Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini ,ucapkan syukur kepada Allah. Semalam kebetulan bertemu dengan rakan-rakan yang berkerja di domino pizza setelah sekian lama tak berjumpa. Tiba-tiba seorang rakan acik mengeluh " ishh gaji masuk tapi habis macam gitu jer.
Razif : kau buat apa dengan duit kau banyak tu ? gaji kau bukan sikit ?
Amran : ala aku bayar kereta , rumah , bil-bil yang tertungak dan macam-macam lagi.Bulan nie pula isteri aku nak beli jam tangan.
Razif : ohh macam tu, plak dah
Acik : biasalah tu memang biasakan akan macam gitu, tapi aku pernah dengar ustaz cakap , Pernah
tak rasa, walaupun duit banyak tapi masih rasa tak cukup. Padahal
ada orang lain yang gajinya kecil tapi sentiasa cukup?? Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja adik beradik, kawan-kawan & saudara-mara.
Sebenarnya duit kita bukan sepenuh milik kita , ada bahagian sedikit adalah hak orang lain. Kita hidup bersenang lenang sedangkan ada yang 7 hari tak makan. Fikir-fikirlah. Paling penting ibu ayah jangan lupa berikan pada mereka walaupun mereka kaya sekalipun .Peringatan ini kepada diri acik juga yang banyak kelemahan.
Satu pekara lagi ,jika buat sesuatu itu jangan mengharapkan balasan manusia, maka kita akan kecewa dan tak mahu lagi buat kebaikan. tetapi niatkan kerana Allah , maka hati kita akan lebih tenang dan menganggap bahawa itu rezeki mereka.
27 Ulasan
nice entry.. peringatan yang sangat baik... memang kekadang kita lebih suka mendahulukan benda yang tak penting dulu daripada benda yang penting. memang benar duit kita bukan duit kita semua nya... perlu diagih2kan.. kepada yang berhak.
mselim3
pls: terima kasih achik... atas ingatan.
Apapun , saya suka artikel ni. Betul juga kata Ustaz tu. Terima kasih share :)
Ikhlas,
profhariz.com