Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini, ucapkan syukur atas rahmatnya.marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Sungguh penat hari ini kerana baru selesai siapkan pengambaran video klip. Sewaktu balik ke rumah tadi, acik singgah ke kedai untuk membeli barangan keperluan tiba-tiba acik di langgar oleh seorang pakcik yang datang menerjah dari belakang. Dah langgar tapi dengan selamba berlalu pergi dan ada seorang remaja lelaki itu tegur pakcik tersebut.
Remaja : Pak cik, saya nak minta maaf, tapi pada saya tak baik kelakukan macam tu , dah langgar orang bukan nak minta maaf main pergi aje, kesian abang tu bersepah semua barangnya.
Pak cik : ala benda kecil tak payah nak besar-besarkan.
Remaja : memang la ,tapikan...
Pak cik : Tapi apa ? pandai nak mengajar aku, aku lebih makan garam dari kau !! lebih baik kau jangan masuk campur.
Pak cik : Tapi apa ? pandai nak mengajar aku, aku lebih makan garam dari kau !! lebih baik kau jangan masuk campur.
Sebenarnya acik hanya
mahu berkongsi tentang sebuah kenyataan hidup yang kadang kala bukan
semua benda apa yang kita buat ini betul belaka. Kita manusia biasa, ada
berlaku khilaf dan kadang kala kita tak sedar .Pada zaman sekarang ini
tiada siapa pun manusia yang sempurna dan faktor umur bukan alasan untuk
asyik rasa diri kita betul sahaja.
“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorang pun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Seperti apa yang di ajarkan oleh Rasullulah bahawa kita kena hormat orang yang lebih tua daripada kita.Pada acik tu semestinya apa yang kita lakukan .Tapi bukan semua benda mereka selalu betul walaupon kadang kala tindakan mereka salah. Pernah ke kamu cuba beri pandangan,pendapat, teguran kepada mereka ? bagaimana reakis mereka ? adakah di terima atau di tolak ?? dan ayat orang-orang tua kita yang agak melenting apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.
Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan terkejut, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.Sebab kalau kita kata lebih-lebih kita akan di anggap kurang ajar.

Tapi
masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang lebih berumur. Mereka saja yang
betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau
ditegur oleh 'budak kecik'.Kalau ikutkan hati nak jer cakap patut la sakit banyak makan garam rupanya..(tapi dalam hati jelah hehehhe)
susah ke kalau nak kata ayat macam nie ?
Betul tu, saya yang salah dan saya minta maaf
Betul tu, saya yang salah dan saya minta maaf
Pernah juga terjadi kepada acik, kalau dia rasa kita salah terus menyerang
tanpa soal selidik ,cuba kalau dia yang melakukan kesalahan itu makin senyap seribu kata. Hilang maruah sebagai orang lebih dewasa bila minta maaf ? dan ada tu
sampai buat tak tahu dan anggap ini bukan masalah.
Mereka akan rasa mereka selalu betul walaupon tindakan itu di luar norma kehidupan. Apa yang selalu kita boleh buat hanya berdiam sahaja dan mengalah ,kalau ikutkan ego dan marah memang kita pon same je macam mereka .Tapi yang penting Innallaha Ma'a Sobirin (Sesungguhnya Allah Beserta Orang Yang Sabar)

25 Ulasan
kebanyakan orang yang lebih berusia dari kita akan rasa tercabar bila yang muda menegur. bukan mudah nak membetulkan kesalahan orang berumur. kena pandai tawan hati diaorang dalam menegur
Dlm islam, hormat menghormati tu lebih diutamakan.. klu org tua sayang & kasih kpd yg muda, pasti yg muda 1000x hormat.. kecualilah puak2 yg sengal hehee... apalah pakcik tu..
kalau kita mahu disayangi, kita hendaklah dulu menyayangi;
kalau kita mahu dihirmati, kita hendaklah dulu menghormati
wallahua'alam
Ikhlas,
www.profhariz.com
setiap di antara kita ada melakukan kesalahan
sama-samalah perbaiki diri =)