Assalamualaikum
Alhamdulilah di beri kesempatan mari bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Untuk beberapa hari ini sangat sibuk kerana kesibukan harian dan ada pertemuan dengan mereka-mereka yang ingin berurusan dengan blog ini. Alhamdulilah.
Minggu lepas acik sempat membuat pola untuk meminta pandangan umum berkenaan tentang internet. Persoalannya mudah sekali iaitu berkaitan internet : adakah kamu boleh hidup tanpa internet dalam hidup kamu ?
Soalan yang di tanyakan hanya untuk mendapatkan respon yang mudah ya atau tidak. Sebanyak 5000 repons yelah menjawab pertanyaan mudah ini, hampir 4575 yang menjawab tidak dan kami sangat memerlukannya dan 425 mengatakan ya boleh. Walaupun ianya hanya sekadar pola biasa tetapi kita dapat lihat pergantungan hidup kita. 1 hari tanpa internet rasanya tak boleh, kerana semuanya sekarang maklumat berada di laman sesawang. Satu hari kita tak boleh kalau tak update blog, tak update status facebook, tak upload gambar di instragram, update video baru di youtube mahupun keek.
Zaman sekarang, semua orang perlukan Internet. Dari sekecil budak
sekolah rendah hingga mereka berstatus nenek, Internet menjadi pembantu
dan penyeri rutin seharian. Tak kiralah sama ada digunakan untuk bermain
‘game’, mencari resipi, tutorial tudung hinggalah menonton filem,
drama, apa saja boleh didapati di hujung jari. Inilah makna sebenar
dunia tanpa sempadan.
Orang selalu ibaratkan internet ini umpama nasi putih tanpa berlauk kerana ianya menambah perasa untuk kita selera untuk makan. Memang tak di nafikan hidup kita akan bosan kerana tiada internet kerana dengna adanya internet ini kita boleh berhubung dengan siapa sahaja yang kita suka tanpa menghadkan waktu. Lagi-lagi sekarang sudah ada telefon pintar dan mudah untuk mengakses internet dan boleh lakukan di mana sahaja.
Setiap hari itu ada sampai online selama 10 jam, 12 jam , dan tahukah kamu ianya sangat membahayakan kesihatan?
Sehinggakan ada kes bunuh diri kerana internet dan kes apabila polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet. Keadaan itu akan merumitkan keadaan jika kita obses dengan kecanggihan teknologi tersebut.
Pada acik , kita juga mempunyai kehidupan lain di alam realiti, berikan masa untuk kehidupan kita bersama anak-anak ,keluarga dan rakan-rakan dan selebihnya waktu yang ada barulah gunakan untuk melayari internet. Internet ini ada kebaikan dan keburukannya juga. Ada kes bercerai berai kerana facebook, ada yang kes tuduh menuduh hanya kerana sekeping gambar di intragram dan pelbagai lagi. Kebaikan pastinya kamu lebih mengetahui .
Tapi cuba satu hari itu kamu tinggalkan kehidupan untuk sentiasa online itu dan pergilah bercuti dan pastinya kamu akan lebih tenang. Acik telah melakukannya. Cubalah kalau kita lakukan seperti itu kepada pencipta kita. 1 hari kita tak boleh hidup tanpa Allah, kita ingin selalu mendekatkan diri kepadaNya. Bangun malam untuk bersolat, sepanjang waktu berzikir kepadanya. menyebarkan cerita-cerita tauladan dan sebagainya tentulah hidup kita akan lebih bererti.
Selalu muhasabah diri, adakah hari ini aku lebih baik dari semalam ? bagaimana hubungan aku dengan Allah adakah sehebat mana aku merindui kalau tak update blog dan laman sosial lain di facebook ? Rinduku pada Maha Pencipta harusnya lebih hebat, adakah aku mengingati setiap waktu kepada maha pencipta ?
itulah pertanyaan setiap hari yang acik tanyakan pada diri, kita mampu online10 jam depan komputer untuk bertemu dengan rakan di alam maya dan buat pekara yang kita suka. Tapi mampukah waktu selama itu kita berhubung bersama pencipta ktia melalui doa, solat dan sebagainya ?
ermm jadi haruslah acik muhasabah diri ini, perbaiki mana yang kurang dan akan di kurangkan untuk melayari internet.
26 Ulasan
anak balik sekolah cikgu kata:- google jer,
nak buat cam ner kan, lumrah kehidupan zaman sekrg...
redha jer lah...hihi
nak tak nak kita terpaksa mengaku kerana dizaman ni internet satu keperluan walau dimana jua...tak kira lapisan umur...tak kira dalam bidang apa, apa status kita, pelajar, pekerja dan suri rumah seperti bunda.
Walaupun begitu terpulang pada diri kita masing2 untuk mengurus keperluan itu...guna akal dan masa untuk menangani nya...
wallahu'alam
mselim3 pun kekadang ada rasa , adakah kita sama macam mereka yang hanya mengadap internet... dan perlu muhasabah diri nie. Pape terima kasih achik yang ingatkan mselim3 . Pape kita jgn ter'over' janji bersederhana.. orait achik. Suka dengan cara dakwah macam nie.. bagus. Kekadang utk ingatan diri mselim3 yg kekadang ada masa terlupa dan terlalai. Terima kasih sahabat atas ingatan nie...
mselim3