Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Kita Sebahgian Dari Mereka Yang Tidak Boleh Hidup Tanpa Internet ?

tak boleh hidup tanpa internet

Assalamualaikum

 Alhamdulilah di beri kesempatan mari bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Untuk beberapa hari ini sangat sibuk kerana kesibukan harian dan ada pertemuan dengan mereka-mereka yang ingin berurusan dengan blog ini. Alhamdulilah.

Minggu lepas acik sempat membuat pola untuk meminta pandangan umum berkenaan tentang internet. Persoalannya mudah sekali iaitu berkaitan internet : adakah kamu boleh hidup tanpa internet dalam hidup kamu ? 

Soalan yang di tanyakan hanya untuk mendapatkan respon yang mudah ya atau tidak. Sebanyak 5000 repons yelah menjawab pertanyaan mudah ini, hampir 4575 yang menjawab tidak dan kami sangat memerlukannya dan 425 mengatakan ya boleh. Walaupun ianya hanya sekadar pola biasa tetapi kita dapat lihat pergantungan hidup kita. 1 hari tanpa internet rasanya tak boleh, kerana semuanya sekarang maklumat berada di laman sesawang. Satu hari kita tak boleh  kalau tak update blog, tak update status facebook, tak upload gambar di instragram, update video baru di youtube mahupun keek. 

 Zaman sekarang, semua orang perlukan Internet. Dari sekecil budak sekolah rendah hingga mereka berstatus nenek, Internet menjadi pembantu dan penyeri rutin seharian. Tak kiralah sama ada digunakan untuk bermain ‘game’, mencari resipi, tutorial tudung hinggalah menonton filem, drama, apa saja boleh didapati di hujung jari. Inilah makna sebenar dunia tanpa sempadan.  

Orang selalu ibaratkan internet ini umpama nasi putih tanpa berlauk kerana ianya menambah perasa untuk kita selera untuk makan. Memang tak di nafikan hidup kita akan bosan kerana tiada internet kerana dengna adanya internet ini kita boleh berhubung dengan siapa sahaja yang kita suka tanpa menghadkan waktu. Lagi-lagi sekarang sudah ada telefon pintar dan mudah untuk mengakses internet dan boleh lakukan di mana sahaja. 

Setiap hari itu ada sampai online selama 10 jam, 12 jam , dan tahukah kamu ianya sangat membahayakan kesihatan?

Sehinggakan ada kes bunuh diri kerana internet dan kes apabila polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet. Keadaan itu akan merumitkan keadaan jika kita obses dengan kecanggihan teknologi tersebut. 

Pada acik , kita juga mempunyai kehidupan lain di alam realiti, berikan masa untuk kehidupan kita  bersama anak-anak ,keluarga dan rakan-rakan dan selebihnya waktu yang ada barulah gunakan untuk melayari internet. Internet ini ada kebaikan dan keburukannya juga. Ada kes bercerai berai kerana facebook, ada yang kes tuduh menuduh hanya kerana sekeping gambar di intragram dan pelbagai lagi. Kebaikan pastinya kamu lebih mengetahui . 

Tapi cuba satu hari itu kamu tinggalkan kehidupan untuk sentiasa online itu dan pergilah bercuti dan pastinya kamu akan lebih tenang. Acik telah melakukannya. Cubalah kalau kita lakukan seperti itu kepada pencipta kita. 1 hari kita tak boleh hidup tanpa Allah, kita ingin selalu mendekatkan diri kepadaNya. Bangun malam untuk bersolat, sepanjang waktu berzikir kepadanya. menyebarkan cerita-cerita tauladan dan sebagainya tentulah hidup kita akan lebih bererti.

Selalu muhasabah diri, adakah hari ini aku lebih baik dari semalam ? bagaimana hubungan aku dengan Allah adakah sehebat mana aku merindui kalau tak update blog dan laman sosial lain di facebook ? Rinduku pada Maha Pencipta harusnya lebih hebat, adakah aku mengingati setiap waktu kepada maha pencipta ? 

itulah pertanyaan setiap hari yang acik tanyakan pada diri, kita mampu online10 jam depan komputer untuk bertemu dengan rakan di alam maya dan buat pekara yang kita suka. Tapi mampukah waktu selama itu kita berhubung bersama pencipta ktia melalui doa, solat dan sebagainya ?

ermm jadi haruslah acik muhasabah diri ini, perbaiki mana yang kurang dan akan di kurangkan untuk melayari internet.

Catat Ulasan

26 Ulasan

Shahrul Yusof berkata…
Perkara lumrah bagi kehidupan generasi kini. Internet ibarat isi dan kuku buat anak-anak muda. Walaupun internet ini banyak manfaatnya, namun ia juga mempunyai mudaratnya jika penggunaannya berlebihan sehingga melalaikan.
Fiza Aizzawa berkata…
Internet dah menjadi keperluan hidup sekarang nie.. mungkin sebab kita dah hidup dalam zaman IT... tambahan pula bagi yang bekerja, semua urusan melibatkan emel dan boleh dikatakan ketika berada di luar pun, telefon memerlukan internet untuk berurusan. Sebab itu bagi Fiza internet memang perlu tetapi jangan lalai dengannya.. Itu pendapat Fiza acik...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, hehee nice entri! sheila suka update blog.. baca cerita2 kawan blogger semua. kurang gemar buka facebook ... tapi sheila suka entri ni.. betul kata acik, kita sekarang terlalu menggunakan internet dalam kehidupan seharian. selagi tak terpesong akidah, sheila harap internet membawa kebaikan buat kita. online 2-3 jam sudahlah. masa di rumah, sheila tumpukan perhatian pada rumahtangga sahaja. kalau ada pun, sekadar check whatsapp daripada teman2 rapat. hihiiiii. singgah menabung TM ~~~
Long Cham berkata…
Haha kan skrg kalo xda internet mcm xleh hidup ja
Asha Lya berkata…
guna internet utk mana yang perlu je cm berblog,email..tak ada la obses sgt hihi
shahrilhakime berkata…
awok pernah berada dalam situasi ni.... punya susah hati bila internet down.. atopon bayo bli broadband lambat..... takde akses internet... rasa macma nak gila... dan pernah jugak rasa tensen bila blog tak berupdate.... tapi sampai masa Insyallah kita boleh settle down.......
mysha berkata…
Tgh pk jap boleh ke ek kalau hidop tanpa internet?hehehe
Saya tidak boleh hidup tanpa internet...
AwekTrader berkata…
Internet suatu keperluan terumatanya macam saya yang perlu untuk hubungi family yang berada di overseas
cikgu sekolah pun , mencari fakta di dlm internet...
anak balik sekolah cikgu kata:- google jer,
nak buat cam ner kan, lumrah kehidupan zaman sekrg...
redha jer lah...hihi
cik lisa berkata…
yeap! terus terang, haha. tanpa tenet rasa macam tak lengkap je. muehehe. nak melayan boleh tapi jangan taksub dan ketagih.. uii sesuai kot istilah 'taksub dan ketagih' untuk orang muda mudi zaman sekarang ni. bukannya apa, orang yang ketagih internet ni lebih teruk pada penagih dadah lagi
Tetamu Istimewa berkata…
Dulu, ok. Tapi sekarang perlu ada internet kerana untuk urusan harian juga seperti mendapatkan maklumat dan berita.
lynmunir berkata…
Lain dulu lain sekarang. Jika kita boleh letakkan garis sempadan waktu penggunaan internet yang boleh kita sendiri patuhi, rasanya aktiviti ibadah yang lain tetap boleh dijalankan seperti biasa. Yang penting adalah pengurusan masa yg bijak untuk semua tujuan kehidupan kita.
Unknown berkata…
Memang tak dapat dipisahkan. Sudah lama kena dadah internet ni. Sejak sekolah menengah. Bila internet tiada, mulalah jadi zombie tak tentu hala. Nasib baik ada buku yang belum habis dibaca. Jadi tipsnya adalah, sibukkan diri dengan aktiviti yang tiada kaitan dengan komputer.
Unknown berkata…
Apa pun yang kita buat... perlu ada hadnya... jangan melampau2 untuk kejar duniawi... perlu balancekan aktiviti kehidupan ini...
Maria Firdz berkata…
Boleh je hidup jika tiada lagi talian internet lagi... Sbb dok ada tu yg dok layan je...
paridah berkata…
berinternet pun berpada-pada...waktu perlu juga dihabiskan utk banyak aktiviti lain tanpa melibatkan internet...
Unknown berkata…
internet sudah menjadi keperluan, sebagai jaringan perniagaan, penyampai maklumat, juga diguna sabgai medium pembelajaran...kecangihan teknologi juga faktor internet menjadi keperluan manusia sekarang..apa pun internet sesangatlah diperlukan kepada blogger..:)
Bunda_nora berkata…
Assalam,

nak tak nak kita terpaksa mengaku kerana dizaman ni internet satu keperluan walau dimana jua...tak kira lapisan umur...tak kira dalam bidang apa, apa status kita, pelajar, pekerja dan suri rumah seperti bunda.
Walaupun begitu terpulang pada diri kita masing2 untuk mengurus keperluan itu...guna akal dan masa untuk menangani nya...

wallahu'alam
Unknown berkata…
sehari dua sy ok tanpa internet.. sbb masuk kem mmg tak on9... tapi kalau lebih 3 hari bleh meracau jugak kot.. hehehe tapi bagus perkongsian acik ni.. jgn terlalu taksub sgt ngan internet sehingga lupakan dunia luar...
Ina ZaLinA berkata…
Cik ina kadang2 ok tanpa internet, tetapi bila nak guna utk cari sesuatu dikawasan tiada liputan, terasa pentingnya internet Cuma kena pandai gunakan.. Jgn sampai kerja x jln sbb asyik berinternet kan...
cikpinz berkata…
Boleh je nak berinternet tapi ada hadnya jangan sampai melalalaikan kita terutamanya waktu untuk bersolat.
Khir Khalid berkata…
Sememangnya tak dinafikan.. internet mempengaruhi bnyk keperluan. Bukan sekadar berseronok shj, malah sbg medium yg penting dlm urusan kerja & mencari nafkah utk keluarga. Ada sykt yg boleh rugi teruk klu internet tak berfungsi utk jangka masa yg lama... gunalah ia ke arah kebaikan agar lebih diberkati..
Linalogy berkata…
Ouch..terasa...hihi.. Terima kasih kerana mengingatkan acik.. Akak pun kena muhasabah diri jugak..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 pun kekadang ada rasa , adakah kita sama macam mereka yang hanya mengadap internet... dan perlu muhasabah diri nie. Pape terima kasih achik yang ingatkan mselim3 . Pape kita jgn ter'over' janji bersederhana.. orait achik. Suka dengan cara dakwah macam nie.. bagus. Kekadang utk ingatan diri mselim3 yg kekadang ada masa terlupa dan terlalai. Terima kasih sahabat atas ingatan nie...

mselim3
Nadia Johari berkata…
susah kalau orang dh obses dengan internet ni..kene hati-hati jangan sampai alpa dengan internet ni..