?

Paling aku sedih apabila saudara mara mengelar aku lelaki yang tak subur, tapi aku dah check tapi kami tak ada masalah. Sebenarnya isteri aku pernah beberapa kali keguguran katanya rahim tak kuat.isteri aku selalu kesedihan dan rasa dia tak mampu bahagia aku. Sampai satu tahap kerana dek termakan hasutan dari sanak saudara isteri aku paksa aku untuk kawin dengan perempuan lain. Kau tahu acik betapa luluhnya hati aku, aku sayang dia, aku ikhlas terima kekurangan dan kelebihan dia kerana Allah, mungkin lelaki lain suka tetapi tidak aku. Aku berjanji pada diri aku walaupun apa pun jua halangan dan dugaan aku akan tetap dengan dia. Dia isteri yang solehah dan dia isteri yang baik, tak sanggup aku sakiti hatinya hanya untuk kepuasanku mendapatkan zuriat. Mungkin belum ada rezeki kami lagi acik, tapi aku akan akan tetap berusaha, kalau aku kawin lain, bagaimana perasaannya ? dalam doaku tak pernah lekang untuk dia isteriku, aku sayang dia sebagaimana aku sayang diriku. 
  
aku tengok ,orang yang buat kerja yang bukan-bukan itu sanggup buang bayi mereka sendiri , mereka tak tahu kami yang belum dapat anak ini ,macam mana rasanya. Kadang orang yang beradai di sekeliling kita yang lebih-lebih dari kita. Mereka pula yang seolahnya menentukan kebahgiaan kita. Siapa kita untuk melawan takdir Allah ? 

Acik : em yang pasti Allah tak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dapat anak, Allah tak menjanjikan bila kawin sahaja terus dapat anak, tentulah tiba masanya Allah akan berikan, bro kena percaya itu. 

Sebenarnya panjang lebar lagi cerita kami, cuma tak mampu untuk di taip semuanya. Acik tak ada pengalaman soal ini semua kerana acik sendiri belum lagi berkahwin. Kepada yang ada pengalaman bolehlah berikan pendapat dan cadangan akan acik beritahu kepada kawan acik ini. Pertama kali acik melihat kawan yang rapat masa kerja dahulu begitu serious dan lihat kesedihan di wajahnya. Orangnya sangat "good lucky" tetapi itulah setiap kegembiraan terselit seribu masalah yang kita tak ketahui.

Catat Ulasan

21 Ulasan

Long Cham berkata…
aku terima dia kerana hati bukan paras rupa
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik.. sedih baca.. semoga pasangan itu terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini.. In shaa Allah, akan sampai masanya untuk mereka menimang cahaya mata. sheila doakan yang terbaik buat mereka.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
terima seseorang dalam hidup kita dengan seadanya andai itu takdir kita dan jodoh kita, jangan kita paksa mereka untuk menjadi orang lain atau cuba mengubah mereka menjadi orang dan menyalahkan mereka atas keadaan yang berlaku... hidup berumahtangga adalah untuk saling lengkap melengkapi...
Kak iman berkata…
bergenang air mata iman sebab family iman mengalami sendrik. berilah kami sekuat harapan dan ketabahn untuk menjalani hidup ni
Unknown berkata…
Entry ni.. zara xtau nak komen cmana.. hnya satu smiley =')
sobri yaacob berkata…
salam jumaat acik.. erm.. tsentuh :(
Tanpa Nama berkata…
terima pasangan seadanya..melengkapi yang kurang,mengisi yang kosong..
PeRdU cINta berkata…
Sabar dan redha..sandarkan semua pada Pencipta..minta ketenangan daripadaNya..sayu,, pilu,, hampa..menangislah mohon padaNya..Allah sentiasa melihat..melihat hati kita..penawar terbaik pada setiap penantian adalah bila Allah kabul setiap doa..namun jangan kita lupa untuk bersyukur..Allah sebaik pengatur..
Khir Khalid berkata…
Sememangnya satu permasalahan yg bukan ringan buat mereka Acik... semangat & sokongan amat perlu kpd pasangan terutama kpd isteri beliau. Apa yg mampu kita lakukan hanyalah berdoa buat mereka, mudah2an Allah membantu dgn beribu kebaikan. Semoga mereka tabah bersama... aamiin..
CheguZam berkata…
Cahaya mata memang indah.. hanya Allah menentukan. Allah menguji hambanya tanda sayang
Mizz Aiza berkata…
anak itu anugerah dari Allah.. akak pun tiada pengalaman dalam bab ini acik.. menurut pengalaman kawan sepejabat akak ketika bekerja dahulu, mereka berkahwin hampir 4 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata.. alhamdulillah selepas kawan akak dan suaminya menunaikan umrah, kawan akak disahkan hamil.. rupa-rupanya kawan akak ada berdoa ketika berada di hadapan kaabah supaya memberikan rezeki anak kepada mereka suami isteri..
Mayang Sari berkata…
Usaha, doa dan tawakkal. Kalau tak dapat rezeki anak juga..sabarlah. Bersangka baik pada Allah. Memang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin belum masa yg sesuai untuk kawan acik menerima zuriat. Hanya Allah yg tahu.. cuma harus diingat, Allah tak membebani hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupan dan keupayaannya..

Ikhtiar lain, buat rawatan kesuburan dengan doktor pakar. Sepupu saya, 8 thn juga tak ada anak. Tp dgn ikhtiar ini, alhamdulillah..dah setahun dah sekarang budak tu.. :)
jie susanos berkata…
emm xtau nk kata apu semua kuasa Allaha.. truskan berdoa..
Unknown berkata…
rezeki dan zuriat di tangan allah. berusaha dan tawakal .:)
norhasnizakhalid berkata…
jodoh, ajal maut semua ditangan Allah.. kita berusaha sahaja dan berserah, tak perlu kot fikirkan apa orang nak kata.. orang cuma boleh bercakap kosong..sabar lah..
Unknown berkata…
Do your best. I believe in miracles.
Maria Firdz berkata…
Terimalah psgn kita kerana mncari redha Allah.. Insha Allah akan ada rahmatnya..
Affy Afiqah berkata…
good lucky? ke happy go lucky acik??

betul apa acik kongsikan, apa pun kita kena terima pasangan kita seadanya, baik dia burk dia, terima seadanya...redha...Allah takkan jodohkan kita dengan dia kalau bukan takdir kita...ada hikmah... :))
Nurulhidayah berkata…
Nurul pun ada bbrp org kwn menghadapi mslh begini, ada yg lebih rapat dsebbkn ini. Ada jg yg trumbang-ambing, sokongan sesama pasangan jg keluarga amat perlu. Ada jg yg dh 10yrs br dikurniakn anak. Miracles do happen. Jgn berhenti meminta pada Allah. Semua yg trjadi ttu ada hikmahnya. In shaa Allah.
Hariz berkata…
Hanya mampu tersenyum dengan artikel ni bro :)

Ikhlas,
profhariz.com
shahrilhakime berkata…
setiap yang berlaku tu ada sebabnya... dan ada hikmahnya.. pada kawan mike tu sabo le.. mulut oghang ni bukan nye boleh ditutup camtu je....... dan kalo kita asik dengo mulut oghang... bulih jadi gila kita acik....