Assalamualaikum
Kadang kala ingin ku bawa diri ini mengikut angin yang berpeleseran, biarlah entah kemana pun jua arah tujunya. Ketika hati mula hilang kata-kata nurani, ketika mata ini mampu merembeskan air mata suci , ketika mulut itu tak mampu terkata.
Tentunya dalam kehidupan setiap orang yang kamu jumpa , setiap kali mata yang memandang terhadap seseorang itu pastinya mempunyai tanggapan yang tersendiri. Setiap kali mulut mampu mengeluarkan kata-kata yang manis untuk pastikan telinga mendengar pekara-pekara yang baik sahaja, dan otak akan memproses perkataan itu untuk di terjemahkan kepada bahasa yang di fahami dan hati akan berfungsi untuk merasa setiap perkataan itu.
Semuanya kata-kata yang indah , yang seronok di dengar,boleh buatkan kita tak tidur semalam bila teringat kata-kata tersebut. Yelah dalam dunia siapalah yang tak suka pada pujian . Semua orang suka walaupun mulut menafikan. Kita lebih seronok mendengar kebohongan berbandingkan kejujuran ,asalkan kita rasa bahagia.
Tapi sampai bila ?
Terima kasih kepada kamu yang memberikan kritikan dan kutukan yang dulu kamu lemparkan dan itulah yang menjadikan pembakar semangat untuk acik terus bertahan sebagai blogger. Pada awalnya memang sukar untuk menerima kritikan yang di berikan pada awal pembabitan acik dalam dunia blog ini. Tapi alhamdulilah acik dapat atasinya dan anggaplah ia sebagai satu proses untuk baiki diri yang banyak kelemahan ini.
Tentunya ramai yang marah bila kita kritik apa yang di buat, apa yang dia pakai dan apa jua. Kita berikan komen tetapi mereka anggap komen itu sebagai hinaan dan kata kejiannya. Tapi berpadalah komen tu janganlah sampai mengaibkan orang itu dan mengunakan bahasa yang kesat-kesat. Ada itu, rasa bagaikan pengakhiran hidup apabila orang tak suka apa yang dia buat. Sebenarnya bermula dari kesalah itulah yang boleh buatkan kita lebih maju yang baiki mana yang lemah dan kurang.
Semua orang boleh berlakon depan kita dia boleh memuji kita, tapi bagaimana di belakang kita ? sampai bila kita hendak biarkan kita di lambung setinggi yang mungkin dengan kata-kata yang mungkin boleh buat kita riak ? sampai bila kita nak berada di zon selesa ?
PUJIAN ITU UJIAN. Jangan kita mudah hanyut dengan pujian orang sekeliling. Ramai yang terpedaya dan kes penipuan berlaku ia bermula dari kata-kata pujian. Tidak dinafikan ramai yang suka dipuji kerana ia fitrah manusia. Merasa selesa dan seronok bila dipuji itu biasa, cuma perlu diingat bahawa bila hati mula berbunga, banyak perkara mudah terlepas pandang dan hati mula alpa. Hakikatnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah. Ucaplah Alhamdulillah.
Ujian dan pujian merupakan rantaian kehidupan kita. Adakalanya kita merasakan ujian sedang hinggap di diri kita dan adakalanya pula pujian yang hinggap di diri kita. Dalam siklus Ujian dan pujian ini, kita tahu bahwa di balik ujian pasti ada Pujian, dan di balik Pujian pasti ada Ujian.
34 Ulasan
jangan mudah terpedaya dengan pujian orang..takut nanti membuat kita alpa dan sama sekali boleh membuat kita berada di tahap yang paling bawah
Pujian .. itu hanyalah untuk Allah. Kita adalah makhluk tak lepas melakukan salah dan silap.. pujian juga membuatkan kita lupa diri dan menyebabkan kita 'ujub' . Minta dijauhkan... sesama lah kita membaiki diri serta tegurlah mselim3 andai tersasar .. k
mselim3
pls: dari sahabat utk sahabat...
pujian tu subjektif bagi akak
semua mempunyai pandangan sendiri tentang tujuan pujian diberikan
setuju apa yang +Mohd Selim Zainal katakan =)
Kadangkala kita tahu ianya salah tapi terus berikan pujian kerana nak menjaga hati... Mahu sahaja menegur tapi...xsampai hati. Bila ditegur memang ianya terjadi...terus menyepi dan xboleh terima realiti.
Biarlah dipinggirkan asalkan kita tidak terus menipu diri sendiri dan orang lain. Jujur kerana Allah...
Regards,
-Strider-
LUMRAH MANUSIA...
kritikan kadang2 kita perlukan untuk perbaiki dan mantapkan lagi kemahiran ,contoh di dalam penulisan sebagai blogger.Pujian....semua manusia memerlukan pujian sebagai 'booster'.Pujian dan kritikan saling lengkap-melengkapi selagi kita bijak mengawal emosi :)
betul, susah nak terima kritik. Bila orang kritik, kata don't judge.
Bila nasihat pun susah gak haih. Manusia.