Assalamualaikum
Semalam acik sempat mendengar ceramah yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang mengupas tentang cara mendidik anak yang nakal. Sangat teruja acik mendengarnya dan ianya untuk pengetahuan untuk masa akan datang. Dalam ceramah tersebut banyak yang ceritakan dan antara yang sangat menarik perhatian acik adalah cara menghukum anak yang tidak di benarkan dalam islam.
Kadang kala ibu bapa dalam keadaan marah dan tidak dapat mengawal emosi mereka lakukan pekara-pekara yang sepatutnya sehinggakan mampu mencederakan anak yang masih kecil.Jadi acik kongsikan kepada kamu semua.
Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:
1. Memukul wajah
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”
2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Kita menghukum anak-anak yang membuat kesilapan ini bukan untuk menyeksa dan membinasakan mereka tetapi lebih kepada memberi pengajaran bahawa apa yang dia lakukan ini adalah sebuah kesalahan. Kanak-kanak bukan dia tahu pekara itu elok atau tidak maka kita ajarlah mereka. Dia menghukumnya sekadarnya untuk dia tahu pekara itu salah dan di masa akan datang tidak akan mengulangi pekara yang sama.
26 Ulasan
slalu kita bising ttg ramai yg nakal skrng & kita jadi marahkan mereka supaya baik.. tp apa yg jadi, mereka sebenarnya semakin nakal & silap2 jadi jahat. Ujian buat umat akhir zaman rasanya agar kita lebih prihatin & sentiasa sabar... wallahualam...
kena ubah cara didikan nie,
good info ...
semoga dapat kita jadikan pengajaran, dan ilmu ini mungkin boleh digunakan bila kita mendirikan rumah tangga dan memiliki anak nanti :) semoga mampu menjadi seorang ibu atau bapa yang mengikut syariat islam dalm mendidik anak2...
Ikhlas,
www.profhariz.com
dlm islam ada panduan utk mendidik anakkan acik,kalau semua umat islam mengikut undang2 yg ada di dlm alquran utk panduan hidup,byk masalah dpt diselesaikan....
sehingga lebam ,adakah termasuk dalam kategori no. 5