Ticker

6/recent/ticker-posts

Hentikan Penyebaran Maklumat Tidak Tepat Tentang Pesawat MH370


Assalamualaikum 

Pada masa kini seluruh terarah kepada misteri kehilangan pesawat MH370 kita mengharapkan keajaiban berlaku dan mudah-mudahan mereka semua dalam keadaan selamat. Sebenarnya untuk mencari cerita yang sahih itu amat susah, apabila kita membaca dan melihat berita dari media Malaysia ianya masih belum dapat di sahihkan ,bila berita lihat berita dari luar negara lagi pelbagai spekulasi yang di berikan.

Pesawat Mas membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari KLIA ke beijing hilang pagi semalam dan sehingga kini masih lagi belum dapatkan berita sahih sepenuhnya. Kita sebagai pemerhati  dan sebagai pendengar mengikut perkembangan kejadian ini seharusnya perlu peka dan sensitif dalam hal ini. 

Mungkin ahli keluarga kita tiada dalam pesawat tersebut sehingga kita boleh mempersendakan dan mempermainkan seolah-olah pekara ini hanya sebuah gurauan. Cuba fikir bagaimana jika ahli keluarga, suami, anak kamu dalam pesawat tersebut, tentu kamu akan rasa cemas dan sedih apa jua yang terjadi pada mereka kerana masih kini tidak tahu lagi status keadaan pesawat tersebut.

Kepada wartawan laman sosial janganlah membuat sebarang spekulasi dan andaian yang tidak tepat hanya untuk menarik orang ramai membaca page, blog , facebook kamu. Jangan siarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Paling sedih apabila kehilangan pesawat ini di kaitkan dengan agama dan paling hangat berkaitan politik. 

Rasanya tak perlu untuk acik kongsi gambar yang sekarang hangat di facebook tentang mengutuk sana sini serba menpersendakan tentang kehilangan pesawat MH 370. Paling penting adalah kita berdoa kepada Allah agar pesawat tersebut dapat di jumpai dan keajaiban berlaku mereka dalam keadaan selamat. 

Mari kita sama-sama mendoakan semoga di pemudahan urusan mencari dan Allah beri kesabaran dan kekuatan kepada keluarga mangsa dan kepada rakan-rakan mangsa yang terlibat .Dia maha mengetahui segala hal dalam dunia ini kita serahkan segalanya kepada Dia.

Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMu,apa yang berlaku adalah ketentuanMu.Kami mohon kasih sayangMu ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya. Hanya padaMu kami menyerah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan. Amin 

Catat Ulasan

31 Ulasan

Wafi Remli berkata…
Semoga mereka tabah menghadapi segalanya...
Cik Nor berkata…
sama2 kita berdoa moga smuanya dpermudahkan...aamiin
Khir Khalid berkata…
Sama2lah kita berdoa & serahkan sepenuhnya kpd Allah swt.. mudah2an dipermudahkan segala urusan utp pihak2 yg terlibat & diberi ketabahan kpd keluarga2 mangsa yg terlibat... aamiin..
Tanpa Nama berkata…
harap semuanya selamat. kita doakan utk mangsa setiap kali selepas solat..
Mizz Aiza berkata…
akak hanya percaya berita yang disiarkan melaui tv sahaja.. apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa semoga semuanya dalam keadaan yang selamat..
adarain berkata…
Laman sosial banyak menghebahkan perkara yang tidak betul tanpa meneliti laporan tersebut. kita doakan sahaja yang terbaik untuk Mangsa MH370
Lieya Von Jay berkata…
semoga semua nya slmt wlopon harapan agk tipis
nOe suhaimi berkata…
hormati la keluarga mangsa...hentikan semua spekulasi dan tunggu info yang sahih dari pihak berkuasa...
Tetamu Istimewa berkata…
Sama-samalah kita berdoa mereka ini selamat.
Maria Firdz berkata…
Bukan kt fb je.. Ada juga blogger buat spekulasi psl pesawat ni.. Hentikanlah jika niat smata-mata nak naikkan PV je..
Maria Firdz berkata…
Berdoa itu lagi baik dr buat mcm2 spekulasi x berasas tu..
Yana Yani berkata…
tak faham mereka yang buat perangai gitu sedangkan ada yang
sedang berdukacita
semoga dipermudahkan segala urusan bagi ahli keluarga yang terlibat
Atien berkata…
Lebih teruk lg ada yg buat jenaka dgn insiden yg berlaku.
Unknown berkata…
sangat setuju. naik menyampah pulak banyak orang yang membuat spekulasi hangat untuk menaikkan blog, page etc. tunggu sahaja berita rasmi..
Unknown berkata…
macam2 yg disebarkan..gambar plane crashed kat huson river pun diedit dan disebarkan kata plane mh370..
hazwan hairy berkata…
semoga semuanya selamat... :-(
Zaza Iman berkata…
mcm2 kt fb.. zaza baik diam dan tgu berita rasmi... dalam masa sama..tak putus mdoakan keselamatan mereka..moga2 esok ada khabar baik..
PeRdU cINta berkata…
Adalah lebih baik kita serahkan segalanya kepada Allah disamping usaha yang berterusan untuk mengesan pesawat MH 307 serta penumpang dan anak kapalnya..andai kita tidak membantu merawat luka mereka..jangan kita menambah dalam lagi parut yang masih merah berdarah..sama sama kita doa untuk mereka..
Bunda_nora berkata…
Yang mampu kita lakukan berdoa dan berdoa...
Engku Muzahadin berkata…
Lbh elok berdoa drpd membuat spekulais yg mcm2...
Unknown berkata…
semoga KEAJAIBAN akan berlaku.
Nadia Johari berkata…
nad ikuti perkmbngan dekat tv je..semoga pesawat ditemui
Bunda_nora berkata…
Doakan yang terbaik....hentikan spekulasi..biar mereka yang berwajib jalankan tugas mereka..
BinMuhammad berkata…
Jangan putus harapan...sama2lah kita terus berdoa semoga pesawat MH370 segera ditemui dan semuanya selamat.
Anizz Annisa berkata…
teruskan berdoa.. itu senjata yg kuat dan kukuh kite skrg..moge dipermudahkan pertemuan dgn pesawat..aminn..
Azlan Strider berkata…
betul tu bro..penyebaran maklumat mcm tu hanya akan membuat keluarga penumpang MH370 akan lebih bertambah sedih...

Regards,
-Strider-
Pha Is berkata…
stuju bro.. sebagai blogger kita kena jaga etika penyampaian maklumat, jgn fikirkan trafik semata.. sorang dua blogger sebarkan maklumat palsu, nnti semua blogger dipandang serong..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Thanks atas ingatan .. sekarang ramai buat entry pasal MH370...kan. Harapan rakyat Malaysia , sama2 kita doakan agar pesawat MH370 yg hilang tu dijumpai semula.. insaallah.

mselim3
Unknown berkata…
InsyaAllah akan ada jawapannya nanti..
insyaallah mudah-mudahan mereka selamat
Unknown berkata…
Berat mata mmandang berat lg bahu yg mmikul. .semoga mh370 dapat d temui segera. .~ ~