Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Yang Banyak Cakap Dan Banyak Gelak Adalah Perempuan Yang Pendiam Bila Ada Masalah.



Assalamualaikum...

Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . 

Survey yang acik lakukan menunjukkan bahawa memang  kebanyakan perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . 

Kebiasaannya perempuan yang banyak bercakap nie hanya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga mereka sahaja jika tidak mereka akan menyendiri. dan acik minta pandangan dari seorang pelajar mascom (PR) sebab dia nie acitive orangnya.Nama panggillannya adalah Olen.

 Kenapa perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . ?


Olen : Yup acik , saya akui, kerana perempuan nie suka bermain dengan perasaan dan memendam rasa. Bila bercakap tu mesti ada geng atau click yang " sekepala" dengan dyeorang dan akan ceritakan tentang yang  have fun dan jarang meluahkan perasaan kerana orang nampak kita selalu gelak ketawa tapi dalam hati sape yang tahu.


Kadang-kadang kita akan cuba untuk tersenyum agar orang lain tak nampak luka di hati kita . Mesti ramai yang tertanyakan kenapa macam itu ?? Jawapannya mudah kerana orang tak rasa apa yang kita rasa. Masalah akan datang dengan pelbagai cara dan bentuknya, mereka bila ada masalah lebih suka keseorang dari kongsi kepada kawan-kawan.Dan masa itulah mereka akan menagis sepuas-puasnya.


Persoalannya kenapa perempuan banyak cakap ??

Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. 

Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat.Dalam sehari, apabila wanita ingin menyampaikan isi hatinya, secara purata mereka menggunakan tiga kali ganda jumlah perkataan berbanding lelaki. 

kalau kita tengok sama ada lelaki atau perempuan bila banyak gelak dan lepas  gelak puas-puas energy dah tak banyak dan mood akan spoil dan mereka akan lebih menyendiri.. Tapi paling penting bila ada masalah mereka akan cuba memencilkan diri kerana masalah itu mereka  kena hadapi  dan cinta & masalah tak dapat dipisahkan.

 

Tak apalah hanya ambil positif bahawa perempuan yang banyak menangis ada kelebihannya. Sebagai contoh:

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dihidrasi pada membran mata yang dapat membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteri 
Tak perlu ubat eyemore, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteri alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis dapat mengurangi stress ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

Kita kena fikir positive sekarang nie dan belajar untuk meluahkan juga apa yang terbuku di hati tapi dengan cara yang bersesuaian.Ingatlah setiap kali kita berdoa dan menangis mohon keampunan daripada Allah,segala dosa kita akan terhapus dengan izin.Sesungguhnya Allah maha Penyayang. 

Selama ni kita menangis kerana takut kena tinggal kekasih,menangis kerana kecewa,menangis kerana gagal dlm peperiksaan atau percintaan. Semuanya tak guna! Menangislah kerana takut dengan Allah..Menangislah kerana kehebatan Allah..Menangislah mohon ampun dengan Allah..

Allah sayang pada hambanya yang sentiasa menangis kerana takut akan kekuasaaNya dan menangis memohon ampun dari padaNya..


Catat Ulasan

38 Ulasan

yes and you know what that is me, what you see on the outside i am a cheerful person and bubbly, tapi dalam diam??? but Alhamdulillah I am still strong and I know that I am strong... sebab yang lebih teruk dari ni pun akak pernah alami apakan lagi yang sedang dialami sekarang ni... well, seriously tak tipu punya, orang claim masalah dia lah boleh buat dia gila meroyan, tapi kalau dia lalui hidup akak dari mula sampailah saat ni, rasanya dah tak boleh bernafas dah dia dan even dari first step pun dia dah tersungkur dan back off...trust me... *_^
Unknown berkata…
same here... ain lebih suka menyendiri apabila dilanda masalah... sebab kita semua pun tahu, there is no words can comfort us.. and kata2 nasihat drpd org sekeliling tu untk menyedapkan hati kita je.. & lagi satu kelemahan ain, ntahla.. ain x suke org nampak ain dlm keadaan ain sedang lemah.. sbb tu ain dh biasa org label hati kering..
Unknown berkata…
perkongsian yang banyak memberi informasi..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, kadang tu kalau lama sangat pendam masalah. tiba2 menangis sendiri.. hehhee. singgah menabung colgate sini ~~~
paridah berkata…
menangis sangat baik untuk melegakan mental fizikal yg sakit...sambil menangis merayu kpd Allah agar bebanan jiw yg ditangungi dikuranginya...insya Allah...wanita begini suka gelak2 ramai2 tp menangis sendirian...
Nonny berkata…
saya suka semua entry acik..
nak jadi macam acik jugak :D
Long Cham berkata…
selalu nyer orang yg ceria nie susah nak share masalah
ANIM berkata…
ada kebenarannya..setuju
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

ada kebenaran entry nie.. sebab itu sikap dan sifat yang berbeza wanita ini dilengkapi dengan adanyer lelaki yang menjadi pelengkap dalam kehidupan. Lelaki dan wanita saling perlu memerlukan, jadikan perbezaan itu adalah satu "kelebihan" utk mengenali hati budi masing2..yer tak?

mselim3
Mizz Aiza berkata…
ada benarnya kenyataan tu acik.. lagi satu, tak semua masalah dan rahsia kita boleh berkongsi dengan orang lain.. ada masanya akak merasakan lebih elok ianya disimpan sendiri dan hanya Allah sahaja yang tahu.. memang nampak ceria dan banyak cakap di luar, tetapi dalam hati Allah sahaja yang tahu..
Asha Lya berkata…
lya lebih suka pendam perasaan sendiri..tak blh dah nak ubah.memang begitu sejak azali. :)
Blog Santai berkata…
Yup kita agreed dengan entry ni achik coz i thot sometimes its me too...
Cik Itah berkata…
salam. setuju entry acik ni :)
cik lisa berkata…
suka cakap banyak, gelak besar, mulut tak pernah diam, saya lah tu, haha.. tapi bila satu masalah jatuh atas bahu, nahhh! diam tak terkata, saat itulah jadi pendiam tetiba.. good sharing, acik :)
BinMuhammad berkata…
Tiada apa yg hendak dikatakan...perempuan sendiri pun mengakuinya. Benarlah tu...
Unknown berkata…
fae partly agree on this. coz me myself suka bercakap and gelak bila having good times with friends and family. tapi bila ada masalah fae only share with orang yang fae trust. but sikap banyak cakap fae maintain walaupun dilanda masalah hahahaha.
Maria Firdz berkata…
perempuan ada kekuatan dlm tersendiri... menangis bukan bererti lemah tapi itu kekuatannya... menangis pun blh cairkan lelaki gak... hehe
JunAina berkata…
Akak ni kalau ada masalah suka kongsi dgn org tertentu kurangkan sedikit stress. Perempuan dan air mata tak dapat dipisahkan.
Unknown berkata…
Betul3x tu acik... memang kebiasannya begitu... stuju.. :)
✿INA AINAA✿ berkata…
Yeahh betul tu. Ena akui ena ni seorang yang agak gila2 juga perangai tapi tak semua tahu apa yang ena tengah harungi sekarang. Sometimes, ada masalah ena, ena terpaksa pendam seorangan. perit dan sakit. Selalunya, ketika mandi la tempat ena selalu mengalirkan air mata
Hariz berkata…
Acik.. Buat survey lelaki suka perempuan yang tinggi tak? Letak gambo kita :P
http://cdn.denaihati.com.my/wp-content/uploads/2014/03/SBBP-299.jpg

Hahaha

Ikhlas,
profhariz.com
sobri yaacob berkata…
eh hakikatnya apa yg acik tulis betul juga.. ya baru saya perasan..kadang apa personaliti kita lihat x sama apa yg sebenarnya :P
Karen Monica berkata…
kak puteri setuju dengan apa yang acik tulis ni..bila sedih takkan kita nak mencanang satu dunia kan..biarlah orang semua nampak kita happy dan rahsia hati biarlah hanya DIA yang mengetahui :)
Unknown berkata…
Wahhh ni baru tahu..hehe..terima kasih kongsikan..betul tu..lelaki ni, dalam kepala banyak masalah pun still boleh diam dan buat selamber jer..tapi ada juga yang bermasa muka..hehe
shazillahsani.com berkata…
Shaila klu ada masaalah suke luahkan pd org2 terdekat..tp depends...coz tak semua masaalah kitaleh luah dkt org..then suke nangis bila dah terlalu stress..bila dah xtau nak buat apa..berdoa dan tawakal kpd Allah.
Unknown berkata…
tiga kali ganda jumlah perkataan berbanding lelaki..hahaha betul2x...setuju..haha
orang laki biasanya banyak mulut bile lepak dengan geng laki je...

klo dengan pompuan kurang sikit perkataan yang keluar

agaknyela... :)
Shahrul Yusof berkata…
Yup, sebab tu waktu kecik dulu mak lagi banyak membebel daripada ayah. Apa sahaja dalam fikirannya sama ada sumting yang merisaukan atau gembira terus je diluahkan dengan kata-kata. Tapi, bila dah besar duduk berjauhan dari ibu, terasa rindu pula nak dengar bebelan dari mak.
Yana Yani berkata…
emm...tak perasan pula
benarlah tu agaknya =)
Unknown berkata…
yup . menangis tu dapat melepaskan beban di dada . sangat berkesan pada sis . selepas menangis sepuas hati , sis akan rasa lega dan beban tu hilang begitu saja cam x de masalah pun . sis adalah kaunselor pada diri sis sendiri . My bilik adalah saksi kepada segala2nya ...
Mayang Sari berkata…
boleh jadi. maknanya, senang nak trace bila si banyak cakap dan banyak gelak ini tiba-tiba jadi pendiam..tiba-tiba. Maknanya, dia sedang berhadapan dengan masalah... tq for sharing achik..
Nisa Ahmad berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
good job acik! really memahami sgt2 hati wanita. NA pon seorang yg very friendly, talkative and cheerful but menyimpan perasaan dlm diam. That;s why trciptanya blog ni. Sbb, x larat nk mnulis diary lagi. Blog and NA tak dpt dipisahkan dan hanya Allah swt yg mampu pisahkannya andai ajal dtg mnjemput kelak. ^_^
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg sgt baik utk kita semua tahu agar lebih memahami & menghargai wanita...
Tanpa Nama berkata…
yup betu. perempuan lebih suka memendam sebab mereka tau yang setiap masalah pasti akan selesai dengan baik.
AwekTrader berkata…
saya sangat memahami enrty ini. Pengajarannya Wanita ni kuat dan tabah. InsyaAllah
Unknown berkata…
ramai yang suka dengan apa yang kita tulis, tetapi tiada seorangpun mahu merubah diri untuk menjadi lebih baik. Jikalau ada hamba-hamba-Nya yang hatinya keras, susah bagi mereka untuk hadam segala apa yang ditulis. Tapi acik, semoga setiap ilmu yang ditulis, akan ada balasan untuk acik iaitu pahala berpanjangan .. insyaAllah
Unknown berkata…
Xyah nak bangga shangattt...