Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejayaan Lelaki Adalah Kerana Ada Wanita Dibelakangnya Yang Menjadi Kekuatan

citna suami isteri


Assalamualaikum


SubhanaAllah perancangan Allah itu memang terbaik dalam hidup kita nie.Acik tak meragui kerana semuanya pasti. Allah merancang sesuatu dengan tidak ada sedikit pun cacat celanya. Acik dapat belajar dari hikmah setiap apa yang berlaku. Terima kasih ya Allah.


Ada yang mengatakan seperti ini 

" aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.

Dalam hidup kita ini saling memerlukan antara sesama jantina untuk menghasil keharmonian alam dan siapa kita untuk melawan fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan. Sejak azali lagi hawa tercipta untuk adam. Tanpa hawa pastinya adam akan kesepian dan tanpa adam pastinya hidup hawa tak sempurna.Itulah hidup kita. Siapa pon kita ,mesti kita mahukan seseorang yang mampu terima kita seadanya dan membahagiakan kita.

Kita tak perlu sombong setiap kejayaan dan kemenangan yang kita dapatkan. Pastinya kejayaan kita hari ini dan hari seterusnya bukan hanya kerana diri kita tetapi ada yang bersama kita yang selalu ada untuk kita dan mendoakan kita. Mungkin kamu boleh katakan bahawa kamu tak perlukan lelaki atau perempuan dalam hidup kamu tapi sebenarnya kamu ego dan terlupa bahawa orang yang ada di sekeliling kamu adalah bahagian dari mereka yang kamu nafikan.

Yelah mana tidaknya, kejayaan kamu hari ini adalah hasil doa ibu bapa, adik beradik , keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah berhenti mendoakan kamu. Adakah kamu lupa ? 

Wahai Manusia  Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya  kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa’: 1)

kejayaan seorang lelaki adalah kerana ada wanita dibelakangnya yang menjadi kekuatannya. Tentulah kepada yang bujang ,ibumu ,kakak dan bakal menjadi penamping hidupmu yang selalu berdoa dan membantumu ketika susah dan senang. Kepada lelaki yang sudah berumah tangga, pastinya isterimu yang selalu ada bersamamu di kala suka dan duka.


Duhai kaum adam , tanpa hawa hidup kamu tak sempurna, tanpa hawa hidup kamu tak keruan dan tanpa hawa kamu tak kenal erti kasih sayang. Hawa mampu mengoncang dunia, dia mampu menjadi penawar dan dia mampu menjadi tuba untuk adam. Dan di situlah tugasmu untuk memimpin hawa sama arah kebaikan atau lembah durjana.  

Duhai kaum hawa, jangan dirimu terlena kerana keasyikan duniamu tersendiri, Tanpa adam dirimu tidak tahu apa itu erti cinta, benci, rindu dan semua ada pelbagai perasaan di dunia.Mungkin adam itu kadang kala menyakitkanmu tetapi dia juga yang membahagianmu.

Allah jadi lelaki dan perempuan mempunyai tugas yang tersendiri. Tanpa lelaki bagaimana sesuatu kaum itu mahu berkembang ? dan tanpa perempuan bagaimana nak lahirkan zuriat dan memperkembangkan umat ? 


Kita saling memerlukan satu sama lain, kita tak mampu hidup keseorangan, Jodoh itu memang rahsia Allah , kepada yang belum di anugerahkan seseorang dalam hidupnya itu sabarlah.Allah tahu yang terbaik untuk kamu dan akan tibanya pasti kamu dapatkan selayaknya untuk kamu.

Catat Ulasan

27 Ulasan

sitirohaida berkata…
kaum hawa adalah tulang belakang bagi kaum adam..berpasangan tak semestinya akan sah menjadi suami isteri kalau itu bukan jodoh yang Allah tentukan untuknya..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik... syukur alhamdullilah, susah senang bersama suami adalah satu perkara yang membahagiakan seorang isteri... Setiap apa yang terjadi, kongsikan bersama. Semoga kalian (yg belum bernikah) dipertemukan jodoh yang baik2, in shaa Allah. Percaya dengan Qada & Qadar ~~~

sheila singgah klik tabung acik...
Asha Lya berkata…
adam & hawa saling diperlukan antara satu sama lain kan..
Unknown berkata…
kejayaan lelaki kerana ada wanita dibelakangnya... kejayaan wanita kerana ada tulang belakang diri sendiri.. ahakss.. gurau je.. masing2 saling memerlukan antara satu sama lain sbg inspirasi dan kekuatan untuk mencapai kejayaan.. maka, bila dh mengecapi kejayaan, jgn dilupa pasangan kita...
Cik Nor berkata…
good entry acik..
Wafi Remli berkata…
Sabar je...kalau bukan di dunia, di akhirat tetap ada...
Shahrul Yusof berkata…
Hidup di dunia ni memang kita senantiasa saling perlu memerlukan untuk menentukan kelangsungan umat manusia di muka bumi ini.
di sebalik kejayaan seseorang tak kira lelaki atau perempuan pasti ada pendorong dan siapa di sebaliknya... ^_^... hidup saling lengkap melengkapi... untung lelaki kahwin lebih dari satu ek...sebab ramai wanita2 yang mendoakan yang terbaik buatnya...ahaksss...
hoo. kedua saling memerlukan kalau tak susah juga sorang ke utara sornag ke barat heee...

apa yang perlu jaga hubungan halal baik-baik sebab tujuan nak ikut sunah Nabi dan rangkul pahala dariNYA
Long Cham berkata…
sokong setiap manusai pasti memerlukan seorang insan dibelakang menyokong beliau
Unknown berkata…
kalau syuk kejayaan ini hasil daripada setiap sokongan yang mendoakan kejayaan syuk. hehe
Cik Tieka berkata…
disaat ku lemah dan semangat tgh down , adanya sosok wanita dan lelaki yang mbuatku tabah dibelakangku..itulah orang tuaku.. :).. thanx acik.. ooo ya, pegi SBB tempoh hari kan?? byk gambar acik diblog shbt lain.hehe
paridah berkata…
wanita dihargai sesuai dgn peranannyayg lemah lembut n kasih sayangnya mendorong kejayaan lelaki yg dikasehinya samada suaminya, anak2 lelakinya, adik2 lelakinya, kwn2nya, shbt2nya...
BinMuhammad berkata…
Dah tentu permulaan umat manusia dari adam dan hawa... Lelaki dan wanita, sudah pastilah saling perlu memerlukan. :)
miss yatie berkata…
di sebalik lelaki atau wanita, pasti ada...itukan pelengkap kehidupan ke arah kesempurnaan...
Allah jadi kita berpasang-pasang.
Khir Khalid berkata…
Mmg benar apa yg diperkatakan itu... kejayaan lelaki adalah kerana wanita dibelakangnya & kejatuhan lelaki juga boleh disebabkan wanita di dibelakangnya... semoga kita semua beroleh calon & pasangan yg sesuai utk dunia & akhirat... aamiin...
Blog Santai berkata…
Moga Allah ketemukan pasangan yang sesuai..yang boleh meyokong each other dalam masa susah dan senang. Aminn!!!
CD berkata…
kakak zizie pernah cakap, lelaki ni lepas kahwin dia akan anggap isterinya tempat dia bergantung tak kira dalam hal rumah tangga mahupun hal kerja.. sebab tu terjadinya quote seperti tajuk di atas..
shahrilhakime berkata…
Kalo tak isteri kita.... tentu nye Ibu kita..... jadinye hargai lah wanita yang ada dalam hidup kitaaa
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Disebalik kejayaan lelaki itu ada seorang wanita yang menyokong kejayaan nya..

mselim3
YunFila berkata…
Tiada siapa yang perlukan saya. Thanks for sharing acik ^__^
dear anies berkata…
td terbaca kat twitter... katanya brad pitt yg tulis...gini bunyinya...

the woman is the reflection of her man.

If you love her to the point of madness, she will become it.
Unknown berkata…
Allah swt mciptakn manusia bpasang pasngan.. jan tlalu ego ngan kejayaan diri sedangkn rezeki itu di berikn oleh Allah swt. =)
Pha Is berkata…
sedang bersabar sbb masih tak ada seseorang.. heheh
Nurulhidayah berkata…
Dalam hidup kita mmg saling memerlukan.. Tidak sempurna kehidupan bila kita hidup terasing tanpa masyarakat.