Ticker

6/recent/ticker-posts

Harta Yang Paling Berharga Bagi Perempuan Adalah Suami Soleh



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucaplah syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya yang tidak pernah putus. Banyak pekara yang bermain di minda ini ,jadi ingin sesuatu di kongsikan kepada kamu. Setiap manusia pasti mahukan seseorang yang mampu menjaganya dan menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat. Mahupun lelaki dan Perempuan.

Bagi seorang perempuan, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak.

Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya. Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan pekara-pekara yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
 
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka

 Kepada lelaki marilah kita menjadi salah seorang suami yang soleh . Tanggungjawab seorang lelaki itu besar dan sangat penting dalam menjaga isteri ,anak-anak dan ibu bapa kita. Semoga Allah permudahkan urusan semua lelaki di luar sana. 

Catat Ulasan

23 Ulasan

✿INA AINAA✿ berkata…
Semoga ena dapat suami yg soleh. Apapun, ena perlu perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Mudah mudahan. :3
Cik Nor berkata…
moga acik menjadi suami yg soleh..aamiin
Unknown berkata…
Suami dan anak-anak yang soleh solehah merupakan dambaan semua wanita
Bunda_nora berkata…
Dan harta yang paling berharga bagi seorang suami ialah seorang isteri yang taat..
Unknown berkata…
Zara lumpuh tnpa suami d sisi.. terima kasih Allah swt kurniakn suami sebaik dia. . =")
Fiza Aizzawa berkata…
betul sangat acik.. suami soleh, isteri solehah.. mmg lengkap keluarga... amin...
Tanpa Nama berkata…
smoga kita dpt pasangan yg baik2 kelak :)
sobri yaacob berkata…
ya dan sebaliknya harga yg pling bharga bg suami ialah isteri yg solehah dan taat
Khir Khalid berkata…
In shaa Allah... semoga kita semua sentiasa menjadi suami yg soleh.. aamiin...
Azwar Syuhada berkata…
Semoga Azwar dipertemukan dengan lelaki yang ada ciri2 di atas.hehehe..Sebelum tu, nak perbaiki diri dulu.. xD
anamizu berkata…
betol tu acik. kalaulah masing2 para LELAKI dan jugak WANITA berlumba2 utk jadi yg soleh & solehah,
tentu tak risau walau siapa sekalipon bakal jodoh kita nanti :)
Mizz Aiza berkata…
itulah harta yang tak terrnilai harganya.. wanita juga seharusnya menjadi isteri yang taat dan solehah terhadap suaminya..
Shahrul Yusof berkata…
Suami yang soleh juga adalah suami yang sentiasa memperbaiki dirinya dan sememangnya merendah diri. Orang yang soleh ini ibarat setangkai padi, makin berisi makin tunduk hatinya terhadap Allah.
Hafizul berkata…
Betul tu bro..inilah harta yang tidak ternilai harganya....tapi bukan semua yang bernasib baik dapat suami macam ni...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. in shaa Allah. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
Invisible Me berkata…
Diri perlu diabaiki sebelum nak dapat harta berharga ni, insyaAllah
BinMuhammad berkata…
Sebagai lelaki...kadang kala tidak mampu dan punya segalanya utk menjadi suami yg terbaik. Kekurangan dan kelebihan dikongsi bersama...maka, sama2 saling menghargai.
Lieya Von Jay berkata…
harap dikurniakan suami yang soleh . amin :)
Maria Firdz berkata…
Sama juga dgn suami..hrta dia ialah isteri dan anak2 yg soleh solehah...
Unknown berkata…
Terima kasih kongsikan....isteri memang kena baca ni..
cik lisa berkata…
mengharapkan suami yang solehah, diri sendiri pun kena jaga dengan elok. Wuwwwuww, tak sabar nk kahwin, hikhik xD
Cik Itah berkata…
salam. dan begitu juga sebaliknya..kan acik :)