Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini ucapkan syukur kepadanya. Hari ini acik ingin kongsikan satu hal yang dah lama acik perhatikan. Laman sosial di jadikan tempat berkongsi segala hal dan kadang kala perlu di halusi kerana bukan semua pekara boleh di kongsikan. Pertanyaan seorang rakan di fakulti tadi :
acik sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis
perkahwinan. dan orang sekarang kalau bertunang mesti siarkan gambar-gambar di facebook, instagram dan di laman sosial yang lain ,mengambil gambar berdua membuktikan mereka dah bertunang ,itu di bolehkan ke acik ?
Sebagaimana kita ketahu pertunangan itu adalah mukadimah untuk masuk ke alam perkahwinan. Ikatan pertunangan itu adalah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.Ianya di haruskan dalam islam dengan memberi peluang kepada si lelaki dan si perempuan untuk pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi.
Dalam pertunangan ini tiada paksaan untuk tempoh, lagi cepat lebih bagus, ianya terpulang kepada kedua-dua pihak menetapkannya dan beserderhanakan sahaja majlis di lakukan. Sebelum itu tahu tak apa syarat-syarat asas untuk pertunangan ?
Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.
Dalam kita bertunang sebaik-baiknya kita merahsiakan,pertunangan tidaklah perlu dihebahkan.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir
dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak
diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam
menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk
menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak
tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala
Sharh Mukhtasar Khalil.
Dalam kita bertunang jika juga perlu menjaga batas-batas pergaulan kerana mereka belum mempunyai ikatan yang yang halal seperti perkahwianan.Mungkin ada ada tanya kenapa tak perlu dihebahkan? kalau orang lain masuk meminang macam mana?
sebab itulah, sebelum meminang, perlu kepada
merisik melalui orang tengah yang rapat dan boleh dipercayai dengan
perempuan tersebut untuk mengetahui statusnya. Jika gadis masib belum di pinang orang maka barulah boleh bertandang ke rumahnya.
Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. acik berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan. Golongan yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain.
Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. acik berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan. Golongan yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain.
Antara hikmah menyembunyikan pertunangan
Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan). Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.
Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan,
barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung
orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan
sahabat-sahabat terdekat.Apa pun terpulang kepada kamu,yang mana pilihan kamu.Jikalau ada yang bertanya statusmu dan memaksa untuk berkata ,katakan bahawa kamu telah menjadi tunangan orang dan tak perlu di beritahu siapa tunanganmu itu.
48 Ulasan
kalau dah putus xde jodoh. xde la malu sgt =)
baru tahu...thanks for the info
suka pulak mselim3 baca entry nie... nice. Boleh dijadikan panduan kepada mereka2 yang bertunang...
mselim3
Apa yang menarik perhatian saya ketika membca entry ni, kalau sudah nabi SAW dah bersabda demikian, maka rasanya atau sepatutnya kena lakukan seperti yang telah disabdakan lah,... bukan? Macam kalau emak suruh kita jangan bercakap masa makan, kalau kita bercakap jugak, bukan ke macam 'tak hormat' mak kita... begitulah juga dengan apa yang saya katakan tadi ...kut?..
sekurang2nya tidak akan datang pinangan yg kedua dan ketiga..sekadar pandangan saya..maaf klu dislah ertikan....
Ikhlas,
profhariz.com