Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah

cinta kerana ALLAH
gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas nabi muhammad saw.Hari ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma). Jom ikuti perbualan kami :)

Penghantar email : assalamualaikum , ini acik  pemilik blog aku penghibur tu kan ? Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan lelaki Diploma.


Acik : Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.

Mira : Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak. Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya. Okeylah macam gini acik, mas umur Mira 24 tahun Mira bagitahu pada parents bahawa Mira mahu kawini calon pilihan Mira.Pada mulanya, parents tak kisah bila Mira sebut pasal kawin ni, tapi bila Mira bagitahu yang lelaki tu hanya diploma saje, ayah terus macam menolak dan suruh Mira fikir banyak kali atas apa yang Mira katakan. Bersediakah hanya lelaki sekadar diploma ??  

Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan mereka.

Sebab perempuan yang  mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 3-4 ribu ke atas,  lepas itu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu Mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambil kesempatan atas Mira . Apa yang difikirkan  mereka adalah  seperti macam kereta takut dia gunakan kereta Mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap bulan duit sewa rumah, Mira bayarkan . pembelanjaan dapur,bila mengandung? - Mira kena guna duit sendiri jugak untuk bersalin. Persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysitter,susu, pampers? Mira yang kena tanggung.

Acik : Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat solat istikarah ?  mungkin parents Mira risau sangat tentang Mira. Jadi bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang Mira buat ?

lelaki romantik
gambar hiasan

Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,Mira buat solat istikarah , selama 1 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ini kuat mengatakan dia adalah jodoh Mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong Mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parents Mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician.

Atas pujuk rayu Mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang pada Mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama.  Bila Mira kawin dengan dia, Mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah. Walaupon abang gajinya lebih kecil dari Mira, segala belanja rumah dan keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira, tapi kepada kamu semua lelaki di luar sana, jangan cepat putus asa, percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di ambil jarak jauh. 


Nasihat Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak rasa lebih dari suami.Bagaimana pun dia adalah pilihan kamu dan sepatutnya kamu perlu terima dia seadanya.

Nasihat Mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah istikarah  dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan di blog acik.

Alhamdulilah mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira tentang sekufu pendidikan.Cukuplah dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan kita nanti.

Sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua kriteria.Terimalah dia seadanya sahaja dan kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.Sabar dan rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi baik dari beribadat mahupun mencari harta benda.

Memang la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak sekufu tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia walaupun tak sekufu (dari segi harta) yang penting terima seadanya pasangan kita. Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki, bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar pendapat acik yang banyak kekurangan ni.

p/s : jika ingin bertanya dan jemputan event hubungi acik di akupenghibur14@yahoo.com

Catat Ulasan

64 Ulasan

Cik Itah berkata…
salam. nice entry cik..
sy sokong kata mira tu..hanya kerana kita belajar lebih tinggi daripada semua kita tak berhak untuk tidak hormat pada suami ..
bila berumah tangga ni kita kenala terima kekurang pasangan masing+
Cik Itah berkata…
silap hehe
semua - *suami :)
Unknown berkata…
very good entry.. ain akan take note
edisi berkata…
perempuan yg tak hormat semua dgn alasan taraf pelajaran lebih tinggi dari suami adalah sgt2 tidak wajar.
Maria Firdz berkata…
suka baca kisah ni..sebab sama juga dgn saya... hehe... cuma status perbezaan tu je lain.. :)
Tanpa Nama berkata…
perkahwinan itu di mana kita menerima pasangan kita seadanya lebih & kurangnyer dier untuk sama2 melengkapi hidup kita kan !
Unknown berkata…
terharu...saya pun mengalami situasi yang sama dan sekarang saya dah 5 tahun kawen...bahagia je...selagi ada tolak ansur..tolong menolong...Insyaallah...masalah banyak dapat diselesaikan...
Myra Jay berkata…
For me isu pelajaran tak penting sebab tu bukan ukurannya, yg penting suami tahu tggjwb dan isteri mahu bertolak ansur.
Kerana untuk isteri mendapat keredhaan Allah ialah dari kereddhaan suaminya, tu menunjukkan suami adalah orang yang perlu kita hormat walau 'taraf' pendidikan lebih rendah dari isteir
lengkap melengkapi di antara satu sama lain...suami memang tetap perlu dihormati...
Asha Lya berkata…
kalau itu sudah ketentuannya jodoh kita kena redha.kalau .lya tak kisah sgt tntg taraf pendidikan yg pnting lelaki itu brtanggungjawab beragama
norhasnizakhalid berkata…
pada mama, yang penting seorang lelaki itu harus bersikap sabar, bertanggungjawab pada mama dan anak-anak, kejujuran.. muka hensem tak kemana...
Hanaeyo berkata…
nice entry :) ..kalau nama mereka berdua dah tertulis di luhmahfuz in sha allah jodoh pasti ada ..
yg paling penting baik budi pekerti, hormat menghormati,
pandai menjaga hati mertua....insyaallah bahagia
Lieya Von Jay berkata…
kes macam ni banyak yang berlaku .. kalao lelaki jenis tak ambil kesempatan dan tahu tanggungjawab insyaAllah ok2 ja
BinMuhammad berkata…
Apa nak dikatakan lagi...bukti telah ada dan cukup bahagia. Semoga ianya memberi ikhtibar dan panduan buat mereka yg punya masalah yg sama. Sesungguhnya perancangan Allah jua yg terbaik dan pasti ada hikmah andai kita redha dan berserah kepadaNya.
Fiza Aizzawa berkata…
seronok baca cerita mira tu acik.. mmg patut dipuji kerana dia yakin dengan orang yg dia pilih untuk dijadikan suami..
Tanpa Nama berkata…
alhamdulilah..betul tu,tak semestinya bila tidak sekufu itu, kita tidak berhak bahagia
cikpinz berkata…
Setinggi mana taraf seseorang isteri itu dia perlu menghormati suaminya. respek pada Mira..
dear anies berkata…
masih ada ya golongan yg berfikiran sbeegitu sdg kn apalah yg ada pd sekeping kertas bernama ijazah atau diploma itu jika tiada ilmu utk diamalkan...
semoga mira dan suami terus berbahagia
YunFila berkata…
Tak kisah tahap pendidikan lelaki bagaimana walaupun sendiri ada Ph.D, janji akhlaknya baik ^__^
eizz berkata…
Haaa. Nice entry. Semoga berbahagia Mira dan suami. :D
Sally Samsaiman berkata…
Agama tetap yg paling penting...insyaAllah kalau agamanya terbaik, dia pun boleh jadi suami yg baik kan? :D
Unknown berkata…
alhamdulilah...
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Dalam perkahwinan itu apa yang penting adalah kerjasama dan sikap bertolak ansur serta saling hormat-menghormati sesama pasangan agar membentuk keluarga sakinah yang bahagia dunia dan akhirat. Apa yg penting pemilihan calon itu hendaklah kerana agama yg jadi ukuran....

mselim3
AwekTrader berkata…
Tinggi mana pun kita belajar
Tara mana pun pangkat kita
Kaya mana pun kita..
Suami perlu dihormati.
Syurga isteri pada suami.

Semoga suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain untuk melayari bahtera rumahtangga.
InsyaAllah
paridah berkata…
n3 yg sangat bagus..perkahwinan yg terikat berlandaskan sikap tolak ansur saling memahami, bertanggungjawab kpd satu sama lain..insya Allah akan kekal berbhdia selamanya.
lynmunir berkata…
Kadang-kadang perlu juga ambil 'perkiraan'orang tua. Ya la, bila tengah cinta semua boleh je. Semua sanggup ditempuh bersama tapi as times goes by , seiring peningkatan tanggungjawab, ahli keluarga baru sedang income tidak bertambah takut,bimbang berlaku pengungkitan 'harta benda dan perbelanjaan' di kemudian hari.
Untuk yang kebal dan cekal alhamdulilah. Untuk yang tak berapa nak kebal dan cekal tu bagaimana ?
licha berkata…
pendapat peribadi licha tak kisah pon. As long as suami tu jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga,
lain2 semua ok
Unknown berkata…
Nice sharing acik... :)
Unknown berkata…
Nseb bek lah ibu sokong bab agama tu. Klu ibunya pn xstuju mcm ayhnye. Lg lah rumit. Huhuhu
Unknown berkata…
Nseb bek lah ibu sokong bab agama tu. Klu ibunya pn xstuju mcm ayhnye. Lg lah rumit. Huhuhu
Unknown berkata…
Assalam acik.. ermm terharunya dgr kisah ne...yang paling penting pendapat sy sendri. ada restu ibu bapa, agama, bertanggungjawab..sebab membina rumah tangga ne bukannya satu tahun dua tahun, tapi kalau blh selamanya...pilih pasangan yg dapat membimbing kita..
Amalina Azmi berkata…
Assalamualaikum..parents sy pun ada perbezaan mcm ni mak saya Dr ada phd tp ayah degree..ahamdulillah kami sekeluarga bahagia asalkan meletakan Allah yang pertama dlm kehidupan..level pendidikan tu bukanlah satu masalah pun klu kita lebih pentingkan agama n iman sesorg tu..lelaki kebanyakannya bukan xde peluang utk sambung belajar level lg tinggi cuma komitmen kerja n tanggungjwab mereka..lg2 dgn ekonomi skrg ni..
Unknown berkata…
perkahwinan itu satu perkongsian . maka segala nya perlu dipersetujui bersama . dgn itu isu spa lebih / kurang takkan timbul . fenomena disekeliling saya ttg tajuk ni berbeza . si isteri pencari nafkah totally ... ermmm
ANIM berkata…
kak anim pun ada ramai kenalan dan saudara mara yg kahwin tak "sekufu" ni. ramai juga antara mereka (diploma) meningkat kerjaya dan pendidikan selepas berkahwin atas dorongan pasangan (isteri). so, tak jadi perkara besar sekarang. yang penting, bila dia jaga solat, maka terjagalah perkahwinannya. wallahua'alam
sobri yaacob berkata…
ok acik terkedu baca.. boleh dijadikan panduan ..take note utk diri sendiri..
tq sharing ....good entry
Khir Khalid berkata…
Sememangnya perbesaan taraf pendidikan bukan penentu kebahagiaan rumahtangga. Selagi agama & perasaan hormat di fahami & dilaksanakan dgn betul... in shaa Allah.. pasti bahagia kan.. Perkongsian yg mmg betul2 bermanfaat buat lelaki mahupun wanita.. :)
Pha Is berkata…
sepatutnya bnda macam ni x jadi isu berat sangat.. mmg x dinafikan akan ada sedikit perbezaan berbanding dengan perkahwinan antara sekufu/lelaki yg lebih dominant. tapi kalau dah jodoh, go on je..
Sneakers Rare berkata…
saye suka penyataan yang dia katakan. she inspired me nw. tq for sharing this.
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah..Semoga berkekalna ke akhir hayat. Tapi tak dinafikan, memang ada masalah kalau tak di tackle dengan betul acik..apa-apa pun semuanya terletak pada hatikan..
MyCherita berkata…
kadang2 ibu-bapa nie tak faham..ada diantara mereka di besarkan dengan fahaman tak boleh kawin kalau lain keturunan, darjat, tahap pendidikan.. nie la yg sering menghantui kebanyakan anak muda zaman sekarang.. kita la kena bg pemahaman kepada mereka.
nOe suhaimi berkata…
Alhamdulillah Mira dapat suami yang beragama...zaman skang ramai je yg isteri berpendapatan lebih tinggi dari suami...kelulusan pun isteri lebih dari suami..yg penting saling memahami dan tolong menolong...kerisauan ibu bapa ada benarnya....sbb ada juga suami yg tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan....dan noe pernah dengar seorang lelaki cakap "nak cari isteri, kena cari yang bekerja..sebab senang sikit nanti" ... mmm
Seventy Two berkata…
This place is clean and offers many seats with good view, it is not a fancy place with antique decoration but has nice ambiance, more like modern than classic.
Austin Venues
Unknown berkata…
di indonesia ada sebuah mayat perempuan telah di gali untuk di pindahkan,bgi tujuan kerajaan mereka,mayat trsebut telah berpuluh thun lamanya telah di kebumikan,ttpi hasilnya amat mengejutkan org kampung di situ krna myatnya msih elok...seolah2,bru ditanam,apabila ditnya warisnya,apa yg mnyebabkan mayatnya msih kelihatan elok,warisnya memberitahu,sewaktu hayatnya,beliau seorang yg baik,dan sentiasa setia dan patuh pada arahan suaminya...nk kira apa sngat dng ijazah ape ke benda 2...klau ijazah bertingkat pun,prangai mcam setan buat apa..neraka la jwabnya...
Insan Bodoh berkata…
really make me think more...because i'm only have diploma cert.
mesti lepas ni susah nak dapat trust..
insyaAllah...kene baiki diri.
Unknown berkata…
Hahaha,Kalau mcmtu,lelaki yg ada diploma kena gaji lagi tinggi dri perempuan yg ada degree. Baru terkejut sikit mak ayah dia. Hahaha. Mcm ak,walaupun ada diploma, gaji bulan2 boleh dpt 5ribu sebulan.Yg penting kena rajin usaha rezeki yg halal.Jdi cikgu part time je..Tpi cikgu berkualiti
Unknown berkata…
Alhamdulillah... apabila kita diminta untuk memilih... maka pilihlah jalan yang paling dekat dengaNYA... nescaya akan mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNYA... :D
Budak Malang berkata…
ramai wanita diluar sana lebih mementingkan pangkat dan kekayaan daripada....ini disebabkann faktor perubahan gaya hidup dan masa
Yana Yani berkata…
suami akak pula hanya mempunyai spm dan akak tinggi sedikit daripada saya
alhamdulillah mak dan abah akak tak pernah memandang semua tu
cuma mereka berpesan supaya akak tetap menghormati suami
walau dalam apa keadaan sekalipun

betul gaji akak juga lagi tinggi daripada suami
tapi dia tak pernah minta walau sesen pun dari akak
akak bahagia dan bersyukur sangat dengan jodoh akak
kak gojes berkata…
Diploma atau degree bukan ukuran utk cri pasangn hidup..pd akak...dan bukan juga sbg batu pngukur nilai hantarn..eh ye ker? Hihi..mcm d tmpt akak masih ada yg bfikiran.. Klu anak gadis dia degree antaran rm15k..ke atas... Mnjamin kebahagiaaan ker semua tu?
Breaking Mad berkata…
Ours was an evening event, and everyone really liked the recent streamlined renovations. Other than a miner hitch regarding seating, the night went off well.
best birthday restaurants NYC
Unknown berkata…
Saya ade ijazah..n husband cume SPM,alhamdulillah..bahagia sampai skrg..malahan husband saya jadi menantu kesayangan pula bagi mak..yg penting kesefahaman
SITI berkata…
Huhu... Macam kena kat diri pulak ni.. haha
SITI berkata…
Huhu... Macam kena kat diri pulak ni.. haha
IgiveyouTIPS berkata…
kalau sy bole terima tp pihak laki yg ungkit mcm mana pulak. Kang disuruh improve dikatanya tak terima seadanya. Haih
Unknown berkata…
ada tu lagi la...prmpuan phd kwin lelaki diploma..rmai je skrg mcm tu dan bhgia je tngok :)
Momstoreretail berkata…
Percayalah jodoh yang ditentukan Dia adalah jodoh yg tepat sekali dan yakin lah dengan istiqarah. Sekiranya anda nk dapatkn jawapan yg tepat berpuasalah selama 7 hari dan istiqarah selama 7 hari dengan tawaduk dan khusyuk semoga Allah melorongkan dan mberi jawapan dengan gerak hati yang sebenar dan seyakin-yakinnya itu pasti jodoh kita. Nak dapatkan vitamin Cinta boleh wsap ain 012 7646324.Jazakallah.
mrhanafi berkata…
saya faham suami kalau gaji kecik akan rasa tertekan..namun jangan berputus asa kerana soal rezeki adalah ketentuan Allah swt..buatlah bisnes sambilan agar ada side income untuk tambah gaji.
Siti Yang Menaip berkata…
sungguh agama comes first.. yang lain2 adalah bonus. but dalam dunia skarang.. ekonomi skrang.. semua aspek kena ambil kira termasuk gaji n duit belanja harian.. ada betulnya ayah dia risau juga. anak kot xkan senang2 nak kasi kat orang mcm tu je dh slama ni jaga elok2.. tak semua org brnasib baik jumpa yg baik.. mmg ada kes kes yg ambil kesempatan dats why parents jadi macam tu.

but alhamdulillah.. semoga dia bahagia =)
Unknown berkata…
alhamdulillah tahap tinggi mana pendidikan tu tak penting. yang penting ilmu agama :)
Unknown berkata…
alololololo bucukkjjkk
Unknown berkata…
ye2 jr awok ni.. rupa pnting ..gaya korea skit..kahkah sembang