Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertunang Perlu Di Hebahkan Kepada Orang ramai ?

perlu di hebahkan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini ucapkan syukur kepadanya. Hari ini acik ingin kongsikan satu hal yang dah lama acik perhatikan. Laman sosial di jadikan tempat berkongsi segala hal dan kadang kala perlu di halusi kerana bukan semua pekara boleh di kongsikan. Pertanyaan seorang rakan di fakulti tadi :

 acik sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. dan orang sekarang kalau bertunang mesti siarkan gambar-gambar di facebook, instagram dan di laman sosial yang lain ,mengambil gambar berdua membuktikan mereka dah bertunang ,itu di bolehkan ke acik ? 

Sebagaimana kita ketahu pertunangan itu adalah mukadimah untuk masuk ke alam perkahwinan. Ikatan pertunangan itu adalah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.Ianya di haruskan dalam islam dengan memberi peluang kepada si lelaki dan si perempuan untuk pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. 

Dalam pertunangan ini tiada paksaan untuk tempoh, lagi cepat lebih bagus, ianya terpulang kepada kedua-dua pihak menetapkannya dan beserderhanakan sahaja majlis di lakukan. Sebelum itu tahu tak apa syarat-syarat asas untuk pertunangan ? 

Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

Dalam kita bertunang sebaik-baiknya kita merahsiakan,pertunangan tidaklah perlu dihebahkan.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Dalam kita bertunang jika juga perlu menjaga batas-batas pergaulan kerana mereka belum mempunyai ikatan yang yang halal seperti perkahwianan.Mungkin ada ada tanya kenapa tak perlu dihebahkan? kalau orang lain masuk meminang macam mana?
sebab itulah, sebelum meminang, perlu kepada merisik melalui orang tengah yang rapat dan boleh dipercayai dengan perempuan tersebut untuk mengetahui statusnya. Jika gadis masib belum di pinang orang maka barulah boleh bertandang ke rumahnya.

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. acik berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan. Golongan yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain.

Antara hikmah menyembunyikan pertunangan

Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan). Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.


Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat.Apa pun terpulang kepada kamu,yang mana pilihan kamu.Jikalau ada yang bertanya statusmu dan memaksa untuk berkata ,katakan bahawa kamu telah menjadi tunangan orang  dan tak perlu di beritahu siapa tunanganmu itu.
 

Catat Ulasan

48 Ulasan

sitirohaida berkata…
kalau boleh tak perlu tunang lama-lama...Rasanya setakat bertunang nie,biarlah berpada...jgn sampai orang ingat kenduri kawen pulak...
Cik Nor berkata…
good sharing acik...
Syed Wazien berkata…
SW nak hebahkan di sini bhw SW dah bertunang. Sekian, terima kasih.
Nory Zoulkefle berkata…
saya dah bertunang jugakkk....hikhikhikhik
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. nice entri.. good sharing.. hihi sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
zaman sekrg mmg byk perbezaannya.
trending zaman sekarang, bertunang macam nak kahwin...
Cik Itah berkata…
salam. kalau sy kan cik..sy tanak tunang lama-lama....30 puluh minit cukup la hihi ^_^
Asha Lya berkata…
rasanya tak perlu kot..biarla besedrhana je
Unknown berkata…
itu lah... sekarang nie majlis bertunang pun dah macam majlis nikah... kalau nak buat pun biar lah sederhana... kalau nak jimat pula buat sekali dengan majlis nikah... pagi tunang, tengah hari nikah.. mcm saya dulu.. hehehe... orang lelaki pun tak pening nak keluar belanja... :D
Sukma berkata…
buat simple majlisnya dan bertunang sekejap jangan lama-lama.......
mila berkata…
mcm ayah sy masa aritu kalo nk tunang dia dh tetapkan 6bulan je.klo rsa x sempat nak kumpul duit xpyh nk tunang2 lg..Hahaha...akhirnye berjaya jugak hadapi 6bulan tu :-)
Unknown berkata…
tp kan.. ingat tak masa artis fizz fairuz bertunang senyap2.. pastuh kene tegur dgn ustaz semanis kurma.. katanya patut dihebahkan.. ishkk pelik btol.. padahal Nabi dh kata elok senyap2.. wallahualam... apa2pun simple is better
Unknown berkata…
bertunang untuk jadi tanda xapa, xperlu hebohkan,, sbb bertunang adalah proses mngenali.
kalau dah putus xde jodoh. xde la malu sgt =)
shazillahsani.com berkata…
Tunang lama2 dugaan bertimpa..ada juga dgr pertunangan tidak harus di hebahkan..tetapi biasalah..mcm shaila sendiri bila dah teruja..so pi upload gambar tunang.
lynmunir berkata…
Betul tu.Eloklah dirahsiakan untuk mengelakkan dari dugaan yang tidak diundang. Tapi tempoh pertunangan pula tak payah la lama-lama. 3 bulan kira sedang cantik tu. Lepas 3 bulan terus nikah. Bukan apa, tunang lama-lama banyak dugaan dik ooi.
Yana Yani berkata…
gitu ye, emm
baru tahu...thanks for the info
norhasnizakhalid berkata…
betul... jika rasa mahu sembunyi atas niat yang tertentu eloklah berbuat demikian.. mama bertunang 3 bulan je acik.. kikiki..
Unknown berkata…
setuju, better rahsiakan je
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. pertunangan tu belum pasti ikatannya, maka tak perlulah utk dihebah2kan selaras dgn sabda Nabi itu sendiri.. cuma ianya sbg perjanjian ukhwah melibatkan kedua2 keluarga sbg komitmen utk pasangan itu lebih serius utk ke gerbang perkahwinan...
Unknown berkata…
perkahwinan yg perlu dihebahkan...
tak perlu bertunang....nikah terus
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

suka pulak mselim3 baca entry nie... nice. Boleh dijadikan panduan kepada mereka2 yang bertunang...

mselim3
sobri yaacob berkata…
erm..entah la acik ikut individu ada suka rahsia ada suka heboh2,... :P
Vee berkata…
Bagi Vee, it's better to keep everything secret. Biar org rasa aura cinta tu masa wedding. Sometimes long term couple ni kita dah jemu tengok, mcm dah boring. Kahwin, kahwin lahh. Yg bezanya dah boleh duduk serumah sbb masa couple/lepas tunang, masih ke sana sini together. Aura cinta tu dah hilang.. Vee nak buat org nangis masa wedding bila rasa aura cinta tu. Haha. Cth terdekat, Yuyu Zulaikha. So sweet. Masa nak kahwin baru bgtau siapa tunang dia. Bila tonton video wedding pun woww! Kuat aura tu.. So sweet tauu. Hihi. Ini pendapat Vee. Hehe ^_^
BinMuhammad berkata…
Panduan dan rujukan kita Al Quran dan Hadis... Kalau dah Rasulullah saw kata bertunang tu elok rahsia, ikut sajalah...pasti besar hikmahnya. :)
Wafa cw berkata…
Assalamualaikum wbk... salam kenal... rasanya first time saya sampai ke sini... tak berapa pasti. Dan Tahniah kerana memenangi anugerah MSMW 2014... Alhamdulillah.
Apa yang menarik perhatian saya ketika membca entry ni, kalau sudah nabi SAW dah bersabda demikian, maka rasanya atau sepatutnya kena lakukan seperti yang telah disabdakan lah,... bukan? Macam kalau emak suruh kita jangan bercakap masa makan, kalau kita bercakap jugak, bukan ke macam 'tak hormat' mak kita... begitulah juga dengan apa yang saya katakan tadi ...kut?..
Unknown berkata…
sedar x sedar kita didalam percintaan da bertunang...
ainur_lemoneko berkata…
saya takberapa suka lah trend sekarang yang buat majlis pertunangan besar2an macam majlis perkahwinan. dan lagi satu kan, trend zaman sekarang ni time pertunangan tunang lelaki tu yang sarung cincin kat tunang perempuan. padahal adat orang dulu siap lelaki tak boleh ada waktu pertunangan. kan? ntahlah.. walaupun saya baru 20tahun. tapi saya lebih suka adat tradisi orang lama. sebab lagi elok kot.. hmm
tarmizi berkata…
Tunang x payah kecoh. Kawin baru kecoh2 rasanya la xde pengalaman pun komen je...
Mizz Aiza berkata…
kebanyakan orang zaman sekarang suka menghebahkan mereka sudah bertunang melalui media sosial.. akak nak cakap lebih tiada pengalaman lagi bab bertunang ini..
Unknown berkata…
hebahan perlu dibuat tetapi biar lah sekadar keluarga terdekat dan jiran2..kita hidup bermasyarakat...
sekurang2nya tidak akan datang pinangan yg kedua dan ketiga..sekadar pandangan saya..maaf klu dislah ertikan....
Blog Santai berkata…
Bertunang sekarang dah macam majlis perkahwinan...tu yang ramai tension tu..budget besar...Apa-apa pun yang penting kena buat yang wajib...In Shaa Allah di berkati Allah...
Long Cham berkata…
org sekarang nie semua menda pun nak grand apa kes
Kakzakie Purvit berkata…
Memang dah jadi fenomena sekarang bila bertunang dah macam nak menikah siap pelamin bagai. Kalau zaman kakak dulu keluarga dua pihak aje yg tahu. Sarung cincin pun dlm bilik aje..
nOe suhaimi berkata…
zaman sekarang semua nak gah2 belaka...seelok2nya bersederhana la...buat cara org zaman dulu....org lelaki x perlu datang...ni zaman skang...org lelaki pun terhegeh2 ikut sekali...noe dulu lg bess...masa bertunang...tuan punya badan x ada..hehehehe...sebulan je tunang terus nikah..
Unknown berkata…
sekadar bagi orang tahu je mereka dah berpunya...tak perlu bertunang lama-lama...
Tanpa Nama berkata…
iikutlah sunnah rasullah saw.
Karen Monica berkata…
kak puteri rasa dalam bab pertunangan ni tak perlu la dihebahkan di laman-laman sosial, cukuplah kaum keluarga dan kenalan rapat yang mengetahuinya.
dear anies berkata…
tp org skrg tunang da mcm kawen...
Unknown berkata…
Mgkin lbh baik maklumkn pada kluarga tdwkat, jiran dan rakan2 tdekar shja kn.. =) mjlis sederhna lbh barokah ny
Tanpa Nama berkata…
terpulang dari individu tersebut..
CD berkata…
nice sharing... tapi, kalau bertunang tu, kenalah jemput saudara mara.. kan, nanti terasa hati saudara mara..
Pha Is berkata…
saya setuju dengan pertunangan yg tidak dihebahkan sepertimana hebahnya perkahwinan, walaupun ada saya terbaca, rahsiakan pertunangan tu datang dari hadis dhaif (kalau x silap saya).. sbb rahsiakan pertunangan ni banyak hikmahnya.. tapi rasanya tak salah kalau dah orang tanya, kita terangkan saja yg diri sudah bertunang..
Maria Firdz berkata…
Pertunangn mmg kena rahsiakan tpi zmn skrg ni, tunang dh mcm khwin.. Huhu
Nurulhidayah berkata…
Seeloknya ikut sebagaimana yg digariskan oleh agama tentu ada hikmah disebaliknya. Bermula dari diri kita dan keluarga.
Hariz berkata…
Bertunang tak perlu. Kalau kahwin perlu :)

Ikhlas,
profhariz.com
Jannaisman2 berkata…
Assalamualaikum... sy setuju sangat pertunangan x perlu di hebahkan. Satu lagi, klu boleh x perlu lah smpai nk bawak anak cucu bagai. Kerana ini hal org tua2... cukup lah ibu, dan adik beradik saje.Saya memang pantang kalau ada budak2 nak ikut sama.