Ticker

6/recent/ticker-posts

Siapakah Ustaz Ebit Lew ?

siapa ebit lew

Assalamualaikum


SubhanaAllah, allahuakbar, akhirnya doaku termakbul ya Allah kerana dapat berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat aku kagumi.Kebetulan hari ini kami di Uitm terdapat program yang di anjurkan untuk pelajar tahun akhir iaitu "finishing school" dan program tersebut adalah kemahiran isnaniah dan penceramahan yang di jemput adalah ustaz Ebit Lew. Bila dapat tahu, hati ini sangat gembira kerana acik sangat kagum dan sangat suka mendengar ceramahnya dahulunya di motivasi pagi di IKIM FM. 

akupenghibur bersama ustaz Ebit Lew

Bila mendengar ceramah yang di sampai oleh beliau hati ini rasa tenang dan lega kerana penyampaiannya penuh dengan isi pengisian dan sangat mudah di fahami. Ketika tadi sekali lagi mendengar kisah hidup ustaz Ebit lew hati ini jadi sayu, air mata mengalir tanpa di duga dan kata-kata sangat bermakna ,"simple" tapi maknaya mendalam. Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga berbangsa Cina. Ayahnya pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu ,mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya . Alhamdulilllah, berkat usaha guru itu dan izin Allah, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. SubhanaAllah. 

Kini beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, acik sangat suka bila mendengar cerita ustaz ebit lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang di bawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur jenaka. 

Kata-kata yang yang acik tak akan lupa sahingga kini adalah
1. apabila kita bercakap pekara yang baik, mendengar pekara yang baik, berkahwan dengan orang yang baik-baik insha Allah semuanya akan datang pekara yang baik-baik dalam hidup kita.
2. Setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan untuk kita, kadang kala buatkan kita merungut dan marah pada Allah. Tetapi kita tak ketahui bahawa di sebalik musibah itu Allah mahu berikan nikmat kepada kepada kita.
3. Kita manusia selalu membuat sesuatu mengharapkan balasan dan  berharap pada manusia, dan apabila apa yang kita harapkan kita tidak dapat maka kita pun kecewa. Sedangkan kita seharusnya selalu berharap pada Allah dan pasti kita tak akan pernah kecewa.
4. Dalam hidupkan kita ini perlulah selalu muhasabah diri dan selalulah menangis berdoa kepada Allah. Kita bermohonlah kepadanya kerana Allah sangat simpati umatnya merintih kepadanya ,berdoa kepadanya.  

5. Orang yang hatinya ikhlas kerana Allah, katanya mudah untuk sampai kepada orang yang hatinya bersih dan ikhlas juga.

Guru terbaik mendidik Nabi SAW mendidik sahabat yang ada keinginan untuk Islam. Walaupun sebelum itu sejahat-jahat orang, menjadi sebaik-baik orang.

Tetapi orang tidak ada keinginan seperti Abu Jahal, Abu lahab maka mereka berada dalam neraka buat selamanya.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada setiap pendakwah-pendakwah dan setiap umat ini juga keikhlasan. Mudah-mudahkan kami semua sentiasa dalam RedhaMU.

6. Kepada mereka yang sedang bersedih dan seakan-akan tidak nampak jalan keluar dengarkan ini kunci paling utama yang Allah hadiahkan kepada kita dalam melapangkan semua masalah.

Seorang guru saya kata orang soleh tidak pernah tinggalkan solat tahajud dan solat fardhu secara berjemaah.

Saidina Umar setiap malam akan kejutkan keluarganya dengan membaca ayat AlQuran "dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya kerana Kami tidak minta rezeki darimu bahkan Kami yang beri rezeki padamu.

Dengan tahajud, Allah suka dan bukakan bagi kita jalan keluar bagi segala keperitan dan kepayahan hidup. Dan mungkin luar penderitaan tapi hatinya sangat bahagia

Ramai yang telah puluhan tahun tidak pernah tinggal tahajud dan berdoa menangis di depan Allah
Dan sebenarnya banyak lagi dan kepada kamu semua yang tidak ada nak buat apa-apa, rasa sunyi dalam diri pergi dan dengar ceramah dari ustaz Ebit lew dan ustaz-ustaz yang lain, insha Allah hati akan kembali jadi tenang. Kalau kamu mahukan kata-kata semangat boleh terus ke facebook ustaz ebit lew, pasti kamu tidak akan kecewa kerana banyak kata-kata motivasi dan pengajaran. 
Nak tahu siapa lebih lanjut tentang ustaz Ebit Lew ?


Catat Ulasan

31 Ulasan

Bertuahnya insan ini... Islam telah menjadi penyuluh untuknya. Terima kasih buat review tentang ustaz ni. Besar pahala acik
Blog Santai berkata…
Tersentuh hati kita bila baca kisah dia..Alhamdulillah..hidayah Allah untuk Dia.."Setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan untuk kita, kadang kala buatkan kita merungut dan marah pada Allah. Tetapi kita tak ketahui bahawa di sebalik musibah itu Allah mahu berikan nikmat kepada kepada kita"(Totally agreed)
paridah berkata…
assalam seorang ustaz yg berilmu bersama pengalaman hidup yg menginsafkan kita mudah pula didekati tentu adalah pendakwah yg berjaya n dpt merangsang mrk yg suka mengikuti dakwahnya bersama mengamal kebaikan yg dituntut agama...tq berkongsi cerita.
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah.. Tahniah Acik... sungguh bertuad dpt berjumpa dgn insan yg sememangnya dikagumi ini. Semoga, kisah beliau menjadi semangat buat kita semua juga... aamiin. Subhanallah walhamdulillah!
Jejari Menaip berkata…
Alhamdulillah..kagum dgn beliau......Hidayah itu milik Allah kan....
Zaza Iman berkata…
kagum zaza baca kisah beliau.. :) zaza baca ni baru zaza kenal siapa dia..jernih je tgk muka.. :)
Nadia Johari berkata…
Allah dah bukakan pintu hatinya..dan kerana dia family nya turut serta memeluk islam..
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah... Mmg kebanyakan org yg hebat skrg, pnh diuji Allah suatu ketika dulu...
Bunda_nora berkata…
Allahuakbar, tersentuh hati rasanya...hidayah yang tak semua dapat miliki...Subhanallah...

#DOABUATMH370 :(
Affy Afiqah berkata…
pesanan yang sangat2 berguna, memang perlu diingat selalu....
Nurulhidayah berkata…
Kagum dgn ustaz ni.. Alhamdulillah Allah memilihnya untuk menerima anugerah hidayah...
Unknown berkata…
Alhamdulillah dapat hidayah Allah SWT...
Unknown berkata…
bersahabat dgn mereka yg ahli agama menjadikan kita lebih istiqamah ...
Tetamu Istimewa berkata…
Kesimpulannya, banyak kebaikan daripada perkara baik yang kita lakukan. Moga dakwah yang disampaikannya bermanfaat untuk kita semua.
Hariz berkata…
Oh baru kenal siapa ustaz ni

Ikhlas,
profhariz.com
Karen Monica berkata…
tersentuh hati membaca kisah hidup ustaz Ebit Lew..
Unknown berkata…
Bertuahnya insan ini.
nik mujahidah berkata…
macam mana nak contact ust ni....sy nak jemput datang kolej..bagi motivation for student
Unknown berkata…
saya pun suka follow fb ustaz Ebit Lew ni, sangat menyentuh hati bila dia menulis di FB tu
Kenari Putih berkata…
bila dengar ceramah ustaz ebit ni memang sampai ke hati apa yang dia kata tu..:)
fn berkata…
sangat tersentuh hati bila mndengar ceramah beliau.nada suara yg lembut tp pnuh smgat
fn berkata…
sangat tersentuh hati bila mndengar ceramah beliau.nada suara yg lembut tp pnuh smgat
nuqudnabawi.com berkata…
Kata-kata dari hati, akan sampai kepada hati juga. Itulah ust ebit. Kata-katanya sentiasa menusuk dan menyentuh hati, alhmdulillah =)
nuqudnabawi.com berkata…
Kata-kata dari hati, akan sampai kepada hati juga. Itulah ust ebit. Kata-katanya sentiasa menusuk dan menyentuh hati, alhmdulillah =)
Fauzey FX berkata…
tahniah tuan..
http://majlistaklimdarulfirdaus.blogspot.com
dulu beliau sama2 belajar dgn saya di upm. sy pernah mendengar tazkirah beliau beberapa kali di surau kolej kediaman. beliau mmg minat memberi tazkirah kepada rakan2 semenjak belajar di universiti lagi..
kakchahjelita berkata…
tahniah tuan. semoga menjadi muslimin cemerlang dunia akhirat
Unknown berkata…
Sape tahu nombor hp ustaz
Unknown berkata…
Ustaz mendapat hidayah ketika hidup sebagai bukan Islam, kerana itu dia dpt merasai betapa nikmatnya Islam, berbanding kita org melayu yg menerima islam secara keturunan. Kerana itu perlu kita mencari ilmu mengenal Allah tuhan kita dn ilmu agama kitaa yg suci. Mudahan2 terasa nikmat spt ustaz ebit rasai.
Unknown berkata…
Menitis airmata bila mendengar ceramah dan cerita dakwah beliau. Memang sampai ke hati dan menyentuh hati dengan dakwahnya dengan suara yg lembut itu.....Memang menginsafkan........Semoga Allah sentiasa merahmatinya di dunia dan akhirat, dan menempatkan beliau di kedudukan yg mulia juga disamping rasulullah s.a.w di akhirat nanti.... Terimakasih banyak ustaz atas ceramah dan dakkwah yg menginsafkan dr ustaz.....Terasa kerdilnya kami sebagai hamba Allah do dunia ini.....
Unknown berkata…
Sehari suntuk saya mengikuti melihat dan membaca ttg kegiatan Ustaz Ebit Lew di FB , semuanya membuatkan saya sdh tdk rasa bosan lg walaupon keseorangan dlm tempoh PKP in.Alhamdulillah Ya Allah.Seorang insan yang terpilih dan sgt istimewa