Assalamualaikum
SubhanaAllah, allahuakbar, akhirnya doaku termakbul ya Allah kerana dapat berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat aku kagumi.Kebetulan hari ini kami di Uitm terdapat program yang di anjurkan untuk pelajar tahun akhir iaitu "finishing school" dan program tersebut adalah kemahiran isnaniah dan penceramahan yang di jemput adalah ustaz Ebit Lew. Bila dapat tahu, hati ini sangat gembira kerana acik sangat kagum dan sangat suka mendengar ceramahnya dahulunya di motivasi pagi di IKIM FM.
akupenghibur bersama ustaz Ebit Lew |
Bila mendengar ceramah yang di sampai oleh beliau hati ini rasa tenang dan lega kerana penyampaiannya penuh dengan isi pengisian dan sangat mudah di fahami. Ketika tadi sekali lagi mendengar kisah hidup ustaz Ebit lew hati ini jadi sayu, air mata mengalir tanpa di duga dan kata-kata sangat bermakna ,"simple" tapi maknaya mendalam. Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga
berbangsa Cina. Ayahnya pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6
orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian
mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita
beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu ,mereka
sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.
Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak
dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang
murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak
digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada
suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya telah berjaya mengetuk
pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya . Alhamdulilllah, berkat usaha guru itu dan izin Allah,
dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak
setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka'
yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya
juga mendekati Islam. SubhanaAllah.
Kini beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, acik sangat suka bila mendengar cerita ustaz ebit lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang di bawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur jenaka.
Kata-kata yang yang acik tak akan lupa sahingga kini adalah
1. apabila kita bercakap pekara yang baik, mendengar pekara yang baik, berkahwan dengan orang yang baik-baik insha Allah semuanya akan datang pekara yang baik-baik dalam hidup kita.
2. Setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan untuk kita, kadang kala buatkan kita merungut dan marah pada Allah. Tetapi kita tak ketahui bahawa di sebalik musibah itu Allah mahu berikan nikmat kepada kepada kita.
3. Kita manusia selalu membuat sesuatu mengharapkan balasan dan berharap pada manusia, dan apabila apa yang kita harapkan kita tidak dapat maka kita pun kecewa. Sedangkan kita seharusnya selalu berharap pada Allah dan pasti kita tak akan pernah kecewa.
4. Dalam hidupkan kita ini perlulah selalu muhasabah diri dan selalulah menangis berdoa kepada Allah. Kita bermohonlah kepadanya kerana Allah sangat simpati umatnya merintih kepadanya ,berdoa kepadanya.
5. Orang yang hatinya ikhlas kerana Allah, katanya mudah untuk sampai kepada orang yang hatinya bersih dan ikhlas juga.
Guru terbaik mendidik Nabi SAW mendidik sahabat yang ada keinginan untuk Islam. Walaupun sebelum itu sejahat-jahat orang, menjadi sebaik-baik orang.
Tetapi orang tidak ada keinginan seperti Abu Jahal, Abu lahab maka mereka berada dalam neraka buat selamanya.
Ya Allah berilah keikhlasan kepada setiap pendakwah-pendakwah dan setiap umat ini juga keikhlasan. Mudah-mudahkan kami semua sentiasa dalam RedhaMU.
6. Kepada
mereka yang sedang bersedih dan seakan-akan tidak nampak jalan keluar
dengarkan ini kunci paling utama yang Allah hadiahkan kepada kita dalam
melapangkan semua masalah.
Seorang guru saya kata orang soleh tidak pernah tinggalkan solat tahajud dan solat fardhu secara berjemaah.
Saidina Umar setiap malam akan kejutkan keluarganya dengan membaca ayat AlQuran "dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya kerana Kami tidak minta rezeki darimu bahkan Kami yang beri rezeki padamu.
Dengan tahajud, Allah suka dan bukakan bagi kita jalan keluar bagi segala keperitan dan kepayahan hidup. Dan mungkin luar penderitaan tapi hatinya sangat bahagia
Ramai yang telah puluhan tahun tidak pernah tinggal tahajud dan berdoa menangis di depan Allah
Seorang guru saya kata orang soleh tidak pernah tinggalkan solat tahajud dan solat fardhu secara berjemaah.
Saidina Umar setiap malam akan kejutkan keluarganya dengan membaca ayat AlQuran "dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya kerana Kami tidak minta rezeki darimu bahkan Kami yang beri rezeki padamu.
Dengan tahajud, Allah suka dan bukakan bagi kita jalan keluar bagi segala keperitan dan kepayahan hidup. Dan mungkin luar penderitaan tapi hatinya sangat bahagia
Ramai yang telah puluhan tahun tidak pernah tinggal tahajud dan berdoa menangis di depan Allah
Dan sebenarnya banyak lagi dan kepada kamu semua yang tidak ada nak buat apa-apa, rasa sunyi dalam diri pergi dan dengar ceramah dari ustaz Ebit lew dan ustaz-ustaz yang lain, insha Allah hati akan kembali jadi tenang. Kalau kamu mahukan kata-kata semangat boleh terus ke facebook ustaz ebit lew, pasti kamu tidak akan kecewa kerana banyak kata-kata motivasi dan pengajaran.
31 Ulasan
#DOABUATMH370 :(
Ikhlas,
profhariz.com
http://majlistaklimdarulfirdaus.blogspot.com