Assalamualaikum
"Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan ", rezeki tak akan datang bergolek tanpa usaha dari kita. Inilah antara ungkapan-ungkapan sesuai yang boleh ditujukan kepada seorang graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) ini .Sekalung tahniah acik ucapkan kepada Aqilah Syahira Ahmad iaitu
junior acik di Politeknik merlimau melaka kerana menjadi pelajar
cemerlang semasa di konvokyen yang di adakan baru-baru ini.
Walaupun fizikilnya tidak sempurna seperti insan lain, namun itu bukan
alasan untuk menjadi orang yang berjaya. Beliau adalah satu-satunya
insan istimewa yang acik kenali mampu menangkis segala persepsi orang terhadapnya.
Sepanjang acik mengenali beliau, beliau seorang yang sangat tabah, aktif dalam menyertai apa jua aktiviti yang di anjurkan serta memberikan komitmen yang terbaik. Beliau merupakan salah seorang ahli PRSP (Pembimbing rakan siswa Politeknik) yang membantu sesama insani dalam memberikan motivasi kepada rakan sebaya dan mahupun kepada mereka yang memerlukan kekuatan.
Anak kesepuluh dari tiga belas adik beradik ini juga aktif dalam permainan catur dan antara kejayaan di perolehi ialah :
Asean para games KL (2009) (1 emas, 1 perak )
Asian amateur Open anf Woman Chess Championship (2011)
Asian youth para games KL (2013) (1emas, 1 perak)
Asean para games myanmar (2014) (1 gangsa
Kekurangannya yang ada padanya bukan penghalang, malah kadang kala acik rasakan beliau seperti yang lain. Jika apa jua aktiviti yang di adakan tidak pernah kata tidak untuk sertai walaupun aktiviti itu sukar. Itulah semangat yang di tunjukkan.Kejayaan yang beliau hadapi hari ini sebenarnya menjadi pembakar semangat kepada yang lain. Setiap insan di berikan peluang dan kesempatan yang penting jangan pernah putus asa.
Alhamdulilah sekali lagi tahniah !! dan semoga aqilah berjaya di masa hadapan, abaikan tanggapan orang terhadap orang qila. Qila dah buktikan kejayaan itu milik siapa saje bagi mereka yang berusaha.
26 Ulasan
NEW ENTRY UPDATED : FINALY,IM BACK
Ikhlas,
profhariz.com
Kecacatan bukanlah halangan utk seseorang itu berjaya dalam pelajaran... Moga kisah ini menjadi motivasi kepada pelajar2 yang sempurna. Jika aqilah boleh insallah kita pun boleh.. kan. Tahniah buat aqilah...
mselim3
Pada saya, OKU perlu dihormati setaraf dengan rakyat lain di Malaysia kerana mereka juga menyumbang bakti kepada negara kita sama seperti warga Malaysia lain yang normal.