Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selepas kejayaan entri berkaitan apabila perempuan merajuk dan atas pemintaan ramai acik akan berikan sedikit tips bila lelaki pula merajuk. Secara jujurnya memang susah nak tengok lelaki merajuk, tapi sekali dah merajuk ,amik kau lama tu .
Kalau perempuan merajuk kita rasa comel sahaja, tetapi kalau lelaki merajuk ? Fikir-fikirlah sendiri, tips ini acik dapatkan dari hasil membuat pantauan dan bertanyakan kepada yang pakar untuk memujuk lelaki merajuk.
Pertama : Berikan masa dan ruang
Apabila konflik tercetus, jangan terus datang pada dia dan untuk memberitahu segalanya. Malah nanti akan jadi lebih teruk dan bila beremosi mungkin perkataan-perkataan yang tak di ingin akan keluar. Maka berikan dia ruang dan masa untuk dia fikirkan permasalahannya.
Kedua : Masakkan Makanan Kegemarannya
Ada sesetengah lelaki memang suka pada makanan , macam acik ehh. Ketika inilah kamu boleh masakan makanan kegemaran dia dan menunjukkan rasa prihatin kamu dan kesungguhan kamu dalam memujuk dia. Kalau dia menolak makanan itu , maka pandai-pandailah buat ayat, contohnya " yelah penat saya masak untuk awak, awak tak nak rasa ke ? sedap nie "
Ketiga : Hantar surat kepadanya
Hantar surat ? mesti ramai yang tak faham , ketika ini mungkin segala mesej kamu, segala telefon kamu tidak akan di jawab. Maka gunakan cara alternatif dengan menulis surat kepadanya, tulislah yang kamu minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Sekurangnya kamu sudah ada usaha.
Keempat : Buatkan Kejutan untuknya
Kejutan ini bermaksud pekara-pekara yang dia suka, contohnya dia suka bola sepak, apa kata kamu ajak tengok perlawanan bola sepak dengannya. Kalau dia suka rock climbing , maka pergilah dengannya. Tunjukkan rasa keikhlasan kamu ,moga-moga dia akan cepat reda merajuknya.
Kelima : Mengakui kesalahan kamu dan janji tak buat lagi.
Kadang kala lelaki nak tengok sejauh mana kejujuran kamu, tak salah kalau kamu minta maaf tetapi jangan terlalu mendesak dan memaksa. Yang pastinya kamu perlu janji jangan buat pekara yang dia tak suka.
Keenam : Mencari punca dan mengalah Sedikit
Sebagaimana kamu ketahui ,carilah punca kenapa masalah ini terus terjadi. Maka mengalahlah sedikit, tunjukkan rasa prihatian kamu dan bertolak ansur. Kadang kala pekara remeh temeh , jadi mengalah tak bererti kalah, berikan dia peluang
Ketujuh : Merajuk Balik
Semua cara dah buat tapi tak berkesan, maka merajuklah balik, mesti dia tak sampai hati punya. Mesti tak akan merajuk lama-lama.
Ini hanya sekadar sahaja, lain orang lain caranya. Acik berikan sedikit tips kepada sesiapa sahaja . Harap ianya dapat membantu, tapi jangan buat tak tahu, nanti menyesal kemudian hari kalau di madukan. Hehehe
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>> Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk
>>>>>>Apabila bakal isteri tak pandai masak ?
>>>>>>Pekara yang lelaki peka tentang perempuan
>>>>>> Perempuan perlu tahu tanda-tanda lelaki merajuk
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>> Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk
>>>>>>Apabila bakal isteri tak pandai masak ?
>>>>>>Pekara yang lelaki peka tentang perempuan
>>>>>> Perempuan perlu tahu tanda-tanda lelaki merajuk
48 Ulasan
Entri terbaru di blog Muhammad Helmi Segmen : Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah
:P
org ckp klau nak pikat lelaki kna pikat perutnya dulu
Bagus entry nie.. tips2 nak memujuk lelaki.. hehehe lelaki nie keras macam kerak nasik aje.. kena air cair..hehehe.
mselim3
tak ada kuasa nak biar persengketaan berlarutan lama
hari ni gaduh manja, besok baik dah =)
lelaki 50 series ke atas, sebab dia kembali berperangai seperi kanak-kanak, yang manja, yang suka merajuk, kena layan depa cam kanak-kanak juga..haha. makan bersuap, etc..huhu
kalau suami, lagi cepat sejuknya...hohoho
Bagi mase dan ruang ? bagi dy, gaduh hari ni, kene settle hari ni. tepat pukul 12, bye bye lar.
Tulis surat ? lagi dy mengamuk. dy kate kalau fmly dy yang ambil surat tu dan bace, pade dy saye nak bagitau 1 dunia yang kiteorg gaduh.
sekarang ni saye tak tau la saye single ke atau still gf dia