Assalamualaikum
Hai semua entahlah kenapa air mata nie keluar tanpa minta izin dulu, tolonglah jangan keluar.. tapi dia tetap mengalir tanpa henti., sebenarnya dugaan ini buatkan hati dan mataku ini hiba yang tiada taranya. Dalam hidup acik nie bukan gah seperti mereka sangka.. terlalu banyak liku yang perlu di tempuhi. Di dalam blog ini juga jadi saksi apa yang berlaku. Dan orang selalu mengadu pada acik bila ada masalah dan setiap dugaan yang mereka lalui , dan minta nasihat pada acik.Tapi di saat acik luka ,di saat hati ini sedih berapa ramai saje yang mahu mendengar ?
Mereka hanya mencari kita bila perlu, di saat mereka bahagia adakah mereka ingat kepada mereka yang selalu ada untuk dia ?
bila orang sedih, kita pandai menasihatkan orang, jangan ikut perasaan itu semua ujian,kita kena kuat.Bila orang putus cinta, kita pandai menasihat orang jangan bersedih bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.
Bila orang orang ada masalah dengan keluarga, kita bagi nasihat pada mereka dah macam pakar kauseling.Bila orang kecewa, kita berikan semangat untuk mereka agar teruskan hidup ini,bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini, kononnya kita dah macam pakar kauseling Tak putus bagi nasihat.Bila orang marah, kita pandai suruh dia bersabar,suruh mengucap banyak ingat ALLAH
Tapi bila fikir balik ,apa yang kita nasihat orang tu mampukah kita lakukan ??
Bila orang orang ada masalah dengan keluarga, kita bagi nasihat pada mereka dah macam pakar kauseling.Bila orang kecewa, kita berikan semangat untuk mereka agar teruskan hidup ini,bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini, kononnya kita dah macam pakar kauseling Tak putus bagi nasihat.Bila orang marah, kita pandai suruh dia bersabar,suruh mengucap banyak ingat ALLAH
Tapi bila fikir balik ,apa yang kita nasihat orang tu mampukah kita lakukan ??
Tapi apa pun juga alasannya ALLAH adalah sebaik perancangan pada kita, acik hanya fikir positif sekarang nie.Masalah yang acik hadapi in shaa Allah ada penyelesainya. Walaupun hati nie bertanya bagaimana ? tapi acik yakin ALLAH tidak pernah persiakan hambanya.Sedangkan permintaan syaitan derhaka itu pun ALLAH tunaikan..
Acik yakin ALLAH berikan rasa ini sebagai peringatan pada acik juga, bahawa kita manusia biasa , masalah orang mampu kita tolong dan cuba selesaikan tapi untuk masalah diri sendiri hanya ALLAH yang tahu.
36 Ulasan
semoga dipermudahkan segala urusan ya Acik, jangan risau Dia sentiasa ada. :)
Yang penting kita membantu dengan ikhlas dan kerana Allah swt. Semakin kita diuji itu bermakna semakin sayang Allah swt kpd kita... Kenapa perlu fikir pandangan orang lain, yg utama perlu fikir apa pandangan Allah kpd kita...
kekadang kekawan ini bagus, kita nasihatkan kekawan, lepas tu kekawan pulak nasihat kan kita.. xper. Nasihat menasihat itu bagus.. berpesan kepada kesabaran dan hak..
mselim3
tapi acik, kalau nak tunggu kita sempurna sebelum nasihatkan orang, sampai bila pun kita tak berani nak buka mulut nasihatkan orang. sebab tu kadang2 ayat yang kak guna, "aku ni bukan baik sangat, aku ni pun baru belajar, aku pun baru tahu fasal benda ni..kita sama2 belajar, kita sama2 betulkan"..wallahua'alam
Ikhlas,
profhariz.com
memang itulah fitrah manusia acik
bercakap lebih senang, tapi nak laksanakan tu yang payah
hopefully acik tabah