Asssalamualaikum
Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan, dia berikan ketahabahan hati untuk lalui segalanya dan terima kasih sangat kepada seorang sahabat iaitu Muhammad Nurkuzaini yang banyak membantu ,dah 3 sem acik duduk di kolej jati kerana menjadi sekretariat di bawahnya. Hari ini acik ingin bincangkan satu pekara yang mungkin akan mengundang perlbagai tanggapan sama ada yang bersetuju dan tidak tentang hal ini.
Dewasa ini , lambakan drama cinta mahupun filem cinta menjadi menghiasi di kaca-kaca televisyen dan di pangung wayang yang menjadi fenomena turun temurun sejak dulu lagi.Begitu juga penulisan novel cinta yang tak pernah surut sama ada melalui buku ataupun melalui secara talian. Ianya memberikan kesan positif dalam produksi mahupun penulisan serta kepada pembaca.
Tetapi apabila remaja kita terlalu taksud dan teremosi mempengaruhi cerita cinta dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, cerita sebenarnya saya isteri dia, setia hingga hujung nwawa, novel syahadah cinta dan sebagainya. Di dalam drama dan filem mereka melakonkan mengikut skrip dan membawa watak itu sebaik mungkin seperti di arahkan pengarah. Berlatarkan hidup yang mewah , kaya, berkahwin kehendak keluarga dan banyak lagi. Begitu jiga novel yang di olah oleh penulis agar pembaca di bawa masuk ke dalam perceritaan seperti mereka jalani cerita tersebut, jika baik maka baik, jika buruk maka ianya memberi kesan keburukan.
Impaknya pada acik memang positif tetapi ada sesetengah remaja kita tidak dapat membezakan cerita cinta dalam lakonan dengan cerita cinta dunia nyata. Di dalam drama ,filem barat mahupun novel cinta,cinta mereka sangat agung,walaupun terpisah tetap bersama, kawin muda dan lama-lama jatuh cinta sebagainya. Ramai yang ingin mengikuti jejak seperti itu, kawin muda jalani untuk mendapatkan cinta sejati, gaduh-gaduh sayang dan akhirnya jatuh cinta.Balik-balik jalan ceritanya lebih kurang. Bila minda ini sudah dari awal lagi disogokkan dengan perkara yang negatif, remaja mula lupa diri. Seolah-olah bila bercinta mesti bersentuhan bagi menunjukkan nilai cinta kepada pasangan.
Sehinggakan remaja kita mengharapkan dunia nyata itu seindah lakonan yang di paparkan. Segala yang di tayang itu di jadikan sebagai rujukan dalam percintaaan di dunia. Terkejut juga apabila dapat tahu kes bunuh diri sebabkan cinta semakin meningkat, kes perceraian kawin muda, kes rogol dan sebagainya berkaitan remaja semakin meningkat saban tahun.
Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri.Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.
Apabila di soal siasat ada mereka mengakui bahawa mereka selalu mengimpikan seperti cinta yang di paparkan di kaca tv itu menjadi realiti tapi sayangnya apa yang di harapkan tidak menjadi nyata dan mereka sangat kecewa ,tertekan dan sehingga melakukan pekara di luar jangkaan.
Wahai remajaku sekalian, cinta yang di paparkan ataupun yang di lakonkan itu tidak sama seperti dunia nyata. Ianya arahan dan jalan cintanya telah di tetapkan oleh pengarah sama ada pengakhirannya bahagia atau derita. Hidup kita juga telah di tetapkan oleh Alllah dari rezeki, soal jodoh ,ajal dan maut. Jadi jalaninya dengan penuh sabar dan menjalani secara realiti bukan fantasi.
Nak salahkan lambakan cerita cinta ? tentulah tidak boleh sepenuhnya kerana ianya permintaan dari penonton dan pembaca. Seperti di blog acik juga setiap hari akan di tanya tentang cinta dan di minta untuk mengulas soal cinta. Pokok pangkalnya adalah diri kita ., tepuk dada tanya iman. Hidup kita di berikan pilihan dan pilih yang terbaik. Jadikan agama itu teras kehidupan kita. Sellau berdoanya kepadanya agar di pertemukan cinta yang sejati dan mencintai diri kita sebagaimana mencintainya. Bersungguh-sungguh mencari cinta sementara yang penuh risiko dan derita, lupa mencari cinta yang kekal abadi dan hakiki. Menurut cerdik pandai, kalau nak kenal sejauh mana Allah cinta kita, boleh tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dahulu mencintai Allah.
Ketika Allah mencintai seorang, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya untuk menjadi hamba yang soleh. Allah mudahkan mereka untuk melakukan kebaikan.
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi
40 Ulasan
kekadang kita terlalu taksub sangat kan.. jika kita terlalu taksub dan tidak berfikiran waras dalam mencari cinta Allah.. cinta yang sejati. Macam2 perkara boleh berlaku seperti kes bunuh diri, lari daripada rumah mengikut kekasih, dan lupa pada Allah. Kebenaran nya.. realiti tak selalunyer indah..
Dunia ini penuh pancaroba , penuh dengan onak dan duri..
moral of story;
Sepatutnya cerita yang baik jadi teladan, yg buruk jadikan sempadan..
mselim3
Sedih tgk.
hehe
terpulang pada pandangan seseorang...guna akal logik...jangan terlalu banyak berimajinasi...
tahniah sebab menjadi pemenang
Winner Best Lifestyle Blog..
anda memang layak >:P
tahniah..tahniah..
teruskan berblogging,,dan semoga trus maju jaya :P
jln citer kemain la loving bagai. cian anak2 remaja yg baru nak mula naik.
cerita hanyalah satu cerita menggunakan
pelbagai rencah untuk menjadikan ianya menarik
so amat menyedihkan sekiranya ni dianggap sebagai benda yang betul
Jika yang menonton itu adalah remaja maka banyak sekali hak moral atau akhlak yang dapat kita bincangkan. Antaaranya ialah adakah drama cinta tersebut membantu membina jati diri,adab dan akhlak anak-anak muda kita. Kita semua disajikan dengan jarum halus untuk mengubah perspektif adab islami yang telah pegang berkurun lamanya.. dengan cinta remaja disaran berbuat apa saja..bergaul bebas ,yang akhirnya menjerumus kelembah zina. Coba pula kalian semak berapa ramai anak lahir di luar nikah. Perasaan cinta dibajai dengan hebat pagi petang siang dan malam (nafsukah atau cinta) sehingga anak muda lupa pada cita- cita luhur yang disemai ibubapa dan guru.Adab berbicara antara suami dan isteri tidak boleh dicontohi..isteri sering meninggi suara terhadap suami..yang mana nilai nilai kesamarataan lelaki wanita dijunjung (dakwah golongan sesat liberalisma..seperti di Indonesia)..maka tak heran hari ini kalian lihat dalam perkahwinan baru ramai yang nusyuz( derhaka).Si suami muda ini pun banyak tak tahu menjalankan tanggungjawab.
Berbalik kepada pembuat drama..beberapa perkara harus disingkap....
Membuat drama untuk semata keuntungan atau untuk membina masyarakat.Andai kalian pentingka keuntungan saja kalian kerugian umur kalian kerana bertahun kalian menghasilkan drama sampah yang membawa masyarakat (khususnya muda mudi) kepada kelalaian..kalian akan ditanya diakhirat..kalian sangka kalian akan terlepas..tidak ,sekecil manapun akan ditanya oleh Allah. apa akan kalian akan jawab nanti?
.saya rujuk Zara nuraidah...kecewa sikit nak bunuh diri,....kalaulah kesannya sampai begini rupa..saham tetap dikira dari pembuat drama..wal ayazubillah.
Kita dapat pula mencium kerendahan akhlak pembuat drama apabila dengan sengaja ..sering memilih adegan dalam bilik tidur ...suami bermanja dengan isteri sebagai pelengkap kepada cerita cinta mereka...dengan bahasa-bahasa rayuan yang tak layak dilihat oleh remaja atau bersama seisi keluarga.. dimana prinsip adab dan akhkak islami kita...terang saya katakan bila kita tinggalkan adab islami ( manifest tertinggi diutuskan rasul kepada umat manusia) kita bakal mengundang keruntuhan bangsa dan kehinaan...matlamat tidak menghalalkan cara...
Pengarah dan kru-kru nya seolah manipulasi artis yang cantik untuk berbaring diranjang lalu mereka akan perincikan raut raut wajah atau bahagian lain..alasan nya mudah , adegan ini mesti ada kerana ia ada dalam sskrip, dan anda telah dibayar...
Beruntunglah pula penggiat drama yang menjadikan kegiatan itu dengan bertali kepada pimpinan rasul...menjadikan kerja dan karya sebagai pendorong kepada kebaikan , membantu membina umat, membina jati diri,atau singkatnya sebagai jalan dakwah..bertahun kalian terjun dalam dunia seni..barangkali seumur hidup..semua itu tidak sia-sia. akan dikira sebagai amalan baik.
Apakah tidak ada tema lain yang boleh dipilih untuk disajikan...umat melayu menghadapi pelbagai masalah dibumi sendiri..anak anak muda disogokkan dengan cinta ..lalu dimana citra perjuangan...seolah olah kita mengambil falsafah politil india..lupakan rakyat pada masalah kemiskinan dan kelaparan dengan menyajikan kehebatan cinta dilayar-layar perak..puja segala yang berkaitan dengan idola ..lupa pada masalah dan sengsara...
Seni harus dimurnikan,ia bermanfaat ,membawa mesej ,menyentuh hati,dan jangan di selewengkan dan dihinakan dengan unsur- unsur nafsu shahwat yang merosakkan..