Assalamualaikum
Pada masa kini seluruh terarah kepada misteri kehilangan pesawat MH370 kita mengharapkan keajaiban berlaku dan mudah-mudahan mereka semua dalam keadaan selamat. Sebenarnya untuk mencari cerita yang sahih itu amat susah, apabila kita membaca dan melihat berita dari media Malaysia ianya masih belum dapat di sahihkan ,bila berita lihat berita dari luar negara lagi pelbagai spekulasi yang di berikan.
Pesawat Mas membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari KLIA ke beijing hilang pagi semalam dan sehingga kini masih lagi belum dapatkan berita sahih sepenuhnya. Kita sebagai pemerhati dan sebagai pendengar mengikut perkembangan kejadian ini seharusnya perlu peka dan sensitif dalam hal ini.
Mungkin ahli keluarga kita tiada dalam pesawat tersebut sehingga kita boleh mempersendakan dan mempermainkan seolah-olah pekara ini hanya sebuah gurauan. Cuba fikir bagaimana jika ahli keluarga, suami, anak kamu dalam pesawat tersebut, tentu kamu akan rasa cemas dan sedih apa jua yang terjadi pada mereka kerana masih kini tidak tahu lagi status keadaan pesawat tersebut.
Kepada wartawan laman sosial janganlah membuat sebarang spekulasi dan andaian yang tidak tepat hanya untuk menarik orang ramai membaca page, blog , facebook kamu. Jangan siarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Paling sedih apabila kehilangan pesawat ini di kaitkan dengan agama dan paling hangat berkaitan politik.
Rasanya tak perlu untuk acik kongsi gambar yang sekarang hangat di facebook tentang mengutuk sana sini serba menpersendakan tentang kehilangan pesawat MH 370. Paling penting adalah kita berdoa kepada Allah agar pesawat tersebut dapat di jumpai dan keajaiban berlaku mereka dalam keadaan selamat.
Mari kita sama-sama mendoakan semoga di pemudahan urusan mencari dan Allah beri kesabaran dan kekuatan kepada keluarga mangsa dan kepada rakan-rakan mangsa yang terlibat .Dia maha mengetahui segala hal dalam dunia ini kita serahkan segalanya kepada Dia.
Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMu,apa yang berlaku adalah ketentuanMu.Kami mohon kasih sayangMu ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya. Hanya padaMu kami menyerah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan. Amin
Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMu,apa yang berlaku adalah ketentuanMu.Kami mohon kasih sayangMu ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya. Hanya padaMu kami menyerah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan. Amin
31 Ulasan
sedang berdukacita
semoga dipermudahkan segala urusan bagi ahli keluarga yang terlibat
Regards,
-Strider-
Thanks atas ingatan .. sekarang ramai buat entry pasal MH370...kan. Harapan rakyat Malaysia , sama2 kita doakan agar pesawat MH370 yg hilang tu dijumpai semula.. insaallah.
mselim3